Osaka with Air Asia X: Pengalaman berkunjung ke Universal Studios Japan (Part One)

Thursday, October 22, 2015 Pojiegraphy Journal 9 Comments

Sebelum korang mula baca artikel ni, tengoklah dulu VIDEO ni dulu. 

Kini penantian hampir ke penghujungnya. Kali ni aku bakal kongsikan pengalaman yang sangat menarik (masih teringat rupa aku joget-joget) semasa di Universal Studios Japan. Pasangkan tali pinggang keselamatan kerana aku akan bawa korang ke dunia penuh dengan kegembiraan! 


Entri ini aku buat khusus kepada para ibubapa, remaja-remaja yang mencari taman tema di Osaka. Tidak lupa juga kepada para peminat tegar Universal Studios! Selain itu, aku juga akan kongsikan sedikit tips dan juga pengalaman berkunjung ke Universal Studios Japan atau lebih dikenali sebagai USJ. 


Tidak dapat dinafikan bahawa masa tu penat masih tak hilang lagi sebab kami sampai hotel lewat malam. Sampai hotel je terus pengsan (sentap tak dapat join diorang makan kat restoran Jepun malam tu). Disebabkan begitu teruja nak explore USJ, rasa penat tu terus hilang. 

Perjalanan kami bermula dari Hotel New Hankyu Osaka. Keluar dari pintu masuk je terus nampak teksi beratur. Wow! Naik teksi kat Jepun? This is something that i'm looking forward to. Naik teksi kat sini boleh tahan mahal. Selama ni naik train je sebab itulah alternatif paling murah.

So, apa lagi... JOM KITA KE UNIVERSAL STUDIOS JAPAN!


Perjalanan dari hotel ke USJ mengambil sekitar 25 minit. Akhirnya, kami selamat sampai di USJ. Dari luar lagi dah boleh nampak roller coaster. Berlakon cool je masa tu tapi dalam hati mula bertanya "Mak oi! Nak kena naik yang tu ke?"

Kebetulan datang masa musim halloween hampir tiba, suasana di sini berbeza sikit sebab para pengunjung majoritinya akan berpakaian pelik-pelik. Macam-macam karakter diorang pakai seperti Sailormoon, Minion, Goku, Doraemon dan macam-macam lah!

Memang happening dan bertambahlah lagi rasa teruja ni. 


Antara perkara wajib yang perlu kita buat bila datang ke USJ,
AMBIL GAMBAR DEPAN GLOBE!

Eh cik Nisa Kay, buat apa tu?
Kemain yer!


SEDIKIT MAKLUMAT MENGENAI UNIVERSAL STUDIOS JAPAN
Tahukah anda bahawa USJ merupakan taman tema Universal Studios yang pertama dibina di luar Amerika Syarikat dan ia juga yang pertama di Asia. Mula beroperasi pada tahun 31 March 2001, USJ juga satu-satunya Universal Studios di Asia yang mempunyai tarikan The Wizarding World of Harry Potter, secara rasmi beroperasi pada 15 Julai 2014 dan inilah salah satu benda yang aku nantikan! 

Since nak pergi US tu jauh sangat.

I tell you, USJ is an extremely big theme park. You may want to come early in order to enjoy many games!

SO, APA YANG MENARIK DI SINI?


Tarikan pertama kami pergi ialah Universal Wonderland - di sekitar sini korang boleh tengok permainan-permainan yang pastinya kanak-kanak suka seperti Snoopy, Hello Kitty, Elmo's Go Go Skateboard (okay ini best dan pening sikit). 

Masuk je kawasan ni secara automatik terus jadi ceria sangat. Confirm anak-anak or adik-adik korang teruja senyum sampai telinga. Hmm, how I wish I can bring my nephews and nieces to this super amazing place. In future. 


Flying Snoopy Ride



Jalan-jalan sekitar sini korang boleh nampak macam-macam permainan ada. Kalau aku ni jenis tak malu, dah lama aku cuba semua tu. Serious! Kepada para ibubapa yang planning nak bawa anak-anak bercuti, pastikan Universal Studios Japan jadi destinasi pilihan korang. Semua ada di sini!


Selepas itu, kita akan tengok Hello Kitty's Ribbon Collection

Trivia: Tahukah anda bahawa Hello Kitty tu sebenarnya bukan kucing? Dia sebenarnya seorang wanita yang ingin jadi kucing. Okay, mind blowing. Macam-macam la. 


