Rasai Keenakan Bebek Sambil Menikmati Keindahan Landskap Sawah Padi di Ubud, Bali!

Saturday, February 28, 2015 Pojiegraphy Journal 17 Comments

Pernah bermimpi untuk melihat keindahan pemandangan tepi sawah? Kita (especially yang tinggal di kawasan urban) ni jarang berpeluang untuk melihat keindahan seperti ini. Mujur la Bali, yang bukan saja terkenal dengan pantai-pantai menarik ni memberi kita peluang untuk melihat kecantikkan sawah padi sambil menikmati makanan terkenal di Ubud iaitu Bebek (itik).

Walaupun menerima pelbagai reaksi negatif dari para pelancong luar yang mengatakan bahawa servis dari para pelayan di sini agak kurang memuaskan, kita masih boleh datang ke sini untuk mengambil gambar di sekitar sawah padi ni.

Restoran yang berkonsep semi terbuka dan mempunyai kapasiti sebanyak 160 seat ini terletak di Jalan Raya Goa Gajah, Ubud, Bali dan jika anda meneroka keindahan Bali dengan bantuan private driver ataupun travel agent, tempat ini pasti akan menjadi salah satu tempat yang anda kunjungi.


Too bad. Masa datang sini, memang ramai orang dan hujan lebat. Bad luck. Hujan lebat, langit pun nampak suram je dan ramai pula orang mengambil gambar di tengah sawah padi tu. Nak tunggu lama-lama tak boleh sebab nanti habis basah kena hujan. 



Ramai juga yang datang ke sini and i believe most of them memang kena bawa oleh tour guide mereka. Most of them just order makanan biasa instead of bebek tu. I'm sure not many of us yang pandai makan bebek pun. Why do we need to eat duck when we already have chicken? LOL. 

Untuk pengetahuan anda, restoran ini bukan hanya menghidangkan bebek sahaja. Jangan risau kerana terdapat pelbagai makanan yang dihidangkan (anda boleh order set mengikut pakej ataupun ala carte). Ikut kesesuaian perut anda. 


Banana Lassi/Juice - simply delicious and refreshing


Nasi goreng bebek & satay ayam - tekak masih tak boleh terima bebek tu. Therefore, aku just makan satay ayam and nasi goreng tu saja. Not bad!



The best part about Restoran Bebek Joni ni ialah dessert mereka iaitu Caramelised Banana with Ice Cream - sweet but worth to eat (aku jenis tak suka makan manis-manis ni but boleh la cuba for once). Plus, we just eat whatever we want when we're travelling. Rugi!


Bila semua orang dah beralih ke destinasi seterusnya, barulah kawasan ni lapang sikit dan best untuk ambil gambar. I'm sure kalau cuaca agak baik, mesti gambar-gambar dekat Bebek Joni ni lebih cantik! Walaupun hujan & gloomy, still nampak cantik juga tempat ni. 


Too bad. I lost my journal and tak dapat nak ingat balik harga untuk makanan-makanan dekat sini. My bad. Apa yang aku ingat, harga makanan-makanan Bebek Joni ni boleh tahan mahal juga la. Some of the foods memang sedap dan berbaloi dengan harga. Kalau anda nak datang sini just nak bergambar dekat tepi sawah ni pun boleh saja. Do a request to your driver. Tapi seelokknya, makan or at least minum la dekat restoran ni kan? Apa pula orang kata... travel jauh-jauh tapi kedekut. Bhahaha



Map for Bebek Joni Restaurant

For me, the foods are not bad cuma yang kurang memuaskan (bagi aku) is servis diorang. Maybe sebab ramai orang kot plus aku tengok muka diorang ni macam susah sangat nak senyum (some of them). Overall, okay la. Tak rugi pun datang!


To find out more about Bebek Joni Restaurant

17 comments:

  1. Wah sedap tuuu bebek goreng! Hahaha

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Rugi Bang Pojie ngak makan bebek..hehe. Bebek dagingnya lebih keras daripada ayam. Saya suka makan bebek penyet. Dagingnya agak lembut seperti ayam.

    ReplyDelete
  4. Kenapa x suka bibik tu ehh salah bebek tu, apa rasa daging nya sis JM pun x pernah mkn daging itik nih. Biasanya tempat mkn yg menjadi tourist agak mahal tp rugi lah klau dh ke sana xnk merasakan entah bila nk pegi lg

    ReplyDelete
  5. Cobain dong itik goreng nya Mbak JM. enak banget Lho...hehe.

