Pengalaman ke Fushimi Inari: Tarikan menarik di Kyoto

Friday, September 25, 2015 Pojiegraphy Journal 15 Comments

Kembara ke Jepun merupakan impian aku selama ini dan akhirnya sampai juga di sini. Sangat teruja! Manakan tidak, Jepun bukan sahaja terkenal dengan teknologinya yang begitu jauh ke hadapan tetapi ia juga negara yang mempunyai pelbagai tempat menarik wajib dikunjungi. 

"Datang la beberapa kali pun ke sini, confirm tak cukup masa untuk cover satu Jepun ni!" itulah ungkapan anda dengar dari mereka yang pernah datang ke sini. Tak bohong!


Ermm. Selalu tidak terlepas dengan habit menulis intro yang agak panjang lagi-lagi bila tulis pasal benda best. Dah teruja sangat kan? Nak buat macam mana. Kali ni aku akan kongsi beberapa maklumat dan juga pengalaman sendiri berkunjung ke Fushimi Inari, iaitu tarikan best di Kyoto yang telah pun diiktiraf oleh TripAdvisor sebagai Kyoto's Top Attraction. 

FUSHIMI INARI SHRINE
Fushimi Inari Shrine merupakan antara tempat suci yang terkenal di Selatan Kyoto. Tempat ini sering mendapat kunjungan dari para pengunjung kerana himpunan beribu kayu-kayu berwarna oren atau lebih dikenali sebagai torii di sepanjang perjalanan ke Gunung Inari.

Selain daripada pemandangan yang menarik, anda juga wajib ke sini kerana ianya PERCUMA

KLIK SINI jika anda tertarik untuk ketahui lebih lanjut mengenai Fushimi Inari.


Selepas selamat sampai di Kyoto dan selesai check in hotel, aku terus bersiap dan gerak ke Kyoto Station. Bukan rakus tapi sebolehnya tak nak buang masa. You know, dekat Jepun ni every second counts! Jangan membazir. 

Selamat ada pas JR. Tak perlulah banyak kali nak beli tiket dekat kaunter. Dah cakap JR Pass ni betul-betul membantu! KLIK SINI - baca entri lepas untuk tahu lebih lanjut tentang JR Pass. 

Perjalanan aku ke Fushimi Inari mengambil sekitar 5 minit untuk sampai ke Inari Station dari Kyoto Station. Finally we're here! Baru je sampai dekat pintu masuk, aku dah teruja semacam. Tangan tak henti-henti tekan shutter button. Mohon kawal sikit perangai tu wahai pojie!




Nampak gambar dekat atas? Itulah perkara yang anda boleh cuba sebelum masuk ke Fushimi Inari. Nothing much. Basuh tangan and tengok orang ramai yang teruja dengan benda ni. 



Tempat-tempat khas untuk mereka berdoa or mungkin sebagai tanda hormat apabila berkunjung ke sini. Sempat juga la aku tengok diorang tengah khusyuk berdoa. The best part is diorang akan bunyikan loceng once selesai berdoa. 

NOTA
Jangan simply ambil gambar orang tengah berdoa sebab ada beberapa tempat khas, anda tidak dibenarkan untuk mengambil gambar/video. Kalau nak juga, pandai-pandailah ya.  


Fushimi Inari ni sangat besar. Kalau korang taknak bazir masa, boleh pergi ke kaunter pertanyaan untuk dapatkan advise dari tour guide tentang spot-spot menarik di sini. Diorang akan bagi sebagai rujukan. 


Look! Ambil kamera dan cepat-cepat snap gambar Japanese girls in Yukata. Kalau pakai macam ni, confirm dapat perhatian. Para pengunjung pastinya berebut untuk ambil gambar diorang. Next time aku nak dress up macam ni kalau datang sini. At least, boleh la merasa macam kena kejar paparazi. Camera everywhere! HAHAHA


Most of them senang nak approach if korang nak bergambar dengan diorang. Approach baik-baik, confirm diorang okay. Hasilnya, dapat juga aku selfie dengan Japanese girls in Yukata!


Tak tipu, those yang suka ambil gambar, mesti tak keruan nak identify which angle diorang nak capture. Since Torii ni agak sempit, kamera jenis GoPro pastinya sangat membantu!



GAMBAR-GAMBAR MENARIK










Kemain memasing suka beno bila ada orang approach nak ambil gambar!



Comel sangat ni nak ke mana dik?


Tercari-cari mana nak beli souvenirs? Ada! Sebelum korang keluar dari Fushimi Inari, anda akan nampak beberapa kedai souvenirs dekat sebelah kanan korang. Semuanya unik dan menarik! Mungkin boleh spend time dalam 30 minit shopping souvenirs!

CARA UNTUK KE FUSHIMI INARI
1. Jika anda memilih untuk naik JR train - Dari Kyoto Station, pergi ke landasan No 10 (JR NARA LINE)
2. Harga tiket 140 Yen sehala. 
3. Anda akan berhenti di satu stesen sahaja sebelum sampai di Stesen Inari JR. 
4. Berjalan selama 5 minit dari Stesen Inari ke Fushimi Inari Shrine. 

ALAMAT


APA YANG PERLU ANDA BAWA?
1. Kamera. Wajib!
2. Bawa air mineral. Kalau pergi masa summer, cuaca agak panas. Anda mungkin akan letih.
3. Bawa cash lebih if nak beli souvenirs. (Souvenirs kat sini best-best weh!)

CADANGAN MASA
Anda boleh spend time dekat Fushimi Inari dalam 3 ke 4 jam. Bergantung kepada individu, those yang suka bergambar, mungkin masa yang diambil agak lama sikit. Tapi secara kasar anda kena mendaki selama 2 jam untuk sampai ke atas. 

BAYARAN MASUK
Free

WAKTU OPERASI
Beroperasi selama 24 jam dan setiap hari


Nak datang lagi? Kalau ada rezeki dan masa lebih, confirm aku akan datang sini lagi dan ambil gambar yang lagi best. Oh lupa! Mungkin boleh datang masa musim lain. Musim bunga mungkin? InsyaAllah. 


15 comments:

  1. pergh dapat bergambar dengan japanese girl gitu

    ReplyDelete
  2. Bestnya pojie oii.. dpt bgambar dgn awek jepun lagi tu

    ReplyDelete
  3. Yaallah bestnya, simpan angan angan ku ke sini :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah your time will definitely come! :)

      Delete
  4. Replies
    1. You must visit this country if ada rezeki! Its an eye opening journey!

      Delete
  5. bestnyaaa lahai... seronok dpt travel kat smua negara.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selagi ada ruang buat diri ini kan. Ewah ayat heehee :)

      Delete
  6. wahhh ke jepun pula pojie.. photos was nice as usual... love the vivid color!

    ReplyDelete
  7. Salam, adoi sweetnyee..selalu aku cuma nampak suasana ni dlm komik2 cinta jepun je..tak sangka dapat tgk depan2 even dpd gambar je pun hah..bestnye! kalau aku dpt g sini, mmg boleh huru-hara aku dgn kamera aku gaknye...semua best! :D

    ReplyDelete