POJIEGRAPHY DALAM MAJALAH LIBUR EDISI MEI 2015

Tuesday, June 23, 2015 Pojiegraphy Journal 11 Comments

Majalah Libur merupakan antara majalah travel yang menjadi kegemaran para pengembara untuk mendapatkan pelbagai tips, cadangan destinasi serta banyak lagi. Setelah 12 tahun penerbitannya, Majalah percutian berbahasa Melayu ini mula memperkenalkan para travel blogger dalam ruangan Blog O'Rama, pada Disember 2014.

Featured in Libur Magazine (Mei 2015)
Rasa teruja jugalah apabila melihat nama blog terpampang dekat ruangan Blog O'Rama. Bukan sekadar ruangan kecil, hamek kau terus dapat 2 muka surat penuh semuanya untuk cerita aku sahaja. 


Previously ada juga cerita pasal ni di entri sebelumnya cuma itu ala-ala teaser (ahgitu!) sebab majalah masih lagi dalam pasaran. Kalau post semua benda, macam tak elok pula kan? Haaa, entri kali ni kita post semuanya. 

Minat menulis ni sudah lama ada dalam diri sejak habis sekolah menengah. Ambil kos computer programming, tapi dalam hati memang nak sangat bidang penulisan. Ambil kos seni fotografi, haa.. nasib minat fotografi juga. Sampai sekarang, akhirnya dapat juga masuk dalam bidang penulisan untuk degree. 

Artikel hasil penulisan sendiri di ruangan Destinasi Blogger
Gambar-gambar dibawah ni ialah artikel yang aku tulis berkenaan dengan pengalaman ke Tana Toraja (sekitar tahun 2014). Sebenarnya pengalaman ni sudahpun dikongsi dalam blog. Tapi, yang dalam majalah ni lagi complete from A to Z. 



Terima kasih buat Majalah Libur kerana membuatkan gambar-gambar yang aku hantar ni nampak lebih menarik setelah disusun oleh mereka. I heard Majalah Libur dah berhenti keluarkan majalah, I hope it is not true because i'm one of their loyal readers! 

Thank you juga kepada my classmate, Sheril sebab tolong belikan majalah ni. Kebetulan masa edisi ni keluar, aku masih dekat Europe.


MORE ABOUT MAJALAH LIBUR

Facebook
http://www.facebook.com/majalah.libur

Instagram
http://instagram.com/majalahlibur

Web
http://libur.karangkraf.com/

Hashtag
#BlogORamaLibur

11 comments:

  1. Congrats on being featured! I understand that May was the last month the magazine was published so you probably heard it right. Very unfortunate kan?

    ReplyDelete
  2. Tahniah pojie..yey masuk majalah lagi tuu.ehh pojie dah tukar header baru laaa...

    ReplyDelete
  3. wah tahniah Pojie, ada hasil berjalan2 makan angin ni. keep it up. oh nak sign bole?

    ReplyDelete
  4. Welcome Pojie. Tahniah. Teruskan menulis ya :)

    ReplyDelete
  5. Tahniah! Moga terus maju dalam penulisan blog! Cayalah..

    ReplyDelete
  6. Bang Pojie.. kerreeennn... beuuhhh..hebat.

    ReplyDelete