Train Journey From Visakhapatnam To Araku Valley Via Kirandul Express Train

Sunday, June 28, 2015 Mohd Shahril Fawzy 14 Comments

KIRANDUL EXPRESS TRAIN | Sesiapa sahaja yang suka tengok movie bollywood, confirm akan suka part ini. Kenapa? Entri kali ini bakal bercerita berkenaan dengan pengalaman aku menaiki kereta api klasik dari Visakhapatnam ke Araku Valley. Ye la, dalam movie bollywood dulu-dulu kan mesti ada scene dekat kereta api. Hiks

Pelbagai senario dan perkara yang aku lihat serta pelajari sepanjang perjalanan yang mengambil sekitar 4 jam ini. Kenapa? Tak best ke? Kalau nak tahu, teruskan membaca.

Cubaan untuk melintas jalan yang dipenuhi dengan kenderaan laju 

Penat masih tak hilang sebab semalam enjoy sangat keliling Visakhapatnam, the next morning we woke up at 5.30 am to get ready sebab train akan bergerak sekitar pukul 6.50 am. Perjalanan dari Hotel kami (Rushikonda Beach Resort) ke train station ni tak jauh pun (approximately around 15 - 20 minutes).

Sampai je dekat depan train station, aku agak terkejut melihat keadaan traffic di depan stesen ni. Biasalah, stesen kereta api kan memang selalu akan busy. Macam tak biasa pula kan? Bhahaha. But this one is quite challenging sebab sometimes drivers dekat sini kelam kabut sangat. Kalau mereka yang jenis adventurous, confirm suka part ni. Ala-ala lost in somewhere we don't know. LOL

Mostly, tuk-tuk je dekat sini tapi still rasa gementar tu ada - luckily we have our tour guide 
Pintu utama masuk ke stesen kereta
Keadaan di sekitar kawasan stesen kereta api Visakhapatnam yang begitu sibuk [6.15am]

Walaupun keadaan agak kelam kabut, masih juga sempat curi-curi gambar di tepi kereta api ni sebab first time tengok classic train. Rasa teruja tu lain macam. Sebagai peringatan, kalau anda bercadang untuk naik train ni, disarankan agar anda datanglah awal. Risau sesat dan terlepas train sebab train ni hanya sekali sehari sahaja. If you miss the train, then you have to wait for the next day

Masa ni dah kelam kabut dah siap lari sebab takut terlepas train
Morning view from top
Kemain lari kelam kabut bagai, sekali sampai tengok semua relax je. Ada lagi yang lepak-lepak dekat luar. Rasa menyesal buang tenaga di awal-awal pagi ni. Nevermind, for at least kami ada masa lagi untuk jalan-jalan & ambil gambar before train bergerak. 

One of Andra Pradesh Tourism tour guid - loading up our meals

Anda semua mesti excited nak tengok macam mana rupa (interior) train ni kan? Okay, jom kita masuk & feel the atmosphere inside this train. Actually, train ni ada tiga jenis seat iaitu 2nd Sitting (Chair Seat), Sleeper dan First Class. KLIK DISINI untuk lihat harga-harga bagi route Visakhapatnam Junction (VSKP) to Kirandul (KRDL)


Kitaorang naik 2nd sitting, so our rate is  100 / Net - For Regular/Adult (12 and above).

Interior 1
Interior 2
Dapat seat tepi window - Jyeah super heaven
Other tourists yang naik satu coach dengan kitaorang - under Andra Pradesh Tourism

This train memang best sebab dapat merasa aura klasik tu but I guess they should put more bigger fans so that the passenger akan lebih selesa. Masa kitaorang naik tu keadaan agak panas (maybe sebab musim panas). Everything is okay, cuma part tu saja. 

Masa dalam perjalanan tu, tiba-tiba train berhenti in the middle of nowhere (I mean no train stop). I was wondering and then tengok dekat luar, nampak orang berkejaran nak masuk dalam train. It was a chaos.

Parents with their kids masing-masing berebut untuk naik atas train - along with their heavy stuff
There is one girl, dengan selambanya jalan dekat atas railway track - I'm like "Girl! Watch out!" LOL

We had our breakfast specially prepared by the tour guide (not included in the train fare)
You'll see view yang berbeza along the way to Araku Vally - nice one!
A group of friendly local tourists sang traditional Indian song to make our journey more alive 

Bila nampak diorang tengah nyanyi, some of us joined them. Suddenly, that awkward moment bila diorang request kitaorang untuk nyanyi lagu tradisional Malaysia. We were clueless and masing-masing terus duduk dekat tempat duduk & act like there is nothing happened. Hahaha!

