iOS9 boleh dikemaskini bermula dari 16 September 2015

Tuesday, September 15, 2015 Pojiegraphy Journal 5 Comments


Baru-baru ini para peminat tegar produk Apple dikejutkan lagi dengan pengenalan model iPhone baharu iaitu iPhone 6s dan 6s Plus. Selain itu, mereka juga telah memperkenalkan iPad Pro, dikhabarkan akan berada di pasaran bermula November ini. Teruja tak? 

Bukan itu saja. Nampaknya, ramai pengguna iPhone dan iPad tidak sabar menanti iOS9 (boleh kemaskini sistem bermula dari 16 September 2015), iaitu sistem operasi terkini dengan beberapa pembaharuan.  

Sebagai salah seorang pengguna Apple, pengenalan iOS baharu merupakan saat-saat yang dinantikan. Nak juga tengok benda baharu yang ada dalam telefon bimbit kita kalau tak ada, boleh la lari ke jenama lain. Pembaharuan ketara yang boleh kita lihat ialah pengenalan iOS7. Apa agaknya yang best tentang iOS9 ni? 

Berikut merupakan antara yang menarik:

1. NOTE



Inilah yang aku nanti-nantikan. Kalau travel, aku selalu guna feature ni untuk tulis benda-benda penting seperti bajet dan sebagainya. Kini ia juga aku gunakan untuk tulis travel journal -- boleh buat checklists, sketch dan juga sertakan gambar dalam nota anda. Barulah semangat sikit. Menarik!

2. MAP

Maps juga sungguh berguna bila travel. Apa yang diinginkan oleh setiap pengguna ialah map yang boleh memberikan maklumat yang sangat tepat dan sangat detail. Dengan Transit view, anda kini boleh melihat jalan untuk subway, bas, kereta api dan feri. Anda juga boleh membuat keputusan dengan cepat berkenaan dengan restoran dan pusat beli belah yang anda ingin pergi hanya dengan bantuan Nearby features.

3. MULTITASKING


Bunyi agak ketinggalan. Akhirnya anda boleh membuat pelbagai benda dalam satu masa dengan adanya  Slide over, iaitu ciri yang membuat dua perkara dalam satu masa. Sebagai contoh, membaca blog sambil membalas mesej. 

** Ciri ini hanya terdapat pada iPad

3. QUICKTYPE


Kini, dengan menggunakan jari sahaja pun boleh memudahkan urusan anda dalam pelbagai perkara. Sebagai contoh, buat editing dan banyak lagi.

4. SIRI


Siri lebih menyerlah apabila dimuatkan dengan Proactive Assistant. Untuk iOS9, Siri berupaya untuk menjalankan tugasan tanpa apa-apa tindakan dari pengguna -- lebih efisyen dan 

5. BATTERY LIFE


Berbagai aplikasi telah dibuat lebih efisien bagi mengurangkan penggunaan bateri. Dengan adanya mode Daya Rendah, sedikit sebanyak bakal membantu anda untuk memanjangkan jangka hayat bateri anda.



Pastikan iPhone atau iPad anda tersenarai dalam gambar diatas sebelum mengemaskini ke iOS9


So macam mana? 
Excited?

5 comments: