Dah selesai pusing-pusing dekat Siem Reap, tiba masanya untuk kita ke satu lagi destinasi utama di Cambodia iaitu Phnom Penh. Kebiasaannya, orang akan melawat at least dua tempat yang berbeza apabila sampai di sini. So, Siem Reap dan Phnom Penh menjadi pilihan kami. 



We decided to go to Phnom Penh with Giant Ibis night bus. Sekali-sekala merasa naik night bus pula kan. Yang bestnya pasal night bus ni, seat dia ala-ala katil kecil which kita boleh luruskan kaki & baring dengan selesa.


It is almost midnight. Muka pun dah rabak. Hati dah tak sabar nak masuk dalam bus & tidur.


Rupa bus Giant Ibis


Entering the bus


First time naik bus konsep macam ni. Agak sempit, tapi selesa la juga sebab boleh baring. Instead of kita kena duduk sampai kebas punggung bagai. 





Sebelum menikmati tidur yang lena, sempat lagi check Internet kejap. Uh! Bus ni juga sediakan perkhidmatan WiFi sepanjang perjalanan. Sama ada nak tidur atau surf internet? Semua tu ada dalam tangan anda untuk pilih. 






Plug provided for every seat 


Sleep time


Arrived in Phonm Penh
Surprisingly, sepanjang perjalanan aku berjaya tidur tanpa sebarang gangguan. Suasana naik night bus ni ala-ala naik flight pula cuma dari segi layanan tu berbeza sikit. This is what we want! Naik bus, tidur and bangun je dah sampai ke destinasi seterusnya. Bermaksud bus ni memang selesa and highly recommended. 



Bila tengok dah terang semacam, terus excited nak tengok tingkap and see macam mana rupa dekat Phnom Penh ni pula. Personally, aku agak terkejut dengan keadaan dekat Phnom Penh yang sungguh jauh bezanya dengan Siem Reap - especially in term of kebersihan.



Turun je dari bus, terus ramai driver tuk tuk approach kitaorang. Agak kelam kabut and skeptical juga some of their offers. Dekat sini adalah sangat penting untuk anda tahu jarak destinasi anda dengan bus station so that tak kena caj lebih.



Gambar-gambar di sekitar Phnom Penh



Aku speechless seketika. Macam terkena kejutan budaya pula. Dalam pada masa yang sama, aku juga curious nak explore tempat-tempat best dekat Phnom Penh ni. Nak tahu ada atau tidak? Jangan lupa baca entri seterusnya ya. (Cewah! Sempat lagi promote bagi teaser bagai)


About Giant Ibis?
Jika anda mencari transport (bus) dari Siem Reap ke Phnom Penh, aku akan suggest korang untuk naik Giant Ibis - selesa dan harga tiket berpatutan. 



Di bawah ni adalah facilities yang anda akan dapat bila naik Giant Ibis






Jadual perjalanan dari Siem Reap - Phnom Penh 

Harga Tiket untuk one way: $15




To know more details about Giant Ibis, you can simply visit their official website.

You can book your ticket, check on schedules, other destinations and more.