Entri kali ini bukanlah entri seperti biasa yang aku tulis dalam blog. Jarang sekali aku menulis perihal seperti dalam blog kerana bagi aku ianya mungkin agak peribadi tapi rasanya sedikit sebanyak memberi inspirasi atau motivasi kepada anda di luar sana yang kadangkala punya rasa ingin berputus asa dalam mencapai impian masing-masing. 

Sama seperti insan lain, aku juga punya impian dalam hidup. Impian aku ialah ingin mendalami bidang fotografi dan memastikan minat ini boleh beri peluang kepada aku untuk capai impian lain. 

Nukilan kali ini agak panjang, tapi percayalah ianya sedikit sebanyak pasti akan menyampaikan mesej berguna buat anda.


grab your popcorn & continue reading
“Lepas habis SPM nanti, bidang apa agaknya menjadi pilihan kau ya?”

Itulah soalan yang kita selalu dengar sebelum keluar dari dunia persekolahan. Apa pilihan aku? Sudah tentulah bidang fotografi. 

Broadband Internet, Mobile Internet
Mula berjinak dengan kamera jenis DSLR masa dekat sekolah and thank you Ellyn sebab ‘sewakan’ kamera ni
Minat yang sangat mendalam terhadap bidang ini telah lama wujud setelah aku mula bergiat aktif dalam urusan editorial team bagi majalah sekolah. Menjadi ketua editor untuk majalah sidang ridaksi sekolah merupakan saat permulaan bagi aku. Pada masa itu jugalah aku mula mempelajari fotografi dengan hanya berbekalkan kamera jenis compact dan juga kamera DSLR milik teman rapat aku.

Broadband Internet, Mobile Internet
Inilah kamera yang banyak beri aku inspirasi ketika diatas bangku sekolah lagi

Adakah hanya dengan menekan butang shutter camera itu boleh menjadikan kita sebagai seorang jurugambar atau sudah cukup untuk mendalami bidang ini? Tentunya tidak. 

Pada mulanya, aku agak ragu-ragu pada kebolehan diri sendiri dengan kekurangan yang ada pada diri ini membuatkan aku berfikir dua kali sama ada ingin meneruskan haluan ini atau berhenti hanya setakat yang mampu.

Matlamat ini ibarat sebuah game-changer buat aku kerana ianya mencabar diri aku untuk melangkah ke hadapan dan mencuba sesuatu yang baru walaupun perasaan takut dan gelisah itu sentiasa ada dalam diri. Biasalah, setiap orang pastinya takut untuk gagal kan?

Walaubagaimanapun, aku bersyukur kerana mempunyai inspirasi sendiri untuk terus berusaha – Satu, ianya antara salah satu cara untuk menghargai sesuatu. Kedua, boleh dimanfaatkan untuk diri sendiri sebagai contoh buat perniagaan dan ketiga, sudah tentulah kerana ingin mengembara. Ianya sedikit sebanyak berkait rapat dengan aspek peribadi dan kerjaya aku, berdasarkan kepada minat dan juga kerjaya iaitu sebagai seorang penulis blog travel & lifestyle. Menghasilkan gambar yang menarik adalah perkara asas buat aku dalam apa juga dilakukan – menulis artikel majalah, menulis blog, mengembara dan banyak lagi. 

Salah satu cara aku mencapai matlamat aku ini ialah dengan mengambil kursus fotografi di universiti dan alhamdulillah aku berjaya melangkah masuk ke universiti dan mengambil kos pilihan aku sendiri. Through out the journey, macam-macam yang aku hadapi. 

Broadband Internet, Mobile Internet
Salah satu gambar yang aku sempat muat naik dekat akaun media sosial. Saat ini aku memang hampir putus asa dan nasiblah ada kata-kata semangat buat aku. Terima kasih!

Bermula dengan persaingan yang cukup tinggi. Melihat kamera yang dimiliki oleh rakan-rakan aku membuatkan aku hilang keyakinan dan terasa begitu kerdil. Ingat lagi masa tu kamera yang aku gunakan ialah kamera biasa berbanding dengan yang lain siap dilengkapi dengan pelbagai aksesori, lens dan banyak lagi. 