    ReplyDelete
  6. Salam, wahhh jelez~ jelez~ pergi blog kau ni mmg mengundang betul lah kann..haa aku pernah makan itik, time tu mmg aku xpandang ayam, sbb aku rasa ayam dah biasa..hahaha..

    ReplyDelete
  7. tak pernah makan itik. hehe. tp skali tngok dh mcm ayam.

    ReplyDelete
  8. saya suka makan daging itik... tapi bukan yang di Bali sebab di Bali ni agak basah... saya suka yang krap krup yg rangup gitu... saya pun pernah makan di Bali tapi bukan restoran ni rasanya... ada juga sawah pagi... errr kalau lah tak tahu itu bebek kan... masih boleh makan ker? ramai orang tak boleh makan sebab tau itu bebek... di USA, itik semakin banyak dimakan sebagai menggantikan ayam sebab itik lebih kuat dan mudah dipelihara berbanding ayam yang biasanya mudah terkena panyakit... apa pun... I love Bali

    ReplyDelete
  9. Fuhh.. walaupun sedikit hampa disebabkan hujan tetapi makanan yg dihidangkan nampak mcm tak menghampakan.. sungguh menyelerakan. Tempat pun sungguh menarik dan tenteram.. :)

    ReplyDelete
  10. aaaaa...sedapnye banana dgn ice cream!! fav ni..slalu mkn banana split je :p

    ReplyDelete
  11. Stress tgok... jeles tahap dewa! hihihi

    ReplyDelete
  12. dessert tu mcm sedap je >__<
    rugi lah tak makan bebek. daging dia sedap kot. Pernah termakan bebek masa beraya rumah kawan ibu. Tak sedar langsung dia hidang tu daging bebek. tapi rasa dia sedap sangat.

    ReplyDelete
  13. Hehehe bebek tu itik rupanya..ermm itik .. wah makan itik dengan lihat keindahan sawah padi gtuuu,.ni mesti kenyang lbh lagi ni ..suasana tenang damai nak makan pon takde gangguan.suka ayat ni Why do we need to eat duck when we already have chicken?hehehe kak lya mmg tak penah mkn itik huhuhu..xamno rasa pon tatau laaa.Caramelised Banana with Ice Cream fuhh nampak sedapp ..maniss eaaa hehee..presentation dia yu nampak menarik sangat..nak makan pon sayang hahaha..Hujan masa pergi??? Ala tak best la kan nak berlama2 dalam sawah ..Journal hilang..ermmm tak dpt nak tolong laaa..tapi takpe laa janji citer tetap best..Yupp btol kata pojie dah alang2 mak snap hambar kat situ makan jer la kat restoran tu huhuhu..alang2 hehehe..Ok macam biasa ..story menarik, memikat dan gambar memang meletuppss..Terbaik..Nice shring Pojie..

    ReplyDelete
  14. sedapnya itik...teringin makan itik pulak..

    ReplyDelete
  15. cantik habis.. tenang betul duduk tepi sawah macam tu

    ReplyDelete
  16. Assalamu’alaikum, salam sejahtera Tuan / Puan yang IRDI TOUR BANDUNG selalu kami rindukan atas kedatangannya Tuan /Puan ke kota kami di Bandung. Seiiring dengan kesehatan yang baik dan kesejahteraan dan yang selalu dimurahkan rizky nya Amiin…. Irdi Tour Bandung hanya sekedar ingin menginfokan promosi promosi yang tersedia di Irdi, mengenai bercuti di kota kesayangan Tuan / puan yang selalu dikunjungi saat weekend. Irdi Tour Bandung menyediakan Kereta Transportasi selama bercuti di Bandung atau Jakarta. Untuk info info lengkap tentang Irdi mengenai promosi percutian di Bandung bisa lihat blog Irdi :
    http://sewakeretamurahpelancong.blogspot.com/
    JOM JOM ke Bandung bersama Irdi, dijamin Muraaaah dan puas ^_^
    Kepuasan Tuan / Puan adalah kebanggaan Irdi… ;-)
    Dijamin Irdi bagi harga sangat Muraaaah dan pelayanan yang sangat baik..

    Contact Person :
    Mobile Phone : +6281322167717
    WhatsApp : +6281214741600
    +6281220477335
    Email : irditour.bandung@yahoo.com
    Facebook : - Irdi Tour Bandung & Irdi Wati

    Jika ada sumur di ladang boleh kita menumpang mandi jika ada waktu yang luang bisa kita berjumpa lagi mohon maaf kalau ada kata kata Irdi yang tidak berkenan.
    Irdi Tour Bandung tunggu yah kedatangan Tuan / Puan ke Bandung..
    Wassalam..wr.wb..

    ReplyDelete