Datang Penang Rugi Kalau Tak Cuba Made In Penang Interactive Museum!

Tuesday, September 01, 2015 Pojiegraphy Journal 4 Comments


Siapa masih belum ke Made in Penang Interactive Museum? Tahukah anda bahawa muzium interaktif ini merupakan tarikan wajib yang perlu anda cuba jika berkunjung ke Penang. Sama seperti konsep trick art museum yang lain, Made in Penang Interactive Museum bakal memberikan anda informasi mengenai Penang sambil anda berposing sakan di setiap mural yang terdapat dalam muzium ini. 

MADE IN PENANG INTERACTIVE MUSEUM
Dengan pelbagai jenis hasil karya yang dihasilkan oleh artis-artis terkenal di Penang, The Made in Penang Interactive Museum ini adalah tempat yang sungguh ideal untuk meluangkan masa mengambil gambar bersama dengan trick art ataupun mural 3D yang terdapat di sini. 

Muzium ini ibarat buku sejarah yang menggambarkan pelbagai cerita-cerita menarik tentang Penang tetapi ianya lebih berbentuk interaktif agar setiap cerita mudah dan cepat difahami. Di sini, terdapat lima seksyen menarik yang bakal anda teroka - Great Wall of Penang, Miniature Local Trades, Miniature Weld Quay, Trick Art Gallery dan Interactive Theater



Dalam perjalanan masuk ke muzium, anda akan melepasi ruang yang dipanggil "Great Wall of Penang" - ianya menggambarkan Weld Quay sekitar 120 tahun yang lalu.


BAYARAN MASUK
Dewasa: RM15
Pelajar (Dengan kad pelajar yang sah): RM10
Kanak-kanak (bawah 18 tahun) dan Senior (60 tahun ke atas): RM10

NOTA: Bagi golongan kelainan upaya (OKU) tidak dikenakan sebarang bayaran (FOC)


NOTA: Simpan tiket anda kerana ianya berguna apabila berada di dalam muzium nanti. Fun & interesting! Kalau anda bernasib baik, pembelian tiket masuk ini akan disertakan bersama dengan cash voucher



Selepas melepasi pintu masuk, anda akan lihat beberapa koleksi miniature trades dan juga Weld Quay yang dihasilkan oleh Khoo Chooi Hooi dimana beliau mempamerkan diri beliau sendiri dalam hasil karyanya. 

TIPS: Muzium ini juga menyediakan tour guide khas untuk memberi penerangan khas buat para pengunjung. Follow the knowledgeable staff so that you'll get clear understanding about each of the thing inside this museum.


Gambar diatas menggambarkan bahawa sebelum ini mereka tidak mempunyai kedai gunting rambut yang proper. Yang ada cumalah tukang gunting rambut yang datang dari rumah ke rumah. Budak dalam gambar itu juga merupakan model diri artis (Khoo Chooi Hooi) tersebut sendiri. 


Permainan yang cukup terkenal pada masa dahulu dan masih lagi menjadi permainan sesetengah kanak-kanak zaman sekarang iaitu layang-layang. 


Siapa yang tak pandai makan durian tu rugi. Betul tak? Durian dianggap sebagai raja kepada semua buah. 


Tiba-tiba terliur pula nak makan lemang apabila melihat miniature diatas. Lemang merupakan makanan khas sepanjang hari raya aidilfitri. 


Terompah atau lebih dikenali sebagai Cha Kiak ini juga cukup terkenal di Penang. Dengar cerita, kini hanya tinggal dua orang pembuat terompah sahaja yang ada di Penang - di Air Itam dan Jalan Perak. Menarik juga kalau dapat tengok bagaimana terompah ini dihasilkan. 



Miniature Weld Quay ialah ruangan yang menyimpan segala sejarah di Penang. Yang menariknya ialah, bangunan muzium ini merupakan bangunan yang terdahulunya milik Behn Meyers, ditubuhkan pada tahun 1891. 

Segala koleksi yang terdapat di sini dihasilkan dengan begitu teliti. Jika anda melihatnya dengan jarak yang dekat, semuanya seakan-seakan hidup. 



