VIDEO SIMULASI - TUJUAN AKADEMIK

Thursday, May 28, 2015 Pojiegraphy Journal 8 Comments


NOTE: THIS IS ONLY FOR ACADEMIC PURPOSE
(LAKONAN SEMATA-MATA)

GADIS MATI DILANGGAR KENALAN LELAKI, CINTA DITOLAK

SHAH ALAM: Gara-gara menolak cinta kenalan dari Facebook, seorang pelajar perempuan universiti awam maut dalam keadaaan menyedihkan selepas dilanggar lari oleh seorang lelaki yang kecewa dengan tolakkannya.

Mangsa yang dikenali sebagai Rosa Darnish, 23, ditemui oleh penduduk di sekitar Seksyen 2, Shah Alam, baru-baru ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Shah Sekitar, Asistan Superintendan (ASP), Awaludin Barakbah Jamiulah berkata mangsa ditemui dalam keadaan berlumuran darah dan terdapat kesan lebam pada bahagian kaki selepas dilanggar oleh suspek.

“Siasatan awal pihak polis mendapati bahawa suspek melanggar mangsa dengan menggunakan motor miliknya.

“Kami masih lagi menjalankan siasatan dan percaya bahawa suspek masih lagi berada di sekitar kawasan Seksyen 7, Shah Alam,” katanya ketika dihubungi.

Seorang saksi yang ingin dikenali sebagai Alya Fiska, 21, berkata dia sempat melihat mangsa berdua-duaan dengan lelaki berkenaan di taman sebelum dibunuh.

Sementara itu, pihak polis menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan dengan kes ini untuk tampil memberi keterangan secepat mungkin bagi membantu siasatan.

Hasil siasatan awal mendapati mangsa dipercayai berkenalan dengan suspek dalam tempoh dua minggu, bermula di laman sosial, Facebook.

Mangsa telah dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah untuk proses bedah siasat.

8 comments:

  1. kiranya bukan kisah benar la kan?haha...confuse jap...

    ReplyDelete
  2. wahh .. sape director.,., eh ke kisah sebenar.. blur ~~~~

    ReplyDelete
  3. Kesianlah... stimulasi dari kejadian sebenar kan..

    ReplyDelete
  4. Kisah benar ke ni..tak paham jugak..nmpak pd citer pojie cam kisah benor..

    ReplyDelete
  5. Ooo br paham ..stimulasi dari kejadian sebenar rupanya..

    ReplyDelete