Jika anda mencari aktiviti yang mencabar sambil menikmati keindahan alam, water rafting merupakan antara aktiviti yang menanti anda bila berada dekat Bali ni. "Fun, Wet and Tiring" itulah ungkapan yang sesuai untuk menggambarkan journey kali ini. 

Aktiviti yang mengambil masa selama dua jam (12KM) ini akan membawa anda semua 'berjalan' atas permukaan Sungai Ayung iaitu sungai yang begitu terkenal dengan warna hijaunya yang masih segar serta air terjun yang begitu deras.

Since kami hire supir untuk ke sini, dapatlah juga harga discount untuk buat water rafting ni. Instead of 450,000 IDR (Normal), kami dapat 360,000 IDR (Discount). Terima kasih Pak Wayan. Actually, harga akan lebih murah kalau kita suruh orang local yang belikan tiket (Kalau ada supir, suruh saja dia yang belikan. Tanpa melengahkan masa lagi, ayuh kita mulakan ekspedisi ini!

Starting point

Tempat untuk mengambil segala barang keselamatan

Kini saya sudah siap sedia untuk aktiviti ini

Sepanjang perjalanan ke Ayung river, anda akan melalui kawasan padi yang cantik warna hijaunya

Terketar jugalah lutut nak turun dari atas ke kawasan sungai ni. Boleh tahan mencabar

Dah sampai dekat bawah. Tiba masanya untuk siapkan raft masing-masing

Muka tu masih risau lagi ke apa? Hahaha

Didn't manage to take picture or even video during the journey sebab condition agak rough and tak menentu. Keberanian untuk keluarkan handphone mahupun kamera sangatlah nipis. Kalau anda ada GoPro, mesti lagi awesome. Jangan takut, sebab setiap raft tu akan ada seorang trained staff yang akan bantu kita.

Selepas hampir setengah jam buat aktiviti ni, akhirnya sampai juga dekat satu spot untuk rehat sambil menikmati minuman atau snek yang dijual disekitar itu. Di sini jugalah tempat untuk kita balun ambil gambar semua. 

Pondok yang menjual pelbagai jenis makanan ringan dan minuman untuk tambah tenaga

Snap! Lutfi is in action

Dah penat and lepas ni ada lagi setengah jam untuk sampai ke garisan penamat

Panoramic view of Ayung river (some of it)

Kami sedia untuk teruskan perjalanan
Sesi kedua ni memang agak mencabar sebab banyak batu-batu besar dan air juga agak laju. Ada few times kami hampir terjatuh (dalam satu raft biasanya muat untuk 6 orang). Nasib baiklah ada staff yang membantu kami. Kalau tak, alamatnya ikut jalan darat la kami. 

Best part is bila sampai satu kawasan tu, staff siap suruh terjun and berenang sekitar sungai serta pergi dekat bawah air terjun. Memang best. Air tenang dan tak dalam, boleh la buat macam tu. Out of 6, cuma kami berdua saja yang terjun and excited. Sepanjang perjalanan nanti, anda juga akan nampak banyak batu yang diukir dengan pelbagai rupa. Cantik. Kecewa tak dapat ambil gambar.

Turun ke sungai payah, nak naik ke atas pun payah juga. Mencabar stamina kaki. 

Disebabkan gambar cantik, terus angkut bawa balik gambar ni (RM20)

DISEDIAKAN
Professional Trained Guide
Safety Equipment
Waterproof Bag
Shower
Locker
Towel

JANGAN LUPA BAWA
Pakaian gantian
Sunblock cream (kalau yang tak tahan panas)
Shoes or sandal

REVIEW FROM TRIPADVISOR
CLICK HERE
From overall, this activity is indeed fun and yet tiring. Tapi dengan peluang yang kita dapat untuk melihat keindahan hutan sekeliling membuatkan rasa penat tu hilang. Dengan adanya bantuan dari staff, kuranglah rasa ragu dan risau tu. Kalau korang tanya aku, I'll definitely come here and do this activity again!