Namun aku percaya, jenis kamera yang digunakan bukanlah penentu kejayaan seseorang itu. Aku mengambil inisiatif untuk mempelajari skill dan tambah pengetahuan fotografi secara sendiri (di luar kelas). Aku cuba sesuatu yang berbeza iaitu belajar melalui Internet, pergi ke bandar seorang diri untuk berlatih mengambil gambar dan yang paling mencabar ialah aku keluar pada waktu tengah malam, berdiri di tengah jalan raya dan cuba untuk mengambil gambar (ketika ini aku cuba untuk pelajari slow shutter).

Broadband Internet, Mobile Internet

Selain itu, aku juga tidak malu untuk meminta tunjuk ajar dari orang lain (especially mereka yang professional dalam bidang fotografi). Pada asalnya aku memang tak pandai nak approach orang, tapi aku jadikan ini sebagai salah satu cabaran untuk melakukan sesuatu di luar zon selesa aku. 

Aku sedar, semua ini hanyalah permainan mental dan emosi kita. Jika kita rasa sesuatu itu susah, maka susahlah ia. Jika anda rasa setiap kesukaran itu pasti ada jalan penyelesaiannya, tidak mustahil untuk anda berjaya. 

Itulah yang aku lakukan tatkala diri ini hampir-hampir berputus asa. Keep on reminding myself that there is nothing impossible for us to do. Aku sentiasa cuba untuk berfikiran positif, kawal emosi serta pastikan fizikal sentiasa dalam keadaan yang bersedia untuk menghadapi sebarang cabaran. Memang perit kalau ingat balik cabaran-cabaran yang aku hadapi ketika itu, namun tak sangka juga yang aku telah berjaya sampai ke tahap yang tak pernah aku sangkakan. 

Masih teringat lagi apa yang dikatakan oleh salah seorang pensyarah aku 

I know you’ll be somebody in future. Just believe on what you feel. Be confident. Jangan berhenti untuk berusaha. Belajarlah dari segala kesilapan yang awak lakukan ketika ini,”.

Broadband Internet, Mobile Internet

Alhamdulillah, aku berjaya perform pada masa itu. Aku berjaya mendapat title “Best Photographer” serta meraih keputusan yang baik. Ini juga menandakan bahawa aku sudah hampir mencapai matlamat aku, iaitu ingin mempelajari bidang fotografi. 

Selain itu, aku juga dijemput oleh syarikat penerbangan dan juga majalah pelancongan untuk mengikuti jelajah media di dalam negara dan juga luar negara. 

We choose you because you can produce good pictures. We enjoyed looking through the pictures posted by you, on your blog”. 

Broadband Internet, Mobile Internet

Itulah kata-kata yang sentiasa memberi aku semangat. Selain itu, yang penting… aku dapat menangkap gambar melalui pengembaraan aku ke beberapa buah negara seperti Thailand, Cambodia, India, Norway dan banyak lagi. 

Broadband Internet, Mobile Internet
Majalah Libur Mei 2015
Broadband Internet, Mobile Internet
Majalah REMAJA Oktober 2011
Pengalaman keluar dalam majalah atau surat khabar juga merupakan saat menarik buat aku dimana ianya sebagai tanda bahawa usaha aku selama ini mendapat perhatian orang luar. 

Broadband Internet, Mobile Internet
Destinasi Blogger (Majalah LIBUR - Mei 2015)

Tidak lupa juga, aku mula menulis artikel untuk majalah-majalah tempatan dalam negara dan kebanyakkannya adalah berkenaan dengan cerita pengembaraan aku. 

Memang sukar tapi tidak mustahil untuk kita semua lakukan. Sepanjang perjalanan untuk sampai ke tahap ini, aku pelajari banyak perkara (Tidak mudah berputus asa dan sentiasa cari jalan penyelesaian), berjumpa dengan orang ramai yang datangnya dari latar belakang yang berbeza serta banyak lagi. 

Walaubagaimanapun, perjuangan aku tidak hanya sampai di sini, aku akan cuba untuk terus berusaha dalam mempelajari segala perkara. Next target ialah aku ingin bergiat aktif dalam bisnes fotografi. Tidak kira secara sepenuh atau separuh masa.