Tempat-Tempat Shopping Di Visakhapatnman, India

Monday, July 06, 2015 Pojiegraphy Journal 2 Comments


Bercakap pasal kembara ke negara orang lain, perkara yang selalu bermain di minda ialah makanan, tempat-tempat menarik dan penginapan. Eh! Kenapa? Masih tak cukup? Ooooh, tidak lupa juga shopping. Datang ke tempat orang, tak sah kalau tak cari spot untuk shopping. 

So, entri terakhir untuk #VisakhapatnamJourney ini aku akan kongsi serba sedikit spot shopping (yang sempat aku visit) untuk anda pergi jika datang ke Visakhapatnam. Hopefully it helps la ya.







Tak sangka juga kawasan shopping di sekitar Vizag ni agak meriah dengan kunjungan orang ramai especially waktu malam. Keadaan agak packed sebab ramai sangat orang lagi-lagi bila ada clearance sale which kami sempat juga pergi masa sale. Memang ramai dan sangat padat. 

Kalau plan nak jalan-jalan sekitar shopping area di Visakhapatnam (especially malam), better jangan pergi alone. Go at least with 2 or more friends with you so that kalau ada apa-apa terjadi, senang. 

Vizag bukanlah syurga buat para shopaholic diluar sana but dengan kepelbagaian benda menarik yang terdapat di sini, maka ianya dianggap sebagai tempat menarik untuk shopping - kain (saree), jewellery, makanan tradisional (herba, teh & spices), sandalwood sculptures dan sebagainya. 


DI MANA NAK SHOPPING?

1. The Nuts 'N' Fruits





Kalau nak cari cashew nut and other snacks, boleh la datang ke sini sebab diorang ada pelbagai jenis kacang and dry fruits yang cukup berkualiti. Make sure jangan terburu-buru kalau shopping dekat sini sebab memang macam-macam ada and kalau anda lucky, boleh dapat best price! 

LOCATION
CBM Compound Rd, Waltair Uplands, Hotel Tycoon Junction, Siripuram, Visakhapatnam, Andhra Pradesh 530003, India

CONTACT
+91 891 661 8449

OPERATION HOURS
10:00 am – 10:00 pm

*If I am not mistaken, boleh juga pakai debit/credit card dekat sini


2. Sri Sivarama Sweets (Pure Ghee Sweets)







Menariknya tempat ni ialah terdapat pelbagai jenis manisan tradisional yang anda boleh pilih. Semua dibuat dari ghee asli. Kedai yang telah wujud sekitar 1982 ini juga terkenal dengan kualiti manisan yang baik. Selain itu, ada juga manisan Bengali dan Andhra. Those yang suka traditional Indian sweets, confirm bahagia kalau datang sini. 


LOCATION
Beside Telugu Talli Flyover, AsilmettaJunction, Asilmetta, Vizag

OPERATION HOURS
8 AM - 10 PM

CONTACT
+0891 2754806


2. Street Fresh Fruits





Buah-buah dekat sini quite tempting juga. Tak payah pergi proper market pun boleh dapat buah-buahan yang sedap. Dekat tepi jalan banyak but please be careful bila nak beli buah-buahan ya. Check betul-betul kondisi buah tu before beli. I must say their mango agak sedap and slightly cheaper than ours. Same to other fruits. 


5. Lepakshi Emporium (Handicrafts)






Ianya beroperasi dibawah Andra Goverment dan begitu terkenal dengan himpunan kraftangan yang menarik jika anda ingin beli sebagai koleksi peribadi ataupun souvenir. Dekat sini juga ada jual saree, carpet dan macam-macam lagi. 

- Kalau ada yang berkenan, kena pandai bargain or beli banyak sikit and bolehlah dapat best price

LOCATION
Town Main Rd, Jagadamba Junction, Visakhapatnam, Andhra Pradesh 530002, India

CONTACT
+91 891 250 8037

OPERATION HOURS 
Open today · 10:00 am – 8:00 pm



6. Chandana Brothers Shopping Mall





Secara jujur, Chandana ni la tempat yang aku paling suka sebab ada macam-macam pilihan (baju, barangan dapur, kain dan banyak lagi) dan yang penting selesa. Barang-barang pun quite murah. Memang ada hasrat nak beli banyak barang tapi memikirkan luggage cuma 20kg, so kena la limitkan pembelian. 

- If rasa nak borong banyak barang, belilah luggage lebih sikit ya


Aku pun tershopping juga. Tapi tak banyak la!

LOCATION
Door No 28-2-51, Jagadamba Centre, Visakhapatnam - 530020

CONTACT

OPERATION HOURS
Monday, Tuesday, Wednesday, Thursday, Friday, Saturday, Sunday: 
10:00 am to 10:00 pm
___________________________________________________________________


This blog post was made possible through a media trip to Visakhapatnam, India organized by AirAsia & Andra Pradesh Tourism 

Simply CLICK HERE 
To check on the latest route to Visakhapatnam via AirAsia. 


More articles about my #VisakhapatnamJourney

2 comments:

  1. Fuhhh byknyerr tempat beli belah...rambang mata gak tuu nk bli apa...wow kacang2 tuu nampak sodapp jer...syok layan hp kdai kain tuu beli ke idokkk hehe..

    ReplyDelete
  2. Cantik kemas dan menarik..sempat lagi selfie tuu tp tak tgk kamera adoiii..pemandangan yg indah dan menarik..

    ReplyDelete