Kebiasaannya bila kita mengembara, mesti rasa nak simpan segala memori yang kita dapat while doing activities and things happened in between. Antara cara yang terbaik untuk 'menyimpan' dan berkongsi segala kenangan ini adalah dengan menulis travelog


Ramai yang suka menggunakan term travelog namun tak semua mereka faham konsep travelog yang sebenarnya. Nak tahu apa itu travelog dan cara-cara untuk menulis? Teruskan membaca.


Travelog ialah satu 'buku' pengembaraan seseorang di sesuatu tempat (negara/negeri). Tujuan penulisan travelog adalah untuk berkongsi pengalaman, tips, bajet dan sebagainya. Travelog yang bagus ialah travelog yang mampu menjawab segala persoalan setiap pembacanya.

Travelog juga boleh ditulis dalam bentuk laporan (disertakan dengan pelbagai fakta) atau dalam bentuk penceritaan (penulisan berdasarkan pengalaman, pendapat peribadi yang disertakan dengan gambar-gambar menarik). Basically, apa yang kita baca dekat blog ni ialah travelog berbentuk penceritaan kerana para pembaca blog lebih gemar mengetahui pengalaman seseorang itu instead of fakta tentang sesuatu tempat (dimana mereka boleh cari dekat Google).

Nak tahu apa yang aku bawa bila travel? 


HANDPHONE - selain daripada untuk berkomunikasi, aku gunakan handphone untuk menangkap gambar secara mudah dan juga untuk menaip segala aktiviti ataupun perkara yang aku experience. This would be my digital journal kalau rasa macam malas nak menulis secara manual. 


DSLR CAMERA - Secanggih mana kamera yang anda miliki (compact/gopro/etc), DSLR is the best camera yang boleh anda guna untuk mendapatkan gambar dengan effect yang menarik seperti bokeh dan sebagainya agar travelog anda akan lebih menarik jika disertakan gambar yang cantik dan unik. One disadvantage pasal DSLR camera is ianya berat. Don't worry! Canon ada keluarkan model DSLR teringan iaitu CANON 100D


JOURNAL BOOK - Memang ramai yang dah tak guna kaedah ini kerana wujudnya teknologi canggih yang membolehkan mereka menulis secara digital. TAPI... buku jurnal juga masih lagi berguna apabila handphone kehabisan battery dan sebagainya. Plus, menulis atas buku jurnal lagi feel dan seronok.


BROCHURE - Bila visit tempat atau buat sesuatu aktiviti, rajinkanlah diri anda untuk mengambil setiap brochure yang ada. Ambil selagi boleh sebab ianya cukup membantu untuk kita dapatkan extra facts berkenaan dengan aktiviti yang kita lakukan. Mudahlah untuk kita menulis travelog nanti dengan adanya rujukan tambahan. 


CARA/LANGKAH MENULIS TRAVELOG


1

Kenal pasti tujuan utama anda menulis travelog sama ada untuk majalah, untuk blog ataupun persendirian kerana setiap tujuan mempunyai gaya penulisan yang berbeza.


2
Masa travel, pastikan anda take note setiap benda yang dilakukan/terjadi/anda nampak agar anda tak terlupa. Kalau malas nak menulis, anda boleh bawa recorder ataupun camera. Jangan lupa untuk ambil sebanyak brochure yang boleh anda ambil. 

3
Banyakkan mengambil gambar - tidak semestinya anda perlu mengambil gambar bangunan bersejarah sahaja. Anda juga boleh mengambil suasana di atas jalan raya, aktiviti orang, signboard dan sebagainya kerana ini juga mampu menarik minat para pembaca.

4
Bila dah balik rumah. Cuba untuk baca/tengok balik apa yang ada telah tulis. Pilih gambar/video yang sesuai untuk disertakan dalam travelog anda. 

5
Cuba untuk kenal pasti flow penceritaan anda from A to Z agar ia nampak lebih teratur dan related to each other.

6
Last part ialah menulis dengan kreativiti masing-masing. Ingat! Siapa pembaca anda? Merekalah yang akan baca travelog anda.

5 DO's & DON'Ts

Do
1. Sertakan pengalaman peribadi anda.
2. Berikan sedikit gambaran berkenaan dengan suasana di tempat yang anda pergi.
3. Sertakan sedikit latar belakang budaya atau sejarah tempat yang anda pergi.
4. Penulisan yang ada unsur lawak jenaka adalah bonus buat anda!
5. Jangan lupa untuk double check semua facts.

Don't
1. Kalau boleh, kurangkan mengambil gambar (selfie) berlatar belakangkan bangunan bersejarah. Untuk koleksi peribadi mungkin boleh tapi tidak untuk travelog.

2. Elakkan diri daripada menulis informasi secara berulang. Nanti pembaca bosan.

3. Elakkan daripada menggunakan gambar-gambar dari internet unless memang desperate but jangan lupa untuk kreditkan owner gambar tersebut.

4. Jangan sesekali menulis isu yang sensitif buat sesuatu tempat itu. Kita kena hormat sikit budaya mereka. 

5. Dah balik dari travel, jangan tangguh untuk menulis travelog kerana mungkin anda akan terlupa. Do it immediately! Masa tu memori masih lagi fresh.


For me, jurnal memang penting untuk dibawa masa travel sebab kita bukannya robot boleh ingat semua benda dalam jangka masa yang panjang. Therefore, kalau sayang sangat moment yang ada lalui masa travel, rajinkanlah diri tulis/taip setiap benda yang anda lalui ketika mengembara.