Salam. Alhamdulillah, aku dah selamat melepasi fasa pertama. Kini hati masih lagi berdebar-debar menantikan apa yang bakal mendatang. Cabaran tiba tanpa kita duga. Betul juga kata yang selalu disebut "Kita hanya mampu merancang dan semua itu hanya Allah sahaja akan tentukan". 


Night and long flight is quite exhausting. It seems like everyone is flying to many places - I suppose it is because of spring season. Tak ada apa yang aku harapkan selain daripada selamat sampai ke destinasi. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik walaupun ada sedikit halangan. 

Adakah mental dan fizikal aku sudah bersedia sepenuhnya? Entahlah. Kadang-kadang aku pun tak tahu apa yang aku fikirkan. At this point, I might just think about the positive and simply ignore the negative vibes.


Rasa bersalah juga tinggalkan groupmates, kuliah dan sebagainya kerana tersalah timing. Semuanya sudah pun diuruskan dengan sebaik mungkin sebelum pergi dan insyaAllah kalau ada sambungan internet, bolehlah aku buat kerja yang aku mampu. Jujur aku cakap, sebolehnya aku tak nak terlepas semuanya class, assignment, trip dan sebagainya. Moga-moga adalah pihak tertentu yang prihatin dan beri aku peluang. Bukan selalu pun berlaku, dan jika ianya berlaku, pasti aku akan cover semula dengan sebaiknya. Bukankah bagus jika ada sedikit effort instead of tak ambil tahu langsung?



Syukur. Ada juga waktu yang panjang (transit) untuk aku siapkan kerja yang mana sempat. Pergi travel sambil bawa kerja-kerja dan selalu dibelengu dengan tugasan? I know its not a good idea, but I'll definitely try my best. Tak banyak aku minta, cuma doa daripada kalian semua agar aku selamat pergi dan selamat balik :)

PS: More pictures are coming