Persiapan Upacara Pengebumian Tana Toraja

Thursday, January 22, 2015 Pojiegraphy Journal 20 Comments


Previously, aku tulis pengalaman semasa menghadiri upacara pengebumian orang Tana Toraja. Boleh KLIK SINI untuk baca balik entri tu. Kali ni, aku share serba sedikit pengalaman berpeluang untuk singgah dan tengok sendiri persiapan diorang untuk buat upacara pengebumian

Seperti yang dikatakan sebelum ini, persiapan untuk membuat upacara kematian bagi orang Tana Toraja ni memang memakan belanja yang cukup besar sekali. Lagi-lagi bila status keluarga tu tinggi, memang makin tinggi la belanjanya. 

Daripada apa yang aku lihat, orang Tana Toraja ni memang saling tolong-menolong antara satu sama lain. Mereka tegur antara satu sama lain. Mereka ringankan tulang untuk bantu orang lain especially persiapan seperti ini. Dari situ, aku dapat belajar nilai saling tolong-menolong itu memang penting (travel sambil dapat pengajaran baik). 


Selfie sebentar bersama pondok-pondok khas dibina oleh mereka 


Dalam perjalanan ke wisata seterusnya, sempat juga Pak Immanuel (tour guide) bawa kitaorang ke majlis persiapan upacara pengebumian. Masa sampai tu, agak excited nak tengok macam mana orang-orang dia buat persiapan. Memang masing-masing busy buat kerja dan terasa agak janggal juga bila diperhatikan oleh mereka. Yelah, pelik. Orang lain sibuk buat kerja and then tiba-tiba ada orang datang ambil gambar & selfie bagai. 



Memandangkan keluarga ini ialah keluarga yang berada, maka tempoh penyimpanan mayat dekat rumah tidak lah begitu lama. Dalam beberapa bulan sahaja. Tengok dari pondok-pondok yang dibina pun boleh tahu memang keluarga ni punya duit. 









Gambar-gambar diatas menunjukkan pondok-pondok sementara - tengok saja detail bangunan tu yang agak kemas dan teratur serta tidak lupa juga corak atau motif tradisional Tana Toraja yang telah diaplikasikan pada struktur luaran pondok tu. Kalau pelancong lalu & nampak, mesti diorang expect ni persiapan untuk sambutan perayaan sebab memang nampak meriah. 




Seperti biasa, memang akan ada haiwan yang bakal dikorbankan iaitu kerbau. Nak tahu berapa tingginya nilai kerbau ni dekat sana? Nantikan dalam entri seterusnya.


Nak tahu apa ni? Ni la patung yang direka khas dan rupa patung nilah dikatakan betul-betul menyerupai mendiang. Memang nampak real dan juga agak mahal untuk buat patung ni. Patung ni juga akan digunakan semasa upacara perarakan. Sempat juga tenung lama-lama patung ni dan befikir betapa brilliantnya idea pereka tu boleh hasilkan patung yang agak realistik. 



Kawasan upacara ni memang besar. Bila tengok pondok-pondok ni, tiba-tiba teringat perayaan kaum kadazan iaitu Tadau Kaamatan/Pesta Menuai. Memang hampir sama cuma konsep sambutan je lain.


Selfie tak senyum. Ambil mood cerita. Persiapan untuk upacara pengebumian takkan kita nak selfie senyum atau hyper bagai kan? Okay, berjaya masuk dalam mood entri. 



Muka serious selfie dengan patung jelmaan mendiang. Risau juga tiba-tiba patung tu tukar position masa ambil gambar ni. Aaaah, jangan merepek la.



Pengalaman ni memang sukar untuk dilupakan. Bukan sebab dapat datang sini saja, tapi sebab dapat belajar budaya mereka. Mereka ternyata memang rajin dan dedikasi dalam buat kerja. Bayangkan pondok yang sebanyak ini diorang boleh bina. Cantik dan menarik pula tu. 

