Masa tengah serabut memikirkan persiapan untuk paper Journalism Ethics, sempat juga la mengimbau kembali kenangan masa zaman sekolah. Idea ni datang bila baca news pasal kebenaran untuk para pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah... terus mulalah idea ni datang. 

As promised, I'll share the stories from some of my friends from Twitter. Indeed, diorang memang buat aku lupa tentang peritnya nak study untuk exam ni. Sebelum tu, tengok la dulu cerita mereka masing-masing lepas tu barulah aku share cerita yang aku tak boleh lupakan masa zaman persekolahan.





by @sarahheyya


by @drunbella


by @kulatlama


by @BhaOmar




by @diansiraArja

by @monsterious


by @AnisAdrina_


by @aidanharima


reply from @shafiqah_zain


reply from @SherilAmeera


reply from @lisazakaria


reply from @drunbella


reply from @widattkhairul

Now kita pergi ke pengalaman/cerita aku pula

Cerita 1: Masa sekolah dah dapat memiliki sebiji telefon bimbit. Bagi aku, telefon bimbit tu sangatlah berguna. Rasa macam tak boleh pergi kalau tak ada telefon bimbit. Aku buat keputusan untuk bawa telefon bimbit setiap hari ke sekolah. Kalau tak ada spotcheck, nasib la. Kalau ada spotcheck, haa ini satu hal. Nak dijadikan cerita, masa tu tengah khusyuk belajar kononnya. Tiba-tiba datang sekumpulan pengawas masuk kelas terus cakap nak buat spotcheck. Cuak punya pasal, terus aku ke tong sampah acah-acah nak asah pensil kayu lepas tu buang telefon bimbit kat dalam tong sampah. Tiap kali pengawas nak pergi area tong sampah tu, hati aku dah mula rasa tak keruan. Hahaha. Nasiblah handphone bau sampah. Kadang-kadang selit dalam kasut, kadang-kadang baling masuk dalam stor. Nasib baik masa tu handphone biasa, kalau iPhone 6, mau ke baling-baling? Hahaha

Cerita 2: Menjadi pelajar pengaturcaraan komputer ni yang bestnya ialah dapat kelas paling besar dan privacy yang baik, lepas tu everytime cuma masuk dalam lab komputer saja. Dah la ada aircond, siap ada desk sendiri. Manalah course lain tak mengamuk dengan kitaorang. Kalau masuk lab je, confirm akaun MySpace semua budak kelas aku ni ada tanda 'Online'. Perangai masing-masing. Bila cikgu datang nak round, terus minimize and acah-acah buat coding dan disinilah juga tempat aku selalu update blog masa dulu. Kenangan betul.

Cerita 3: Best berpeluang jadi editor untuk majalah sekolah. Final year, jadilah orang besar untuk majalah. Memang serabut dengan SPM dan tugasan-tugasan majalah lagi. Alhamdulillah dapat juga peluang tu kan. Main pointnya bukan pasal itu tapi... jawatan tu aku gunakan untuk skip kelas yang aku tak boleh pergi especially kelas sejarah. Bila subjek sejarah je, confirm ada je tugasan sampai cikgu pun pelik banyak betul tugasannya. Bila sampai dekat bilik editing, masing-masing tidur ataupun main handphone. HAHA

Cerita 4: Disebabkan kelas ada ruang khas atau kami panggil sebagai 'stor gelap', semua malar nak keluar turun ke kantin masa rehat. Biasalah, kalau masa rehat semua pelajar tidak dibenarkan berada di kawasan kelas. Dalam stor tu la kami lepak, makan dan tidur tanpa dihidu oleh pengawas yang menjaga kawasan tu. Tak sanggup nak tunjuk gambar stor tu sebab memang "Ya Allah! Ini stor ke sarang %^$#^@?!" Hahaha.

Cerita 5: Setiap birthday budak kelas, kami akan sambut dengan pelbagai cara. Tapi tibanya bulan ogos, birthday Fendi atau lebih dikenali sebagai Bull. Budak-budak plan untuk buat sambutan tepung,  telur dan SERBUK KUNYIT. Habis saja kelas Puan Sarimah masa tu, terus mulalah serangan tepung dan sebagainya. Yang tak tahan tu, belum sampai luar kelas dah serang. Malangnya, kelas pula jenis berkarpet. Bertambah musibah la. Ada cikgu lain lalu & terus complain pasal ni. Besoknya, masa perhimpunan terus satu kelas kena cerca oleh cikgu disiplin dan semua budak dari course lain dan part tu jugalah menitisnya air mata para jejaka kelas pengaturcaraan komputer setelah dirotan pada bahagian punggung. Nangis depan budak perempuan pula tu. Bhahahaha!


Bila diimbau kembali, memang macam-macam perangai budak-budak sekolah ni. Pening para cikgu nak menjaga. Apa pun, terima kasih kepada para guru-guru yang sabar dan tidak pernah berputus asa untuk menjaga dan mendidik kami semua. Kini kami telahpun menjadi insan yang lebih berguna. Siapa la tak rindu zaman sekolah kan? Unless orang tu home-schooled.


Diatas merupakan gambar-gambar keriangan selepas selesai kertas terakhir untuk SPM



Regards,
Pojie