Assalamualaikum! Lately cuaca di negara kita ni memang tidak menentu dan kini musim panas telah tiba. Syukur alhamdulillah pihak berwajib telah mengesahkan bahawa warga Selangor tidak perlu lagi berdepan dengan isu catuan air. *hembus nafas lega tak payah lari pergi McD sebab nak mandi bila air dicatu



Recently, aku tak berpeluang untuk drop by semua blog yang aku follow atas faktor kesihatan yang kurang memuaskan. Sudah hampir empat hari demam dan selesma. Tiada apa yang mampu dilakukan selain terbaring atas katil sambil berdoa agar disembuhkan secepatnya. Syukur, alhamdulillah! Pada saat entri ini ditulis, diri kembali pulih sedikit demi sedikit (selepas jumpa doktor). 



Terima kasih kepada yang sentiasa berada disisi untuk menjaga diri ini. Hanya Allah saja yang boleh membalas jasa baik tersebut. Terima kasih.


Disini aku juga ingin berkongsi satu pengalaman ketika ke salah satu klinik swasta sekitar rumah. Bila rasa sakit ini berada ditahap yang teruk, aku decide untuk ke klinik sebab risau la denggi ataupun  sakit lain yang dianggap serius dan merbahaya. Bila dah sampai klinik, aku terpana seketika selepas melihat betapa ramainya orang yang sakit juga. Timbul juga rasa insaf di hati ni bila tengok situasi tersebut. 

Kenapa? Adakah sakit itu berpunca dari cuaca di tempat kita sekarang ni? Tapi alhamdulillah baru-baru ni hujan telah turun membasahi bumi. At least, dapat la juga tumbuhan hijau di sekeliling kita ni 'menghirup udara untuk terus hidup'. 

Disini, aku juga ingin beri peringatan kepada anda semua terutamanya yang giat menjalankan aktiviti luar dan mempunyai anak kecil. 


Cara/Tips mengekalkan kesihatan di musim panas:

  1. Minum minuman isotonik seperti 100plus dan sebagainya (boleh gantikkan garam dan mineral yang hilang semasa berpeluh).
  2. Digalakkan untuk minum air sekerap yang boleh.
  3. Kurangkan aktiviti luar (kalau boleh). Kalau terpaksa keluar, dinasihatkan untuk tidak keluar ketika cahaya matahari terik (sekitar 11 pagi hingga 3 petang).
  4. Pakai pakaian 100% kain kapas.
  5. Pakai sunlight lotion (bagi melindungi kulit dari pancaran cahaya UVA dan UVB).
  6. Kurangkan pengambilan minuman berkafein, alkohol dan minuman lain yang mengandungi kandungan gula yang tinggi. 
  7. Jangan duduk dalam kenderaan yang tertutup tanpa aircond (jangan sesekali tinggalkan anak  kecil atau warga tua dalam kenderaan dibawah terik matahari.
  8. Kepada mereka yang suka bersenam, dinasihatkan untuk melakukan aktiviti bersenam di kawasan redup atau dalam bangunan (gym).
  9. Jangan sesekali pakai pakaian tebal ataupun berlapis (jangan cari pasal).
  10. Kepada parents, selalulah pantau aktiviti anak-anak (elak mereka bermain di bawah panas terik).

Kesihatan pasti akan terjaga jika individu tersebut mengambil inisiatif untuk memastikan diri mereka dalam keadaan sihat sejahtera. Di kesempatan ini, aku juga ingin mengambil peluang untuk meminta anda semua agar doakan aku cepat sembuh ya. Semester baru akan bermula tidak lama lagi.

Kalau tak sihat, macam mana aku nak bangun awal and drive jauh ke kelas dari rumah tiap tiap hari? Hmmmm