No, no. She's not the Hello Kitty that I meant. Don't get me wrong.


Sebelum masuk untuk melihat pelbagai koleksi menarik Hello Kitty, anda pastinya akan disambut oleh wanita kawaii ini. 

What to expect dekat Hello Kitty's Ribbon Collection? 
Dekat sini, korang boleh tengok beberapa rekaan Hello Kitty yang sangat menarik. Aku tak ada perasan sangat but kalau Hello Kitty fans or girls, confirm boleh jadi gila bila tengok rekaan-rekaan kat sini. 

Bawah ni antara koleksi yang terdapat di Hello Kitty's Ribbon Collection






Tengok dari reaksi Hello Kitty ni seolah-olah dia tengah cakap 
"Opocot! Terkejut iols ada orang nak bergambar
HAHAHA


Seterusnya, jom kita pergi ke Costume Party (Costume Craze)
Di sini, kalau korang pergi masa musim Halloween mesti korang berpeluang untuk tengok para pengunjung mengenakan costume-costume menarik antaranya Sailormoon, Pikachu, Minion, Goku dan macam-macam lagi la.  

Terbayang kalau aku pakai costume tu dekat Malaysia, confirm orang pandang pelik and cakap "Buang tebiat ke budak ni?!" HAHAHAHA



Cantik tak kak ton? LOL
Selain itu, anda juga bakal menyaksikan persembahan penuh bertenaga Monsters Live Rock and Roll Show oleh Beetlejuice and friends.

Masa: Sekitar 12 tengahari kena standby. Persembahan sekitar 30 minit. 
Tempat: Hollywood

Dekat sini juga aku lost control. Terjoget-joget sampai tak kisah orang sekeliling. Its time to have fun!




Persembahan penutup yang sangat best dan gempak!
Yang penting, selesai je persembahan terus tempat ni dibersihkan secepatnya. Hats down!


CARA NAK KE UNIVERSAL STUDIOS JAPAN
KLIK SINI 


KEMUDAHAN-KEMUDAHAN LAIN YANG ADA DI UNIVERSAL STUDIOS JAPAN
KLIK SINI 

WAKTU OPERASI TAMAN TEMA
KLIK SINI


HARGA TIKET MASUK UNIVERSAL STUDIOS JAPAN
Terdapat dua jenis tiket yang korang boleh beli which is tiket biasa dan juga tiket ekspress. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang harga tiket, boleh KLIK SINI


Mana Harry Potter ni? Nantikan dalam entri seterusnya! Banyak betul nak kongsi ni. Kalau muatkan semua dalam satu entri nanti masak pula orang nak membaca panjang sangat kan. So, kita jumpa lagi di entri seterusnya. Jeng jeng jeng!

Baca Part Two DI SINI




This post is made possible through my media trip with Air Asia X in collaboration with Universal Studios Japan and Osaka Tourism Office

to check out Air Asia X flights to Osaka 

for more Osaka articles!

to see my Osaka travelogue video!

9 comments:

  1. wah.. nisa kay pun ada. best sangat. dpt tngok gmbar yg pojie share ni pun dah rasa seronok.. hehe

    ReplyDelete
  2. suspen..tak sabor nak baca part Harry Potter ni..pls update..hehe

    ReplyDelete
  3. Perghhh..Orang baru sampai USS je, tak sampai lagi Japan punya. Nampak lagi best pula bila tengok gambar. Wahh, Nisa k ke tu?? ;)

    ReplyDelete
  4. best nya.. sengih sorang2 baca entry and tengok gambar . *berangan ada situ jugak* LOL

    ReplyDelete
  5. Waa waa waaa buat kita jelesss laaa tu..semua gambar mengancam giler..paling cute gambar ngan hello kitty tu..mak aii mmg betul2 jeless laaa...seronok laaa dot g sana..huarghhh tension plak tgk gambar2 comel pojie kali ni..tension sebab geram tgk dapat g sana hahahahaha..sekali lagi diulang ..JELESSSS hehe

    ReplyDelete
  6. kenapa goku tak sado haha layan gambar dah berangan nak pi usj

    ReplyDelete
  7. USS pun ceq tak sampai lagi.. hewhew..

    ReplyDelete
  8. By going through this USJ post, I can already tell that USJ>USS any day!!!!

    ReplyDelete