Tak pernah terfikir untuk merasai pengalaman berkunjung ke tiga negara Eropah melalui roadtrip. Kebiasaannya ramai yang lebih gemar untuk mengembara dengan menaiki kapal terbang/feri. Tidak dapat dinafikan juga ianya lebih selamat. Tetapi, roadtrip juga sesuatu yang perlu dirasai bila mengembara ke Eropah. 


Hajat kononnya nak buat live update tidak kesampaian kerana masa, sambungan Internet dan tenaga yang terhad sepanjang perjalanan selama 13 hari ini. Bukan main lagi siap nak buat live update. Bukan event saja ada live update. Hahaha. 

Maaflah. Sampai je Malaysia, terus terkejar nak study untuk midterm test dan selesaikan kerja-kerja yang sepatutnya aku siapkan masa cuti. Konon bawa semua kerja bagai, ada juga la berjalan sikit tapi semangat untuk buat semua tu memang ke laut. 

Berbalik kepada pengalaman mengembara ke negara Eropah melalui roadtrip merupakan saat yang sukar untuk dilupakan. Alhamdulillah, walaupun begitu banyak cabaran dan halangan sepanjang perjalanan, akhirnya kami selamat sampai di Malaysia. Tiada apa yang diperlukan selain daripada selamat sampai ke negara sendiri. 


For this time being, just enjoy the pictures that I posted in this entry








13 DAYS
Frankfurt - København - Malmö - Oslo - Stavanger - Berlin - Amsterdam - Düsseldorf


Jari dah tak keruan nak berkongsi segala benda, cuma masa dan keadaan tak mengizinkan aku untuk berkongsi semua pengalaman sekali gus. Fuh!