A lady walked around in the train selling her mangoes - a sweet & juicy mango. 
REMINDER: When it comes to India, it is advisable for you to be extra careful in consuming their foods. Not all, but some of the food is not properly served. Just nak avoid daripada perkara yang tidak diingini. What ever it is, I love their signature dishes such as naan, chapati, curry chicken and more. Those taste so authentic!

Kalau ada berani, pergi dekat pintu & snap satu selfie while train berjalan
Cute little baby that catches our attention
Look! That's Eugene with his fatherly behaviour 
Again there were people rushing to get into the train
For the second time, bila train berhenti, aku nampak orang bekejaran dekat luar berebut nak naik ke atas train (illegally). But this time, some of them berjaya naik after one of the doors tak kena jaga dan disebabkan itu, berlakulah sedikit drama. 

But don't worry, they won't harm sesiapa yang ada dekat atas train pun. Diorang cuma nak tumpang and some of them nak jual their coffee/fruit and etc. Again, pengalaman baru untuk aku.

Drama antara orang dekat atas train & those yang berjaya menyelinap masuk
Happy face dapat ambil selfie dekat tepi train



Finally sampai pun dekat Stesen Kereta api Araku


Turun dari kereta api tu, agak terkejut juga sebab ramai tengah menunggu dekat luar untuk naik train. Dekat sini memang agak kelam kabut. So, kena hati-hati dengan barang-barang anda (especially yang berharga). Risau tercicir or anything. 

This experience is superbly unforgettable. Kalau anda plan untuk visit Visakhapatnam, jangan lupa untuk try train journey ni. Indirectly, anda akan pelajari macam-macam benda. Memang best! 

Yuhoo! We were featured in one of their local newspaper yo. 

MORE ABOUT KIRANDUL EXPRESS

Train Timetable

Train Route/status 

Fare Chart

___________________________________________________________________


This blog post was made possible through a media trip to Visakhapatnam, India organized by AirAsia & Andra Pradesh Tourism 

Simply CLICK HERE 
To check on the latest route to Visakhapatnam via AirAsia. 


More articles about my #VisakhapatnamJourney

14 comments:

  1. 1st!

    *tak pernah naik tren. kalu ktm komuter bandar yang lama biasa la.. sob..sob...

    ReplyDelete
  2. Wow cantiknya gambar. lagi satu, masa berlari sempat lagi snap gambar ye hahah professional sangat!

    ReplyDelete
  3. Wah memang terbaik lah pojie! Boleh merasa suasana hindustani. Tak ada sesi joget joget dan guling guling atas track? hehehe. Food memang kena berhati-hati kan kalau nak elak ke kamar kecil , tak seronok pula nak berjalan. pastikan membawa pil che ke teck on.

    ReplyDelete
  4. Perjalanan dengan kultur Indianya yang sangat kuat yang dialami Bang Pojie, sangat menarik diceritakan.

    ReplyDelete
  5. Tengok interior train tu mencabar sungguh.. tapi ini merupakan satu pengalaman yg amat2 menarik.. seronok. Thanks sharing Pojie.. :)

    ReplyDelete
  6. seumur hidup tak pernah merasa lagi pengalaman naik train..Masa dok UM dulu biasa naik komuter dengan LRT je la..

    ReplyDelete
  7. Salam, bro..all these are priceless dowh...
    aku tak tahu kenapa, tapi rasa macam air mata nak mengalir baca entry ni, maybe sbb aku ni jenis yg sangat menghargai something yg vintage dan unik mcm ni..aku suka tgk suasana dlm train tu..seat lama dia, dinding lama dia, tingkap dan besi lama dia, rasa aku nak sentuh dan feel sendiri benda2 tu..hahah..even taklah selesa, tp aku enjoy the environment..sangat menarik!! Huwaaa T_T lagi satu, gambar2 semua mmg awesome!

    ReplyDelete
  8. blogger famous siap masuk paper hindu hahaha!

    ReplyDelete
  9. geez,thanks for the publicity Pojie hehehee.

    ReplyDelete
  10. Takut plak tgk train tu..org pon sikit punya ramai tuuu..takut tgk duk berkejaran nak naik train..selfie dkt tpi train tuu memang awesome laa..

    ReplyDelete
  11. Suka sama foto-fotonya Pojie. Jadi teringat masa menaiki kereta ini dari tengah hingga ujung India :D

    ReplyDelete