Gadis Warga Indonesia Mati Dibunuh

Tuesday, April 28, 2015 Mohd Shahril Fawzy 6 Comments


SHAH ALAM – Seorang wanita warga Indonesia ditemui mati dengan tangan terikat ke belakang di kawasan perumahan Seksyen 7, di sini, semalam.

Mangsa yang dikenali sebagai Yanty Octavio Darsono, 19, ditemui oleh seorang pekerja Indonesia dalam sebuah kereta dengan keadaan tangan terikat ke belakang.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Shah Alam, Asistan Superintendan (ASP), Syed Agil Barakbah Jamallulail berkata mangsa ditemui  dalam keadaan terbaring dan terdapat dua kesan tembakan ditemui pada bahagian dadanya. 

“Pihak polis percaya bahawa kes ini adalah pembunuhan bermotif,” katanya kepada pemberita.

Katanya lagi, mangsa dipercayai mempunyai hubungan dengan Ravi Ananda Arupillay, 25, iaitu anak kepada ahli perniagaan, Dato’ Sahnmungan Arupillay.

Walaubagaimanapun, pihak polis masih lagi mencari suspek yang kini masih lagi berada di sekitar Shah Alam.

Siasatan susulan menemui Ravi terlibat dalam satu kumpulan ahli kongsi gelap dan tidak memiliki sebarang rekod jenayah lampau.

Sementara itu, pihak polis menggesa pihak yang mempunyai informasi berkenaan dengan kes ini untuk tampil memberi keterangan. 

Seorang saksi yang ingin dikenali sebagai Rudi Hermanto, 32, berkata dia menemui mangsa dalam sebuah kereta ketika dalam perjalanan ke tempat kerja sebelum membuat laporan kepada pihak polis. 

Mangsa telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah untuk proses bedah siasat.


Not a real story
for academic purposes only

6 comments:

  1. Huhu sedib la pulak dgr berita mcm ni..kita walaupon bukan warganegara tp bila dah terjadi benda2 camni rasa sedih ttp ada..macam2 hal berlaku..tembak menembak mainan biasa..

    ReplyDelete
  2. bagus penulisan ni.. dh boleh jd wartawan dh

    ReplyDelete
  3. adoiii . makin banyak kes bunuh sekarang . .

    ReplyDelete