Sudah tentu upacara pengebumian bagi keluarga ni memang dibuat secara besar-besaran. Ramai yang akan datang dan sayangnya kitaorang tak berpeluang untuk tengok upacara tu sebab masa yang agak terhad. Banyak lagi tempat best yang perlu dikunjungi. 

Sebelum aku akhiri entri ni, lupa nak share contact tour guide dekat sini. Tour guide yang kitaorang ikut ialah Pak Imanuel Timbang. Good communication skill and bagus serta commited dengan tugas dia untuk bawa pengunjung berjalan di sekitar Tana Toraja. Boleh dapatkan informasi penuh berkenaan dengan beliau DISINI.


Regards,
Pojie

20 comments:

  1. okay. patung tu nampak real. bagi yang imaginasi tinggi mesti tak senang duduk dengan patung tu hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul! Hahaha. Nasib la semangat ni kuat nak ambil gambar dengan patung tu. Elak je ada benda yang ikut. Hahaha!

      Delete
  2. Replies
    1. Masa 2013 tak silap. Lama dah. Baru nak keluar dalam blog. Huhu. Boleh pergi ke sini. Nothing much pun cuma budaya diorang tu je yang menarik dan pelik. Hehe

      Delete
  3. Replies
    1. pegi lah abee MKL nanti boleh kongsi dalam blog..JM rasa belum 'mampu' nk ke tempat mcm tu

      Delete
  4. New look! Nice :) No wonder la suruh email kan gambar tu hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan! Tiba-tiba terasa nak design new look. Hahaha! TQ eh

      Delete
  5. bestnyaa weh.. jenjalan je. eh jom ler join team projek travel kiteorg . leh la pasni gi event travel sekali haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uwaa. Awak pun apa kurangnya. Hahaha! Macam menarik je! Nak try join laaaah!

      Delete
  6. Bila baca ni teringin pula nak kena Tana Teroja :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. More entri about Tana Toraja bakal menyusul. Heeee. Nothing much pun tempat ni cuma budaya diorang tu je menarik and landscape yang cantik!

      Delete
  7. Replies
    1. Betul! Best untuk ambil gambar banyak-banyak hehe

      Delete
  8. best gilaaaa. btw lawa oih gambaq2!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe. Indeed. Memang pengalaman yang menarik. TQ hehehehe. Gambar-gambar tu penyeri entri ni.

      Delete
  9. Cantiknya gambar2 Pojie nih... tahun ni kemungkinan besar saya akan ke Tana Toraja juga, punca utama sebab suka nak tengok bumbung dalam gambar pertama tu dari dekat....

    pasal gotong royong tu rasanya hampir semua agama di Indonesia akan buat yg sama.... sorang meninggal satu kampung tolong cuma pasal belanja tu, muslim lah yg paling ringas dan murah

    - ni kena amik peringatan ni... ada orang mati... selfie kena curi curi

    - tu dia, simpan mayat tak lama tapi berbulan2... pehhhh....

    - patung tu tukar posisi takper... kalau dia angkat tangan buat pisssss.... tekejut katak yg selfie tu...

    - Insyallah nanti kalau ke sana saya pun nak gunakan Pak Immanuel nih...

    best nya bentuk bumbung tu... kalau saya ada tanah lah saya akan buat istana yg sebiji berbumbung macam tu.... aminnn...

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah. Kalau pergi nanti, tulis story pasal toraja ya. Mana tahu ada perubahan. Hmmmm, macam-macam yang kitaorang lalui masa pergi sana. Especially perjalanan dari Makassar ke Toraja yang agak lama dan bumpy. 4 kali tidur dan 4 kali juga tanya "Pak, sudah sampai ya?" hahaha!

      Delete
  10. Patung tu real.. Ingat pengawal yg jaga mendiang.. Upacara yang unik. Mesti best kalau pojie dapat tgk sampai abes. Neway, setuju ngan najib. MUSLIM IS THE SIMPLEST ONE.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun setuju. ISLAM memang memudahkan segala urusan. Tak ada la complicated seperti ni :)

      Delete