TERENGGANU: SQUID JIGGING PART 1 & 2

Monday, July 06, 2015 Pojiegraphy Journal 7 Comments


Bicara mengenai destinasi pulau cantik dan aktiviti mencandat sotong, sudah tentulah Terengganu akan menjadi sebutan ramai. Baru-baru ini aku sempat pergi ke Terengganu (untuk kali pertama) bagi menghadiri Festival Candat Sotong 2015 yang telah dianjurkan oleh pihak Tourism Terengganu dengan kerjasama Gaya Travel Magazine.

Trip selama 6 hari 5 malam iaitu dari 2 hingga 7 June, 2015 di Terengganu ini ternyata membuka mata aku bahawa Malaysia terbukti memiliki keindahan alam atau tarikan yang tersendiri, berbeza dari negara-negara lain.

Selain itu, festival ini juga disertai sekitar 120 pengamal media (wartawan dan blogger) dari dalam dan juga luar negara antaranya ialah New Zealand, Philiphines, Indonesia, Japan, Canada, Germany, Russia dan banyak lagi dengan tujuan mempromosi sektor pelancongan di Malaysia. 


Apa itu Candat Sotong?
Diamalkan sejak dahulu lagi, candat sotong ialah teknik untuk menangkap sotong dengan menggunakan umpan tiruan yang berwarna-warni (kebanyakkannya jenis glow-in-the-dark) agar sotong mudah tertarik dengan umpan tersebut. 

Candat sotong ini juga merupakan aktiviti harian orang-orang tempatan di sini bagi mencari rezeki dan kini sudah dikomersialkan oleh pihak Tourism Terengganu sebagai salah satu tarikan Terengganu. Bulan sesuai untuk melakukan aktiviti candat sotong ini ialah sekitar Mac hingga November. Manakala waktu sesuai pula ialah 5.00 petang dan 6.00 pagi. 

Dekat sini juga aku baru tahu sebenarnya sotong ini ada banyak jenis, antaranya ialah sotong torak, sotong ketupat, sotong katak dan banyak lagi. Terima kasih kepada orang tempatan di sini yang tidak jemu memberikan kami informasi-informasi berkenaan dengan candat sotong. 

Pakej Candat Sotong?
Jangan risau pasal boat dan sebagainya. Anda cuma perlu sediakan mental dan fizikal serta datang ke Terengganu sahaja kerana semuanya tersedia dalam bentuk pakej. Ada banyak pakej candat sotong yang korang boleh pilih. Pandai-pandailah survey. Ada pakej bot bermula dari RM1130 hingga RM1750 berserta dengan pelbagai kemudahan seperti chalet, peralatan candat dan banyak lagi.

Squid Jigging Part One
Bagi sesi pertama, aktiviti mencandat sotong dilakukan di Pulau Redang dimana semua peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Aku berjaya masuk dalam kumpulan 8 dimana group ini disertai oleh Malaysia, Indonesia, Australia dan Brunei (Kebetulan semuanya berdekatan saja).

Tempat berkumpul sebelum bergerak dengan kumpulan masing-masing
Proudly to present my group B-08 
Breathtaking views
Jangan nak gembira sangat, bukan ini boat yang kami naik masa mencandat sotong
Bersedia untuk mulakan perjalanan
Selfie bajet cool padahal dalam hati dah gementar 


- Berdasarkan pengalaman orang yang dah pernah candat sotong tahun lepas, ramai diantara mereka yang surrender sebab baru halfway mabuk laut teruk. Macam mana pula keadaan kali ini ya? Jom sama-sama kita tengok.




Baca majalah atas boat dengan bumpy wave? Ini buang tebiat namanya.
Sebelum mula mencandat sotong, sempat juga ambil gambar group untuk B-08
Flag off - bersedia untuk jigging!

