Kenapa Uluwatu Temple menjadi pilihan utama para pelancong yang datang ke Bali? Berbeza dengan temple yang lain, lokasi dan pemandangan di sekitar Uluwatu boleh membuat nafas kita terhenti seketika dan berkata "SubhanaAllah! Cantik sungguh ciptaanNya ni".

Kedudukannya pada paras 97 meter dari permukaan laut turut menyaksikan satu upacara Kecak Dance selama 1 jam 30 minit yang juga menjadi salah satu sebab ramai pengunjung datang ke sini selain daripada menikmati panorama cantik (especially for sunset).

Bayaran masuk untuk ke Uluwatu Temple ni sekitar Rp 20,000 - Rp 30,000. Anda boleh buat bayaran dekat kaunter before masuk ke kawasan Uluwatu. Usah risau kerana akan ada signboard yang boleh menjadi guide buat anda agar tidak sesat.


Peraturan untuk mereka yang ingin masuk ke kawasan Pura Uluwatu. Konsep dia mudah je, kita nak orang hormat bila kita datang ke tempat ibadah kita dan begitu jugalah mereka yang tak minta lebih hanya sedikit rasa hormat daripada para pengunjung  yang datang ke tempat mereka.

Pengalaman ke sini ternyata memberi impak yang cukup besar buat diri ini. Terasa diri ini sangatlah kerdil apabila berpeluang melihat dan menjadi saksi kepada keindahan alam ni. Syukur jugalah diberikan peluang sebegini. 



Entrance area -  nice place untuk ambil gambar juga


Aku juga mengambil kesempatan yang ada untuk dapatkan sekeping (rasanya lebih) portrait di sini


Beautiful view with the help of amazing sunlight


Fokus dekat background dan abaikan objek dekat depan tu. LOL. Apa pun, kalau dah sampai sini, make sure anda jalan sampai ke bahagian hujung ya? Rugi kalau tak pergi. That's the best spot untuk ambil gambar selain daripada spot seperti dalam gambar di atas.


View dari bahagian hujung Uluwatu seperti yang dinyatakan sebentar tadi


Sedikit nak bercerita berkenaan dengan monyet yang 'bijak' ni. Kenapa 'bijak'? mereka memang hebat dalam merembat barang para pelancong. Dengan itu, saya nasihatkan kepada anda agar be extra careful dengan barang berharga yang korang ada (camera, handphone dan sebagainya). 

Berdasarkan pengalaman sendiri (bukan aku yang kena), percutian ke Bali bertukar menjadi satu tragedi sedih buat seorang gadis yang berasal dari Korea setelah handphone miliknya dirembat oleh seekor monyet ketika berselfie di sekitar Uluwatu. I don't know apa yang terjadi selepas tu. Rasanya orang tu just redha dengan apa yang terjadi. Bila nampak insiden tu, terus aku stop ambil gambar dan peluk seeratnya beg aku. INGAT YA ADIK-ADIK!








Gambar-gambar di atas ialah gambar sepanjang upacara Kecak Dance berjalan. Lama jugalah ya dance ni nak habis dan suasana agak padat dan panas dengan kehadiran pengunjung yang terlalu ramai. Memang penuh saja kawasan ni. Kecak Dance akan bermula sekitar jam 5.30 petang dan habis  sekitar jam 7 malam. 


Kami gagahkan diri untuk tunggu sampai upacara dance ni habis sebab nak ambil gambar dengan salah satu karakter yang catchy iaitu Hanuman. Ramai betul orang nak bergambar dengan Hanuman ni sampai terpaksa aku tarik tangan dia untuk bergambar dengan aku. Bhahaha


Selfie and being photobombed by two peoples behind me


My favourite shot of the day - proudly captured by my phone's camera


After several epic fail shots, finally i got my jumping shot at the corner of Uluwatu Temple

Tips:
1. Pakai pakaian yang sopan dan sesuai dengan tempat.
2. Kalau nak spend time ambil gambar, better datang awal sikit sekitar jam 4 or 4.30 petang kerana tarian Kecak akan bermula sekitar jam 5.30 petang.
3. Kalau ada orang bagi pisang masa dekat entrance, don't simply take it sebab they will ask you to pay (nampak macam diorang bagi for free but after that they will ask for money).
4. Bawa air - to keep you hydrated while you're here.
5. Bawa baju gantian - if anda merupakan seorang yang cepat berpeluh (cuaca agak panas dan sesak masa tengok tarian Kecak).
6. Bayarang masuk Rp 20, 000 - Rp 30, 0000.
7. Tunggu sampai tarian Kecak habis. I know tempoh tarian tu agak lama dan kinda boring but you'll definitely enjoy it towards the end.

Nak baca review from TripAdvisor?