HOTEL REVIEW: KEINDAHAN LE MÉRIDIEN BALI JIMBARAN

Wednesday, July 22, 2015 Pojiegraphy Journal 6 Comments


Jika anda mencari ketenangan sambil menikmati suasana pantai indah di Bali, Le Méridien Bali Jimbaran mungkin bakal menjadi hotel pilihan anda lagi-lagi bila datang ke sini untuk berbulan madu. 


Terletak berdekatan dengan restoran seafood terkenal di Bali, iaitu Manega Cafe,  Le Méridien Bali Jimbaran juga tidak pernah lekang dengan kunjungan daripada pengunjung yang datang ke Bali especially mereka yang pentingkan privasi ketika mengembara. 

- Bagi ahli Starwood Preferred Guest (SPG), kebiasaannya hotel Le Méridien ini terkenal kerana hidangan makanan mereka yang menarik terutamanya Le Méridien KL. Tak sangka pula rekaan luaran dan dalaman Le Méridien Bali Jimbaran ini cukup menarik dengan elemen seni reka moden dan juga minimalis. 


MAIN LOBBY
Sejurus melangkah ke kawasan lobi utama hotel ini, aku berasa sangat teruja melihat deko sekitar main lobi. Pemandangan laut, kolam renang dan juga sunset/sunrise - semuanya anda boleh lihat dari lobi utama hotel ini. 



Design yang sangat simple dan menarik


Welcome drink to freshen up!


AQUA STUDIO SUITE LAGOON VIEW
Bercakap pasal bilik di Le Méridien Bali Jimbaran ni, I gotta say they got one of the best rooms that this hotel has to offer. Personally, aku berkenan dengan konsep serta warna yang diaplikasikan untuk pelbagai jenis bilik di hotel ini.

Jangan terkejut kerana hotel ini ada menawarkan 10 jenis bilik & suite kepada para pengunjung iaitu bermula daripada Classic Room, Lagoon View Room, Lagoon Access Room, Aqua Studio Lagoon Access, Aqua Studio Lagoon View, Aqua Pool Sky Penthouse, Avant-garde 1 bedroom suite, Avant-garde 2 bedroom suite dan Grande Avant-garde Suite.








Suasana malam di sekitar Le Méridien Bali Jimbaran juga begitu tenang dengan hanya bertemankan bunyi pukulan ombak pantai Jimbaran



BREAKFAST BUFFET AT BAMBOO CHIC RESTAURANT 
Selain dari memiliki bilik yang begitu selesa, Le Méridien Bali Jimbaran juga menyediakan pelbagai jenis hidangan untuk sarapan pagi di restoran Bamboo Chic. Bermula dari hidangan asia hinggalah hidangan barat, yang tinggal hanyalah anda untuk membuat pilihan.  



Restoran yang mempunyai sekitar 120 tempat duduk ini juga terkenal dengan hidangan singaturenya seperti Balinese chicken curry omelette, Padang beef rendang poached egg dan banyak lagi. 


OTHER RESTAURANTS
1. Smoqee Lounge and Sky Bar
2. Latitude 8
3. WaLa
4. Poolside Bar

SALTWATER LAGOON POOL


WaLa



KIDS CLUB & FITNESS CENTRE



OCEANIC VIEW SKY VILLA
Ada satu benda lagi yang begitu mengujakan tentang Le Méridien Bali Jimbaran. Nak tahu apa dia? Sudah tentulah Oceanic View Sky Villa iaitu antara jenis bilik yang terbaik di hotel ini. 

Dengan kedudukannya yang membolehkan anda melihat keindahan pantai Jimbaran, vila mewah ini juga turut dilengkapi dengan private pool, bilik mandi ibarat spa serta jakuzi yang pastinya akan membuatkan anda hanya ingin meluangkan masa di hotel.  














MORE ABOUT LE MÉRIDIEN BALI JIMBARAN

ADDRESS
Jalan Bukit Permai · Jimbaran, Bali, 80361, Indonesia

CONTACT
+(62)(361) 8466888

To find out more about this hotel

6 comments: