FOOD REVIEW: BEST DURIAN PULUT CENDOL IN SHAH ALAM

Thursday, May 21, 2015 Pojiegraphy Journal 18 Comments

Keinginan untuk menikmati cendol begitu sinonim dengan cuaca yang panas, yang kita (rakyat Malaysia) tengah alami. Sekarang ni kita boleh nampak banyak gerai cendol, kuih-muih, rojak dan sebagainya dekat tepi jalan. Dalam banyak cendol yang aku rasa, Cendol's Din is officially in my top list (favourite).



Habis je kelas and setelah penat mengadap assignment yang ibarat tiada penghujung ni, sempat juga curi masa untuk pergi rasa cendol dekat Seksyen 7 ni. Tak tahu kenapa, tapi tekak memang nak rasa cendol juga. *tutup laptop, kemas barang terus drive pergi gerai cendol berhampiran.


Cendol's Din ni merupakan antara cendol terbaik yang ada dekat Shah Alam ni. Cendol Durian / Durian + Pulut adalah antara pilihan utama orang ramai yang datang ke gerai ni. 


Kena dengan masa dan cuacalah kitaorang menikmati cendol ni. Sepanjang aku duduk dekat area gerai Cendol's Din ni, nampaknya pelanggan tak putus-putus datang. 



Harga untuk menu-menu yang disediakan (semua berpatutan)



I choose to try their pulut + durian sebab nampak macam sedap. Yang bestnya, cendol dia tak rasa terlebih manis ataupun tawar. Just nice. Tiba-tiba terasa nak minta durian dia saja sebab terlampau sedap. Bhahaha!


Makin lama aku duduk dekat sini, makin ramai pula orang datang



Khusyuk betul tak sabar nak makan *sempat juga ambil gambar sebelum jadi pelahap bhahaha


Map for landmark dekat Cendol's Din 
(Pharmaniaga Bhd)


ADDRESS
7, Lorong Keluli 1B, Kawasan Perindustrian Bukit Raja Selatan, 40800, Shah Alam, Selangor,
Malaysia

Road from UiTM Shah Alam towards the main road to Jusco Bukit Raja. 
Don't forget to give a try on their best cendol!

18 comments:

  1. best kan...semua negara awak dah pergi.... Saya dalam malaysia pun tak abis pusing lagi..Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah, your time will definitely come! ;)

      Delete
  2. Replies
    1. Baru balik dari sana tadi. Dapat juga pekena satu cendol durian. Pergh!

      Delete
  3. OH TEPI JALAN JE,,TAHUUUU..NEXT TIME NAK P....STRESS NI PEPAGI BACA ENTRI PASAL CENDOL,HAHAHAHA

    ReplyDelete
    Replies
    1. Silalah pergi! Tak rugi sebab memang sedap kebabom!

      Delete
  4. perrrhhhh pojie,,, mengundang betul entry ni.. *sambil tadah air liur hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul! Saya yang tengah menulis ni pun terliur. Ahhh!

      Delete
  5. Waduh.. ngiler lihatnya saya Mas Pojie. Kirim dong ke Bogor cendol pulut duriannya.. ngak ada di sini Cendol seperi itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jauh banget sih. Hahahaha! Mari ke Malaysia lagi!

      Delete
  6. perghhh cendol durian... terbaiklah,,lama tak makan..pojie dulu student poli eh ?

    salam kenal dari www.akupenghibur.com

    ReplyDelete
  7. Fuhhh... yg ni mmg saya tak nafikan.. tengok je dah kecur!!.. thanks sharing info tempat ni Pojie.. :)

    ReplyDelete