Bila bercakap pasal café, mesti semua orang fikir Subang Jaya atau Kuala Lumpur. Siapa tahu Shah Alam juga ada banyak café yang best dari segi interior design, konsep dan yang paling penting ialah makanan.

Selain daripada Foodsbury, Chemistry Cafe dan sebagainya, The Sumbs Café juga menjadi tarikan utama khususnya mereka yang tinggal di sekitar Seksyen 13 dan Shah Alam. Tidak mustahil mereka yang dari luar Shah Alam juga sanggup datang ke sini sebab makanan-makanan dekat The Sumbs ni memang SEDAP!

Despite of their not-so-strategic location, tetap ramai juga yang datang and terpaksa masuk dalam waiting list (untuk dine in dalam cafe). Kalau dekat luar, you can just simply datang and cop tempat kalau ada kekosongan. Better pergi masa weekend sebab tempat ni memang ramai masa hari biasa because of lokasi yang dikelilingi dengan ofis.

Pastinya ramai yang tak sabar nak tengok apa yang ada dekat Café ni kan? 
Okay jom


First time datang, amazed juga la dengan jumlah pelanggan yang datang



Apa yang menarik pasal kafe ni ialah konsep hidangan makanan diorang. Instead of pakai pinggan, they choose to use disposable box to serve their foods. Memang menjimatkan dan memudahkan proses bila customer nak take away. In case, makanan tak habis, you can simply pack that box and bawa balik. BIJAK BIJAK


Sekarang jom kita cakap pasal makanan-makanan dia yang dikatakan sedap tu


NASI GORENG SEAFOOD
RM12.90

Highly recommended. Portion yang agak memuaskan dan yang penting rasa tu memang lengkap. Tapi sebenarnya rasa macam nak order satu lagi. 



CHEESY BEEF POPIAH
RM8.50

This could be a little bit pricy but you'll literally forget about the price when you eat this cheesy beef popiah. Enough said.



WONTON NOODLE
RM11

The best wonton noodle so far. Baik daging, wonton dan mee tu memang sedap. Tak tipu. Try to order this one and let me know if you don't like about it. Tengok gambar pun tahu memang sedap and portion pun not bad. Just nice. 



CHURROS
RM4.90

This is the best part about The Sumbs Café is their churros. Ramai yang datang untuk dapatkan churros dorang. Tapi tengok nasib la, kalau ada... then you're lucky. But most of the times memang available. Try this! 

and one more best thing about this café is ada desserts Suka Sucre by Fazley Yaakob. Kalau cakap pasal dessert dari Fazley Yaakob, memang semua orang tahu pastinya ia sedap.





Yang ini pun ikut nasib juga. Sometimes out of stock. Kalau available, anda semua kena try. Kalau tak, RUGI!


Disebabkan harganya yang agak ummmmph, we choose one slice saja iaitu Moist Cake (RM15). Terus lupa pasal harga bila dah rasa cake dia ni. 



Pergi masa perut memang lapar, order pun bukan main banyak... dengan packaging sebegini, terus take away je without susahkan the staff untuk bungkuskan ke apa. 


Kalau nak tau apa lagi menu lain yang mereka ada, kenalah datang café ni.


DETAILS ABOUT THE SUMBS CAFÉ

ADDRESS
Block 7, Persiaran Alami Seksyen 13, Shah Alam, Selangor

OPERATION HOURS
Saturday - Thursday (Closed on Friday)
12.00 PM - 11.00 PM

OFFICIAL FACEBOOK PAGE




Regards,
Pojie