Ketika ini, aku dah dapat tengok ada yang mula pening-pening. Tak tahu kenapa but ombak masa tu sangatlah kuat sampai ada satu masa tu boat dah macam nak terbalik. Hati dah mula gelabah tapi tetap bajet cool sebab ada kakak dekat depan aku ni kelihatan tenang je. Malu pula kalau gelabah. LOL

Tanpa melengahkan masa lagi, kami mula menurunkan umpan and do the jigging! Since boat agak kecil dan dipenuhi dengan ramai orang, each of us kenalah pandai-pandai cari spot terbaik mengikut keselesaan masing-masing. 

- Cara-cara mencandat sotong: Setiap akan diberikan tali pancing berserta dengan umpan, baling umpan ke dalam air dan mula tarik (paras pergelangan tangan) - lepas balik, do it until rasa macam anda benda tersangkut dekat umpan and cepat-cepat tarik naik atas (becareful sebab kadangkala sotong boleh terlepas).

Mr Raymond tengah mencandat dengan harapan dapatlah sekurang-kurangnya seekor sotong
My view masa mencandat 

Sudah hampir sejam kami mencandat dan malangnya tak dapat apa-apa. Jam pun dah masuk pukul 7.00 PM dan masing-masing sudah mula penat dan majoriti dah surrender sebab mabuk laut. Tak sangka pula aku boleh bertahan dari awal sampai habis. Nak tahu apa tips? Kejap lagi aku ceritakan. 

Masih belum berputus asa walaupun hampir semua dah selamat tidur 
Dah almost surrender, masing-masing just santai menikmati pemandangan

Apa perasaan mencandat hampir dua jam lebih atas boat serta ditemani dengan pukulan ombak yang begitu kuat and end up tak dapat apa apa? Sedih, tapi tak apa. Ada lagi sesi candat sotong kedua yang bakal menyusul. This time kena make sure dapat at least sekor!


Selesai mencandat, kami kembali ke hotel untuk makan malam bertemakan 'beach party' dengan sajian makanan laut yang begitu segar serta makanan-makanan tradisional Terengganu & Malaysia. Kali ini, semua kena lupakan hasrat untuk diet sebab makanan yang tersedia semuanya sedap-sedap belaka. Terima kasih Laguna Beach Resort!

Gambar kenangan bersama dengan antara sotong terbesar hasil tangkapan para peserta candat sotong
Since aku tak dapat sekor pun sotong, terpaksa la pinjam sotong orang untuk bergambar


Tahniah wakil dari Malaysia (DestinasiAsia) & Indonesia (Acentris) menang best dress

Squid Jigging Part Two
Berlainan lokasi, sesi kedua mencandat sotong berjalan di Pulau Kapas dan perjalanan bermula dari Duyong Marina & Resort (Terdahulunya dikenali sebagai Ri-Yaz Heritage Resort & Spa). Perasaan untuk sesi kedua ni tak sama dengan sesi pertama dimana kami lebih bersedia dengan apa juga kemungkinan serta lebih optimis untuk dapat sekurang-kurangnya seekor sotong. 

Para peserta berkumpul mengikut kumpulan masing-masing

Untuk sesi kedua juga, aku bukan lagi bersama dengan kumpulan B - 08. Kali ini aku bersama dengan B 05 dan geng Projek Travel. Boat kalini pun agak besar dan meriah berbanding dengan boat sebelumnya. Banyak pula membebel, jom kita teruskan misi mencandat sotong!


Dalam perjalanan ke bot masing-masing
Inilah boat untuk group B-05

Persiapan terakhir sebelum berangkat ke lokasi mencandat
Untung aku dikelilingi jejaka hangat Mawardi Yunus dan Ahmad Fauzi Aryaan
Flag off!
Boat besar bolehlah lepak dekat bahagian atas - berbeza dengan boat sebelumnya
Tak sabar nak mula menyandat

Perjalanan sekitar 45 minit, sempat lagi nap atas boat - best feeling ever!

Persediaan sebelum mula mencandat
Kebiasaannya, boat ni ibarat rumah para nelayan di sini sebab mereka banyak meluangkan masa dekat atas boat untuk mencari rezeki (mencandat sotong). Terkesima sebentar lepas tahu boat ni ada tempat tidur, dapur dan tandas.

