Osaka with Air Asia X: Pengalaman ke Osaka Castle

Thursday, October 15, 2015 Pojiegraphy Journal 12 Comments

Jepun mempunyai pelbagai jenis tarikan menarik yang wajib kita pergi. Macam aku kata sebelum ni, pergi banyak kali pun belum tentu dapat lawat semua tarikan dekat sini. Oleh itu, korang kenalah pilih tarikan yang betul-betul korang nak pergi.


Kalau di Osaka, tempat menarik yang korang kena pergi ialah Osaka Castle kerana ianya merupakan simbolik rasmi bagi Osaka dan majoriti para pengunjung pasti akan datang ke sini termasuk aku. 


So, apa yang menarik di Osaka Castle ni? Nak juga tahu kan. 
Jom ikut aku!


Jelajah meneroka bandar Osaka disediakan sepenuhnya oleh pihak Osaka Tourism Office. Tugas kami hanya ikut jadual yang diberikan dan enjoy!

Boleh tahan penat jugalah sebab kat Malaysia kan jarang betul kita jalan kaki jauh dan lama sangat. But dalam Jepun, semua tu normal. No wonder la diorang ni sihat-sihat & slim je majoriti. Fuh!

Sepanjang perjalanan dari train station ke Osaka Castle ternyata begitu menyeronokkan kerana aku berpeluang untuk melihat bangunan-bangunan tinggi, besar dan modern. Jakun juga la kejap.


Selepas berjalan selama 10 minit, akhirnya kami sampai di Osaka Castle. Dari jauh korang boleh nampak bangunan castle ni. So, tak perlu risau kalau sesat ke apa. 

Before that, nak bercerita sedikit pasal Osaka Castle.
Osaka Castle mula dibina pada 1583 yang sebelumnya merupakan kawasan untuk Honganji Temple, iaitu temple yang telah dimusnahkan oleh Oda Nobunaga dan akhirnya castle ini dibina dengan tujuan sebagai pusat utama ketika pemerintahan Toyotomi Hideyoshi. Masa tu, Osaka Castle merupakan istana terbesar. Selepas tu ianya diserang dan dibina semula dan kini ianya dijadikan sebagai tarikan utama untuk para pengunjung datang ke Osaka kerana seni binanya yang menarik. 

Kalau nak tahu lebih lanjut mengenai sejarah Osaka Castle, korang boleh KLIK SINI

Back to pengalaman aku ke sini. Jujur aku katakan aku tak berapa berkenan nak ke muzium, temple mahupun castle. Bila travel, aku lagi suka buat aktiviti instead of sightseeing. Unless, tempat tu memang cantik, then i'm okay to go for sightseeing. Tapi tour untuk Osaka Castle ni aku agak suka sebab satu benda best. Nak tahu apa? Teruskan membaca la. Heeee


Hari biasa pun boleh tahan ramai juga orang berkunjung ke sini. Tapi this time, mostly budak sekolah la for sure. Walaupun ramai, keadaan tetap terkawal. Bangunan castle ni takdelah besar sangat tapi disebabkan sistem pengurusan yang teratur, makanya segala proses berjalan dengan lancar. 

No long and boring queue. Good job!


Selfie depan Osaka Castle, CHECKED!
Selain dari melihat Osaka Castle, ada beberapa aktiviti menarik juga yang korang boleh tengok di sekitar sini (bergantung kepada musim). Kadang-kadang ada la pertunjukan tarian, persembahan costume dan macam-macam lagi. 


Kalau nak masuk ke Osaka Castle, korang kena bayar. Tapi kalau on a very tight budget, boleh je datang sini. Jalan-jalan and ambil gambar. Bawa la lens panjang sikit kalau nak ambil gambar castle. Cantik juga kalau korang pandai cari angle best!

Okay, jom masuk.



Entrance ke Osaka Castle - di sinilah korang beli tiket. Rasanya senang je proses nak beli tiket masuk. Harga tiket akan dikongsikan pada hujung entri. Boleh refer dekat sana.


Dengan OSAKA AMAZING PASS, selain daripada dapat naik train terpilih secara percuma, anda boleh melawat beberapa tarikan menarik di sini, termasuklah Osaka Castle. 

Boleh pilih 1 Day Pass (2,300 Yen) atau 2 Days Pass (3,000 Yen). Berbaloi kalau korang nak visit banyak tempat di sini. 

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang OSAKA AMAZING PASS, boleh KLIK SINI


Sebelum naik ke atas, korang kena beratur untuk naik lif. Barisan agak panjang (kalau peak season) but jangan risau sebab korang tak perlu tunggu lama sangat. My advice, better korang terus pergi ke tingkat paling atas dahulu iaitu observatory deck. Tempat dimana korang boleh enjoy pemandangan panorama Osaka.

Superbly breathtaking views!


