WARNING! THIS ENTRY IS EXTREMELY LONG
find BOLD texts for main point


*berdasarkan pengalaman sendiri*

Idea untuk menulis cerita pengalaman temuduga dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) selepas menulis entri tentang Pengalaman Berada Di Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Sultan Azlan Shah (KSKBUK).

Sama seperti aku, masa nak dekat-dekat interview baru terhegeh-hegeh untuk search berkenaan dengan sesi temuduga bersama SPA tu. Dah habis melawat pelbagai jenis website yang ada cerita pasal interview ni. Nervous punya pasal kan, terus rajin buat research. 

Selepas selesai membuat permohonan di website rasmi SPA, tidak lama kemudian anda akan terima email atau pengumuman tentang pemilihan dan panggilan untuk sesi temuduga. Pastikan ada mengisi borang permohonan dengan informasi yang lengkap dan benar.


Sebelum itu, aku hadiri sesi temuduga untuk Latihan Separa Perubatan Gred U29


CERITA
Seperti biasa, sesi temuduga bermula pada pukul 8.30 pagi (atas kertas). Agak kurang bernasib baik kerana ketika dalam perjalanan dari Shah Alam ke Putrajaya, tiba-tiba kereta buat hal. Lambat sampai ke tempat temuduga. Sampai saja di pusat temuduga, kelihatan ramai orang tengah menunggu giliran untuk ditemuduga. Nanti akan ada kaunter khas yang akan menyemak segala dokumen anda dan berikan anda no giliran untuk ditemuduga. 

Selepas selesai semakan dokumen, aku pun tunggulah untuk dipanggil. Suasana agak tegang masa tu sebab dikelilingi dengan orang yang nervous. Dalam kepala ni, apalah agaknya soalan yang bakal diacu kepada aku ni. Lagi bertambah tekanan tu bila semua calon berpakaian kemas, nampak matang dan bijak. Aku pula pakai macam nak pergi shopping mall. Baju kameja, seluar slack kelabu, tiada necktie, tiada stoking. Tahap selekeh tu berada di tahap yang begitu serius.

Tunggu punya tunggu, tibalah giliran aku (masa tengah tulis ni boleh terasa lagi debaran tu). Masuk dalam dewan, ada 3 orang panel tengah menunggu. Semua muka agak tegang (agaknya lapar belum breakfast). Suddenly ekspresi muka diorang berubah bila aku bagi salam, minta kebenaran untuk duduk dan tanya khabar. Nampak tak betapa powerfulnya tiga benda ni?


Selepas selesai menyerahkan semua dokumen penting, kini tiba masanya untuk sesi soal jawab. Antara soalannya ialah:-

1. Secara ringkas, boleh perkenalkan diri anda?

Part ini, korang just make it simple and short. Jangan terlalu pendek dan jangan terlalu merapu. Straight to the point contohnya mak ayah kerja mana, umur berapa, sebelum ni buat apa, adik beradik berapa orang, asal mana

2. Dari bidang fotografi, kenapa pilih bidang ini (Perubatan)?

Soalan ni based on my case. So, aku jawab apa yang aku rasa. Couldn't remember what was my answer but masih ingat la I stated to try another field and get more experience. I love to explore. I didn't stick to one particular field. I explain to them my education journey from Computer Programming to Art & Design and now to Medical field. Masa explain tu kena penuh dengan confident, kalau blur-blur they might think apa yang anda cakap tu rubbish. The key here is CONFIDENCE. Diorang nak uji tahap keyakinan korang. 

3. Apa yang anda expect dari bidang ini? 

Soalan macam ni boleh dijawab spontaneously but secara matang la. Aku just nyatakan apa yang aku nak iaitu pengalaman dan jaminan pekerjaan selepas tamat latihan. If korang tambah elemen drama sikit dalam jawapan pun terbaik contohnya "Saya nak belajar dan kerja untuk bantu keluarga". It shows that you're passionate towards this thing. 

4. Kalau tak dapat pilihan utama, boleh terima pilihan lain?

Hmm. Agak berat sebenarnya soalan seperti ini. Kalau jawab tak, definitely tidak akan dapat la kan tawaran ni. Kalau jawab ya, risiko besar pula. My safe answer to this question is "Ya, saya terima jika itulah keputusan yang dibuat oleh pihak SPA. Walaubagaimanapun, saya cukup berbesar hati jika dapat apa yang saya pilih" My first choice was Juru Xray seterusnya Farmasi dan Medical Assistant. 

5. Ceritakan serba sedikit berkenaan dengan bidang Farmasi

Soalan ni dia pick randomly. So, dia pick farmasi and aku perlulah elaborate pasal farmasi walhal dah prepare dah nak explain apa untuk Xray. Nasiblah. Aku jawab berdasarkan my general knowledge pasal farmasi - buat, susun, label and distribute ubat. Itu saja. 

Lepas tu dia tambah lagi soalan berbunyi "Jika doktor suruh bagi ubat yang tidak ada kena mengena kepada pesakit. Sebagai ahli farmasi apa yang anda akan lakukan?"

Jawab ikut logik dan juga etika yang kita tahu la. Dah sah-sah salah, kita cuba betulkan dengan cara buat confirmation dengan doktor, cuba explain kesilapan yang timbul dan last sekali refuse to do sebab kita lebih deal dengan nyawa orang. Kalau silap bagi, pesakit mati. Hah, kau nak buat apa?

That's all untuk soalan-soalan yang aku dapat. Mungkin agak bernasib baik juga sebab dapat penemuduga yang fun, sporting siap boleh berborak keluar topik. Selepas selesai interview, dia maklumkan bahawa keputusan keluar pada tarikh ini, boleh check di sini dan sebagainya. Pergi kaunter makluman selesai interview dan SELESAI.

Overall selepas temuduga tu, instinct aku kuat mengatakan bahawa aku tak akan dapat tawaran ni sebab ada stumble in few questions and atas dasar pemakaian yang kurang professional. Tunggu punya tunggu, dapat tawaran untuk bidang FARMASI.




My advice is korang tak perlu nak buat persiapan bagai nak rak siap buat mind map notes berkenaan dengan itu dan ini. Sampai hafal lagi menteri-menteri Malaysia semua. Cukuplah korang tahu siapa Perdana Menteri Malaysia dan juga Menteri Kesihatan negara. 

Selain itu, dress up properly sebab penemuduga agak particular dengan cara calon dress up. Diorang akan tengok dari atas sampai bawah masa korang interview tu.

Seterusnya, prepare back up sekurangnya 1 salinan bagi setiap dokumen (untuk mengelakkan daripada perkara tidak diingini berlaku). 

Di samping itu, practice cara present diri especially communication skill. Kurangkan "Aaaa. Aaaaa" ketika menjawab soalan. Cuba untuk senyum selalu dan paling penting suara kena kuat dan jelas. 

Akhir sekali, bagi jawapan yang tak cliché. Ingat! Penemuduga bukan hanya interview anda seorang sahaja. Ramai lagi. Bagi jawapan yang tidak membosankan. Add some humour masa interview tapi jangan bagi lawak bodoh. 



Panjang pula membebelnya. Kalau ada pertanyaan atau tips berkenaan dengan pengalaman ni, boleh email atau drop comment under entri ni. InsyaAllah akan dijawab. Goodluck!




Regards,
Pojie