Kalau anda berpeluang, mungkin bolehlah dapat boat seperti ini. Boleh masak terus sotong yang korang dapat. Menarik!


- Best part about this activity is aku indirectly dapat merasai kehidupan para nelayan atas boat dan juga merasai kesusahan mereka yang bergantung sepenuhnya kepada aktiviti mencandat sotong sebagai sumber pendapatan mereka. At least, aku sedar dan faham kenapa sometimes harga sotong ni mahal sekali.

Keadaan dalam boat - dapur, tempat tidur dan tempat menyimpan barang
Walaupun sibuk mencari rezeki, mereka tidak lupa untuk tunaikan tanggungjawab dimana juga mereka berada
Dah hampir 45 minit mencandat ni. Dah dapat ke belum?

Dapat tak? This time pun still tidak bernasib baik. Walaupun kali ni tak mencabar dan ramai yang survive, boat kami tetap susah nak dapat sotong. Ada lagi beberapa minit, teruskan perjuangan. Jangan mengalah!

That's me! Masih belum patah semangat untuk mencandat
Amir Nawawi tetap gigih mencandat walaupun masa hampir tiba dipenghujungnya
Mawardi Yunus yang kelihatan begitu santai ketika mencandat sotong
Ahmad Fauzi Aryaan dengan ekspresinya "Sudah! Aku give up!"
Khai Artzfar - berjaya dapat sotong besar tapi malangnya terlepas sebab besar sangat
Panorama maghrib dari atas boat
Beberapa minit sebelum kami pulang ke hotel, akhirnya boat kami berjaya juga dapat sotong. Walaupun saiznya kecil, tapi saat berjaya menangkap sotong ini memang sukar untuk diungkapkan hahahaha (at least tak malu sebab tak dapat langsung).

"Can I straight away eat it?" Go on!
- Apa tips aku boleh tahan masa sesi pertama tu? Masa lunch, aku tak makan banyak (tak makan nasi) and yang penting makan motion sickness pil 1 atau 2 jam sebelum anda pergi mencandat sotong. Yang penting, pastikan anda makan tapi dengan kuantiti yang sederhana sebelum pergi mencandat. 

Untuk informasi tambahan mengenai aktiviti mencandat sotong di Terengganu, anda boleh hubungi pihak Tourism Terengganu di +6096231553 atau email ke tourismterengganu2014@gmail.com.

_________________________________________________________________


This blog post was made possible through Terengganu International Squid Jigging Festival (Media Trip) in Terengganu organized by Tourism Terengganu & Gaya Travel Magazine

Tourism Terengganu Official Website

Gaya Travel Magazine Official Website
CLICK HERE

More Articles for #SquidJiggingTGG
CLICK HERE

Watch my Official Squid Jigging Video
CLICK HERE

To see more pictures of Terengganu Squid Jigging Festival 2015, you can browse through #SquidJiggingTGG on Facebook, Twitter and Instagram.

7 comments:

  1. ishhh,ruginya la tak pegi tuari... tapi yg tido atas boat tu lagilah,kalau aku.. agak seram gak,haha..mana tau bangun2 tido terdampar dipersisiran pantai (gituh)..

    ReplyDelete
  2. Aku memang fail la bab mencandat nie oii... haritu pergi sekali mabuk kemain... Last2 terlantar je dalam bos HAHAHA. cilaks betul lol

    ReplyDelete
  3. Kalo gi malam lebih higher chances dpt sotong 😉

    ReplyDelete
  4. Wahh best laaa dpt g candat sotong..mesti seronok dpt join ramai2 gini...suka plak vaca sambil layan gambar2 yg cantik ni...huhu g candat tp takleh sotong kesiannya..Sotong org jer bawak bergambar huhu..takpe laaa lps hajat ..fuyoo sempat lg tu lyn gaya travel ats bot..mak aiii tk poning ker..anyway nampak semua enjoy jer..

    ReplyDelete