Eh, thats Eugene. Japanese guy found at Osaka Castle.
LOL



View from observatory deck Osaka Castle.
Hah, ni la benda yang aku paling suka pasal Osaka Castle. Menikmati pemandangan panorama dari atas memang menjadi kegemaran aku. Surprisingly aku spend only few time untuk ambil gambar and the rest aku gunakan untuk tarik nafas dan nikmati keindahan ciptaanNya.

Fuh, masih terasa betapa tenangnya waktu tu. Terasa seperti dibuai mimpi pula tulis entri ni.


Di tingkat bawah pula, macam biasa la. Pelbagai himpunan sejarah menarik yang korang boleh baca dan pelajari. Ada beberapa tingkat yang korang tidak dibenarkan sama sekali untuk ambil gambar. Kalau nak tengok, korang kenalah datang sini! 




Dekat sini, korang juga berpeluang untuk memakai samurai helmet dengan caj sebanyak 300 Yen.
Boleh la gambar ala-ala samurai. 



Tidak lupa, di sini juga terdapat beberapa kedai souvenirs seperti keychain, fridge magnet, postcard dan macam-macam lagi. Boleh la beli untuk orang yang tersayang. 


Wishing area.
Throw your coin and start make a wish. Thats the way.



Remember to keep yourself hydrated. My favourite drink while in Japan.
Again? Why do I need to mention this in every post? LOL
No, i'm not their ambassador.


Pergi masa early autumn, nothing much pun. Cuaca tak berapa nak panas dan sejuk. Just nice. I bet kalau pergi masa spring mesti lagi cantik. Apa pun, aku enjoy datang ke sini walaupun hanya dalam masa yang begitu singkat. Terima kasih kepada Osaka Tourism Office!

MACAM MANA NAK KE OSAKA CASTLE
Korang boleh ke Osaka Castle dengan menaiki train:
1. Melalui Otemon Gate (southwestern corner), station terdekat ialah Tanimachi 4-chrome Station  (Tanimachi Subway Line dan Chuo Subway Line).
2. JR Station yang terdekat ialah Osakajokoen Station, iaitu perjalanan selama 10 minit (160 yen sehala) dari JR Osaka Station.

WAKTU OPERASI OSAKA CASTLE
Castle Tower 
9 pagi hingga 5 petang (pintu masuk ditutup selepas 4.30 petang)
Tutup pada 28 Disember hingga 1 Januari

Nishinomaru Garden
9 pagi hingga 5 petang (hingga 4.30 petang pada bulan November ke Febuari)
Dibuka hingga 8 malam pada musim cherry blossom
Tutup setiap hari Isnin

BAYARAN MASUK OSAKA CASTLE
Castle Tower 
600 Yen

Pemegang pas Osaka Amazing Pass hanya perlu imbas pas korang untuk masuk ke dalam.

Nishinomaru Garden
200 Yen
(500 Yen pada musim cherry blossom)

ALAMAT


LAMAN WEB RASMI
KLIK SINI 




This post is made possible through my media trip with Air Asia X in collaboration with Universal Studios Japan and Osaka Tourism Office

to check out Air Asia X flights to Osaka 

for more Osaka articles!

to see my Osaka travelogue video!

12 comments:

  1. Replies
    1. Salam Kak JJ,

      Indeed!
      Kena datang ;)

      Thanks for dropping by. Done follow your blog!

      Delete
  2. bencik tau baca blog dia ni. pic semua lawa lawa. choiii sangat tak selfie dengan haku ! HAHAH

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasa jaahhhhh!

      Hey, iols kena tinggal sorang-sorang masa ni. Nak selpeh macam manooo.
      Semua gambar selpeh kita dalam your camera.
      *menanti dan terus menani*

      Delete
  3. alahai.. bestnyaa. nak jugak kesana.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Busyra,

      InsyaAllah your time will come!

      ;)

      Delete
  4. fuhhhh biru betul langit time tuh. takde awan langsung nampaknya. aku aritu pegi x masuk sebab malas dan kejar masa. ahaks.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi John,

      Yup! Surprisingly masa pergi awan biru pekat. Nice! Nothing much pun dekat dalam, but panoramic view from their observatory deck memang terbaik!

      Delete
  5. one day kena pi juga ke jepun ni.. one day.. Ya ampun plan ke korea pun tak menyempat nyempat hihi dah berangan nak ke jepun :D

    ReplyDelete
  6. Salam, wahhhh bestnyeeee...teringin jugak nk datang sana..bangunan kaca yg dpt tgk dpd atas tu cantik betul..eh btw, org jepun kan bangsa yg berbudaya...citer lah sikit apa yg kau notice pasal disiplin diorang kat sana..kalau xde, xpe..hahhaa byk pulak aku demand entry ni ek.. :p

    ReplyDelete