Terdapat juga kawasan khas untuk anda pose ala-ala tengah menghasilkan terompah. Sekurang-kurangnya dapat juga merasa aura para pembuat terompah ni. 



Bukan itu sahaja, kali ini kita akan pergi ke tingkat atas pula. Secara peribadi, tingkat atas lagi menarik dan lebih interaktif. 

NOTA: Sesetengah benda dalam muzium ini adalah asli sejak zaman dahulu lagi sebagai contoh lantai dan juga tangga. Untuk menghasilkan suasana vintage, mereka kekalkan sesetengah benda dalam muzium ini


'Bilik Teater' yang menayangkan video berdurasi pendek mengenai sejarah Penang. Dah penat pusing-pusing dekat muzium ni, apa kata kita rehat sebentar. 

Terdapat beberapa lukisan berkonsepkan Chinese Calendar di tingkat 1. Di sini anda bolehlah bergambar dengan haiwan yang menjadi simbolik tahun kelahiran anda.


1992 - Year of Monkey


Terdapat tanda khas sebagai guideline anda untuk mengambil gambar dengan sudut yang betul dan lebih menarik. Kalau salah sudut, for sure gambar tak nampakr real. 



Cari kiosk ini dan halakan tiket anda ke kamera yang terdapat pada setiap kiosk -- apa yang anda nampak pada skrin pastinya menarik. Itulah dinamakan interaktif!



Dr. Sun Yat-Sen - terkenal sebagai founder of Kwong Wah Jit Poh di Penang, iaitu world's longest surviving Chinese newspaper.


Beca yang sememangnya terkenal di Penang. Kebiasaannya digunakan untuk meneroka bandar Georgetown -- jalan kaki agak penat, nak drive pula ruang tempat letak kereta pula terhad. So, inilah alternatif terbaik. 


Tidak lupa juga buat artis yang cukup terkenal pada masa dahulu dan sehingga kini iaitu Tan Sri Datuk P Ramlee yang juga sebagai direktor, pelakon, penulis lagu, penyanyi dan komposer. 


Mural Chinese Opera - iaitu budaya yang dibawa oleh para immigrant dari China. 



Say Hello to Mr Durian, our King of Fruits.


Datang Penang, jangan lupa untuk rasa roti canai dan juga teh tarik terbaik di mana-mana restoran sekitar sini.


Seksyen yang menunjukkan dekorasi tradisional rumah kaum Peranakan. Mesti cuba!




Sekali lagi, ruangan interaktif. This truly caught my attention!




Akhir sekali, keluar dari pintu muzium nanti anda akan nampak satu ruang dimana anda boleh pose seperti tengah sembang teh tarik bersama dengan Lim Guan Ying.

I truly enjoyed visiting Made in Penang Interactive Museum as it offers us various kind of arts that truly depicts the history of Penang. It is highly recommended! 


MAKLUMAT LANJUT MENGENAI MADE IN PENANG INTERACTIVE MUSEUM

FACEBOOK

OFFICIAL WEBSITE

EMAIL
info@madeinpenang.my

PHONE
+604-262 6119

ADDRESS


VIDEO


This blog post was made possible through My Fascinating PENANG 2015, a media trip to Pulau Pinang organized by My Amazing Malaysia.

Thank you to the official sponsors Hop On Hop Off Penang, The Chambers Hotel, Escape.My, Tropical Spice Garden, St Giles Wembley Penang, Ren i Tang Hotel, The Camera Museum, Made in Penang Interactive Museum

4 comments:

  1. memang menarik.. mummy dh pi. puas posing sebab banyak tingkat..hehehe

    ReplyDelete
  2. waa.. best ni! x pernah pegi tempat2 gini :(

    ReplyDelete
  3. Salam...cis! Mengundang betul lah entry ni...aje nanti pas kawin aku honeymoon ke penang jugak nih...T_T banyak nye tempat best..kat penang ade tempat best tuk honeymoon tak? review sikit..haha jatuh hati pulak kat penang ni la haii..

    ReplyDelete