Pengalaman Menikmati Keindahan Negara 'Greece' di Bumi Bali!

Tuesday, February 17, 2015 Pojiegraphy Journal 10 Comments

Bali memang terkenal dengan keindahan pantai-pantai yang tidak pernah lekang dengan kehadiran pengunjung. Antara pantai yang terkenal dekat Bali ni ialah Kuta, Sanur, Dreamland, Tanjung Benoa, Jimbaran, Legian dan Seminyak. Walaubagaimanapun, tahukah anda bahawa terdapat pantai lain yang jauh lebih cantik di Bali ni? 

Disebalik kesibukan para pelancong berkunjung ke pantai-pantai terkenal di Bali, kebanyakkan mereka lupa/tak sedar akan kehadiran pantai yang dikenali sebagai Pandawa Beach, iaitu pantai yang dibuka sejak tahun 2002-an dan lebih terkenal sebagai Secret Beach atau Virgin Beach kerana pantai ini dianggap masih lagi belum 'dicemari' oleh kehadiran ramai pengunjung.

Mengapa dipanggil sebagai secret beach? Mungkin sebab struktur kawasan pantai yang terlindung dengan batu-batu kapur serta menurut orang lama, dulu memang susah nak ke pantai ni (kena lalu tebing tinggi dan semak belukar).

Masa baru sampai dekat Bali, tiba-tiba terfikir untuk buka TripAdvisor (loser juga eh dekat Bali pun nak juga buka TripAdvisor. Hahaha). Scroll punya scroll, terjumpa satu lokasi dengan headline "Greece version of Bali". 

"Jauh perjalanan, luas pandangan". Itulah ungkapan yang sesuai untuk memberi gambaran betapa indahnya pantai Pandawa ni. Pengalaman ke sini bukan untuk mencari aktiviti menarik tetapi lebih kepada menikmati keindahan alam ciptaanNya. 

Ketika di pintu masuk - di sinilah juga kita buat bayaran masuk
Dengan hanya berbekalkan Rp 2,000 (local) dan Rp 5,000 (foreigner), kita boleh menikmati keindahan yang cukup menakjubkan ini. Ini adalah tersangat murah!

Laluan sekitar pantai ni - boleh feeling macam berada dekat Greece

Ada aktiviti lain juga dijalankan dekat sini antaranya ialah parachuting

I guess its no longer a secret beach then 

Pelbagai tarikan yang boleh dinikmati bila sampai dekat bawah - restoran dan banyak lagi

Cukup tertarik dengan struktur batu kapur di sekitar pantai Pandawa ni yang cantik dan menarik

Panoramic view of Pandawa beach 

Pandangan dari atas (sekitar atas batu kapur)

Betapa ramainya orang yang datang untuk melihat pantai 'rahsia' ini

Bajet cool catwalk tepi jalan yang sibuk *HAHAHA
Kalau anda jenis yang suka mencari ketenangan dan melihat keindahan pantai, kenalah datang dekat Pandawa beach ni. Seperti yang disebut sebentar tadi, "Its no longer a secret beach" sebab dah ramai yang datang dan lokasi ini telahpun diiktiraf sebagai pusat pelancongan. Makanya pasti ramai yang akan datang ke sini. Memang ramai datang kat sini, bukan sahaja orang dari luar negara yang datang tapi orang tempatan mereka pun turut teruja bila datang sini.

How to get here? 
  1. Hire supir/driver (Better! Sebab boleh dapat local price untuk entrance).
  2. Boleh pergi sendiri (drive) kalau dekat dengan tempat anda.
  3. Boleh naik bus (ikut travel agent - mostly boleh book dekat sekitar hotel anda).
Location?
Berada di Selatan Kuta. Jarak dari Nusa Dua dan Uluwatu sekitar 3KM

Entrance Fee?
Rp 2,000 (local) and Rp 5,000 (pelacong asing)

Review from TripAdvisor?
Datang tempat cantik macam ni rugilah kalau tak bawa photographer atau camera best seperti DSLR atau GoPro. Jangan sia-siakan keindahan seperti ini, mengambil gambar dengan hanya menggunakan camera handphone (macam aku). But, tempat macam ni memang worth untuk dikunjungi. So, kalau datang ke Bali... Jangan lupa masukkan Pantai Pandawa ni dalam list anda ya!

10 comments:

  1. cantik sangat pemandangan dia. photography skills do the justice too, cantik2 gambar ! =)

    ReplyDelete
  2. Gambar-gambar nie pakai kamera phone? Dah lawa sangat dah gambarnya nie.. seriously !

    ReplyDelete
  3. sy pun selalu bukak trip advisors masa travelling. haha :D utk check balik apa2 yg tertinggal

    ReplyDelete
  4. Salah satu tempat di Bali yang belum pernah saya kunjungi. Kalau nanti ke Bali lagi, mesti ke sini. Terima kasih atas infonya Bang Pojie.

    ReplyDelete
  5. Pojie... kalau saya ke Bali lagi saya akan ke sini.. promise dan macam u cakap nampaknya sekejap jer jadi tempat rahsia kalau kat Bali nih...

    ReplyDelete
  6. Fuhh.. mmg mcm bukan di bali tempat ni.. air laut pun biru.. sejuk mata memandang...

    ReplyDelete
  7. tak bleh nak banding kan antara Greece dan Bali kerana kedua2 temapt ni..kaki sis JM belum cecah lagi huhu

    CONFIRM!!! kalau ber ha ni munan di BALI akan masuk this place dalam itie :-)

    ReplyDelete
  8. Secret Beach wowwe menarik ni...untungla dpt jejak kaki..cantiknyer pemandangan,.sekali pandang air laut tenang jer rasa..tak tahan tgk saja ni kena pegi ni baru best hehehe..Secret beach mu tunggu aku datang hahaha

    ReplyDelete