PANDANGAN TERHADAP ISU KAFIR MENGKAFIR SESAMA MANUSIA

Friday, April 24, 2015 Mohd Shahril Fawzy 5 Comments

Isu kafir-mengkafir kembali menjadi perbincangan yang begitu hangat. Ia pernah tercetus sejak zaman para sahabat Nabi lagi dan berlarutan sehingga ke hari ini.Kelakuan mengkafirkan individu lain bukanlah suatu budaya yang sepatutnya terjadi dalam kalangan  umat Islam. Isu sebegini seharusnya tidak berlaku dan adalah lebih baik jika ianya dihindari daripada berlaku. Walaupun tinggi ilmu agama yang kita miliki, namun itu bukanlah sebagai tiket buat kita untuk sewenang-wenangnya mempersoal atau meletakkan status agama seseorang itu.

Kafirkah seseorang itu? Ini bukanlah urusan kita untuk menentukannya kerana kita juga manusia biasa yang tidak terkecuali daripada melakukan kesilapan. Dalam Islam, tiada sebarang ajaran pun yang membenarkan umatnya untuk menuduh umat lain kafir. Bukan seperti apabila seseorang itu mengamalkan politik suku, maka orang itu adalah kafir.

Disini jelas menunjukkan bahawa amalan mengkafirkan individu lain adalah amalan yang dilarang dalam agama Islam. Implikasi akan berlaku terhadap mereka yang menuduh dan tuduhannya tidak benar, maka tuduhan kafir itu akan terpantul semula kepadanya. Sabda Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda “Barangsiapa berkata kepada saudaranya ‘Wahai Kafir’, maka pengkafiran itu akan kembali kepada salah seorang daripada mereka; sama ada ungkapan itu benar atau ia akan kembali kepadanya.”

Mengulas kembali amanat Hj Hadi pada tahun 1981 di Kg Banggol Peradong, kita semua boleh melihat tentang apa yang disampaikan oleh beliau ternyata bertentangan dengan sabda Rasulullah SAW dimana ianya mempunyai unsur pengkafiran melalui penyampaian ceramahnya. Jika betul ianya bukanlah niat sebenar beliau, langkah untuk mengelakkan perkara ini berlaku boleh dibuat sebelum mengeluarkan kenyataan-kenyataan seperti itu. Perkara ini bukan sahaja memberi impak kepada diri beliau sendiri tetapi tempias daripada kelakuannya juga turut dirasai oleh rakyat apabila pemikiran mereka seolah-olah dimanipulasi oleh mereka yang kononnya kaya dengan ilmu agama.

Dalam konteks ini, jelas bahawa unsur agama telahpun dipergunakan oleh sesetengah individu dalam urusan politik. Hal ini tidaklah sepatutnya berlaku kerana ianya akan menjejaskan imej agama secara tidak langsung sekiranya ia terlibat dalam politik. Impaknya mungkin tidak kelihatan dalam masa terdekat akan tetapi budaya seperti ini jika tidak dihentikan akan melahirkan masyarakat yang begitu fanatik atau taksud terhadap sesuatu parti politik pilihan mereka.

Jika dilihat pada senario terkini yang begitu pedih untuk kita amati, perbalahan selalu berlaku antara umat Islam dan antara faktor utama berlakunya fenomena seperti ini adalah disebabkan ketaksuban mereka terhadap krisis politik yang melibatkan parti mereka.

Natijahnya, setiap individu seharusnya berhati-hati daripada sembarangan melabel seseorang itu sebagai kafir kerana kelak diri sendiri yang akan merana. Saya juga memandang serius terhadap kebanyakkan masyarakat yang memiliki sifat taksub kepada parti politik mereka sendiri. Jika hal seperti ini berterusan, maka kita semua sedia maklum apa yang akan terjadi kepada nasib bangsa kita sendiri di Malaysia ini. Tepuk dada, tanyalah selera.



For academic purposes only

Regards,
Mohd Shahril Fawzy

5 comments:

  1. Saya cukup tak faham bagaimana seseorang itu boleh mengkafirkan org lain. Tak sedarkah diri dia tu cakap mcm tu. Itulah.. bila bnyk ilmu lagi besar cabaran riak dan hasutan syaitan tu. Semoga kita semua dijauhilah dari menghakimi insan lain sedemikian...

    ReplyDelete
  2. tahap iman seseorang hanya Allah yang boleh nilai dan diri sendiri yg rasa sama ada iman meningkat atau jatuh merudum. T_T tegur any kesilapan orang tu memang tugas kita, i mean, saling menegur untuk kebaikan bersama. kena cara dan gayanya lah.

    kita pun tak tahu penghujung kita macam mana kan? :)

    ReplyDelete
  3. bukan kuasa kita untuk mengkafirkan ssorang itu.. ciri ciri ahli sunni tidak terburu buru..

    ReplyDelete
  4. Tak tahu mcm mana laa seseorang yg bernama islam boleh mengkafirkan orang lain..dlm islam tiada tercatat yg seorang yg beragama islam blh menuduh org islam yg lain kafir..mita sesama islam sepatutnya lbh bermuafakat dlm hal ini..jika isu kafir mengkafirkan seseorang terutama membabitkan politik mmg biasa kita dgr..silap sikit dituduh kafir..sdgkan benda yg berlaku tdk la sebesar mana..

    ReplyDelete