FASA 2015: Pameran Hasil Karya Pensyarah Fotografi UiTM

Wednesday, March 11, 2015 Pojiegraphy Journal 10 Comments

FASA 2015 merupakan salah satu pameran yang telah dianjurkan oleh Jabatan Fotografi UiTM sebagai salah satu langkah untuk mendedahkan kepada komuniti berkenaan dengan hasil karya fotografi yang dihasilkan oleh para tenaga pengajar di UiTM sekaligus mendekatkan lagi budaya fotografi dikalangan masyarakat terutamanya generasi muda pada masa kini.


Selain daripada menjadi pentas untuk mengeratkan hubungan antara pensyarah, pelajar dan juga mereka yang minat dalam bidang fotografi, pameran ini juga bertujuan untuk dijadikan sebagai ruang kepada para pensyarah untuk mempersembahkan karya-karya seni yang dihasilkan oleh mereka sendiri - semuanya mempunya ciri-ciri yang unik dan selari dengan tuan empunya karya seni tersebut. 


Pameran ini turut dirasmikan oleh Penolong Ketua Pengarang 1 Utusan Malaysia, Datuk Zaini Hassan yang juga merupakan presiden alumni pada 10 Mac 2015 lepas, sekitar jam 3 petang di Galeri Seni Shah Alam. 

For me, this is a good exhibition sebab kita sudah kerap melihat hasil karya seni daripada pelajar-pelajar fotografi serta photographer lain. Kali ini, tibalah masanya untuk kami sendiri melihat hasil tangan daripada tenaga-tenaga pengajar jurusan Fotografi dari UiTM. 

SOME OF THE ARTWORKS 




Most of the artworks are from my former lecturer back to my diploma years. Finally, after almost 3 years barulah aku berpeluang untuk tengok hasil karya seni mereka. Cantik dan mempunyai cerita tersendiri. 


Selain daripada pameran fotografi, terdapat juga hasil karya seni halus (Fine Art) yang terdapat di sekitar Galeri Seni Shah Alam ini. Sempat la juga aku jenguk dan tengok semua artworks cuma aku tak adalah arif sangat nak analisis hasil karya seni halus ni. Melukis pun ke laut, inikan pula nak menilai artwork. LOL





Bila tengok artwork ni, secara automatik aku teringat zaman part one di UiTM Lendu. Kami semua bersengkang mata menyiapkan final project untuk subjek Visual Communication (if I'm not mistaken). Memang the toughest artwork ever yang aku kena. 


Artwork by my former coordinator in UiTM Lendu, Encik Shahrin bin Sulaiman. Hasil karya ini juga merupakan antara yang menjadi kegemaran aku. Tak terkata aku bila melihat harga hasil karya seni ni. Nak tahu berapa? Silalah datang ke pameran ni.


Sebagai tanda penghargaan, kami dapat juga printed pictures of their artworks untuk dibawa pulang. Boleh dijadikan sumber inspirasi kepada semua especially pelajar fotografi yang perlu menghasilkan artwork mereka nanti. 


Nadiah, Puan Nik, Nazrin and Puan Ayuni


Perangai masing-masing tak pernah berubah. Habis pensyarah sekali kena jadi ala-ala student.


It was great to see my group mates and long-lost best friends


From right - Rauf, Syafiq, Nazrin and Nadiah


Walaaaaaa. I couldn't miss my chance to have a picture with one of my favourite lecturers, Puan Nik. 


PAMERAN FASA 2015

TARIKH
12 Febuari 2015 - 21 Mac 2015

MASA
9.00 pagi - 6.00 petang
(Kecuali cuti umum)

LOKASI
Galeri Seni Shah Alam Seksyen 2


Map for Galeri Seni Shah Alam 

CLICK HERE to find out more about their faculty.

10 comments:

  1. Wahh menarik ni.. thanks sharing.. :)

    ReplyDelete
  2. Artworks hehe sangat menarik ..tapi kak lya tak berapa nk reti utk menghayati karya seni..kalau setakat tgk cantik tuu..blh laa ucap alahai cantiknyerr..kalau nak cakap lbh2 mmg tak reti sangat laa..wahh semua gambar happy happy laaa..very very happy maaa...Bila pelajar fotografi berbicara..kita boleh dgr jer laaaa nk sampuk tak tahu hujung citer hehe..All the best pojie..nice sharing..

    ReplyDelete
  3. Wah bestnyaa.. kalau lah akak dpt pergi atau join hehehehe... berangan nak join.

    ReplyDelete
  4. Salam, eh kau budak Uitm Lendu jugak ke? Hahahaha same!! Tp aku budak grafik, batch 2007 - 2010. Kau? Encik Shahrin aku kenal, Pn. Nik pun kenal...haha Uitm di hatiku sangat~

    ReplyDelete