Pengalaman dan Tarikan di Tanjung Simpang Mengayau @ Tip Of Borneo

Wednesday, January 21, 2015 Pojiegraphy Journal 19 Comments


Asyik tulis entri pasal negeri/negara lain je. Kali ni apa kata bagi aku peluang tulis entri berkenaan dengan negeri sendiri iaitu Sabah. Memandangkan tidak lama lagi aku fly balik KK, kira entri ni macam nak naikan mood untuk balik ke kampung halaman la. 

Siapa tahu pasal Tip of Borneo atau Simpang Mengayau? Sesiapa saja datang ke Sabah, your travel journey tak akan lengkap kalau tak berkunjung ke tempat ini kerena ianya antara tarikan pelancongan utama di negeri Sabah.


Serba sedikit berkenaan dengan Tip of Borneo/Simpang Mengayau, ia merupakan tempat yang cukup dikenali sebagai 'Tanduk Negeri Sabah'. Kalau tengok dekat peta, korang akan nampak bentuk macam kepala anjing. Itulah dipanggil tip of borneo. Ia cukup terkenal dengan pertemuan Laut China Selatan dan juga Laut Sulu. Kalau anda berdiri di sekitar tempat ni, confirm boleh rasa betapa amazingnya ciptaanNya - laut yang membiru, angin bertiup tanpa henti dan juga pemandangan yang cukup menarik. 

Disamping itu, akan ada satu fenomena pertembungan kedua-dua laut ini bagi bulan-bulan tertentu. Siapa yang bernasib baik, hargailah peluang itu. Siapa yang tak bernasib baik, boleh cuba untuk datang lagi ke sini kalau kuat semangat. Kuat semangat? Kejap lagi aku cerita. 




Inilah dinamakan sebagai Tanduk Sabah
Adalah tidak digalakkan untuk para pengunjung turun ke kawasan ini kerana permukaan batu yang agak licin dan pukulan ombak yang kuat.



Sungguh menakjubkan warna air tu. 



Kawasan ini agak besar. Memang ramai orang berlegar-legar di sekitar sini. Mungkin sebab weekdays, so tak ramai la orang datang. Kalau weekend, mungkin agak ramai.




Kondisi tempat ini yang agak berangit merumitkan lagi proses bergambar kami. Gambar banyak shaky and most gambar, rambut agak serabut dek tiupan angin yang cukup kuat. 



Secara umum, inilah limit para pengunjung. Mereka hanya boleh sampai dekat area ni je. Tak boleh lebih. Tapi, ramai je orang yang berani dan nekad turun ke bawah (termasuk aku). Sebab rasa agak rugi kalau tak sentuh air laut & bergambar dekat tanduk tu. 



Pemandangan ketika kawasan bawah



View dari Tanduk Sabah. Ramai yang berusaha untuk turun. Anyway, memang ada tempat khas untuk turun. Tak la susah sangat cuma TIDAK DIGALAKKAN.



Selfie dengan Laut Sulu. Amazing (walaupun dalam hati risau dipukul ombak rindu yang besar tu).



Area bawah ni sesuai untuk ambil gambar. Cantik! Batu tu nampak macam ala-ala dekat padang pasir. Pandai-pandai la cari angle kreatif korang. Aku tak reti nak pose sangat. Asal ada gambar pun cukuplah.



Masih tak boleh move on dengan kecantikan dan keindahan yang dimilik oleh tempat ni. Ya Allah. Alangkah indahnya jika diri ini dapat mendirikan rumah dengan view seperti ini. Tapi bahaya pula. Haha


Hello! Saya kini berada di atas Tanduk Sabah - pengalaman yang cukup menarik! pemandangan yang cukup indah! Tidak rugi jalan jauh dari KK ke sini!


Whats up with 'kuat semangat' sebentar tadi? 
Tak ada apa la. Just kongsi pengalaman perjalanan dari Kota Kinabalu ke tempat ini yang penuh cabaran. Bukan apa, jalan sepanjang ke Kudat ni memang tak berapa bagus (masa datang sini). Mungkin sebab jadi tumpuan utama pelancong kan. Perjalanan selama 2 jam lebih ternyata penuh rasa risau. Risau kereta rosak. Tapi, pemandangan yang kami dapat saksikan selepas itu sekali gus melenyapkan rasa kecewa kami berkenaan dengan perjalanan ke Kudat ni. Alhamdulillah.

Sedikit advice/tips/maklumat untuk anda semua
1. Kepada mereka yang beragama Islam, bawa la makanan lebih kalau terlampau skeptical dengan makanan yang dimasak oleh non-muslim kerana agak susah untuk cari restoran halal di sini. Tetapi ada juga restoran yang tak serve pork. Boleh makan seafood je. 

2. Kalau pergi sendiri, jangan sesekali bawa kereta jenis 'manja'. Kalau boleh bawalah kereta jenis 4WD kerana struktur jalan yang agak bumpy dan tak begitu rata. 

3. Bawa air. Sebab keadaan di sekitar tanduk tu agak lembab dan panas walaupun berangin. Kemungkinan untuk dehydrated sangat besar jika tak minum air.

4. Untuk ke sini, tidaklah begitu susah. Just ikut singboard Kudat and Simpang Mengayau. Tapi, kenalah pandai pilih jalan ya. 

5. Bawa kamera. Rugi kalau datang sini tak bawa kamera. Kalau boleh, record video!


Rasanya itu saja. Kalau ada rezeki, datang la ke sini ya. 


Regards,
Pojie


19 comments:

  1. bestnyaaaaaaaaaaaa...cantik ! suka !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul! Saya yang pergi ni rasa sebak juga la. Betapa cantiknya ciptaan Dia. Hmmm

      Delete
  2. Cantik suasananya... sungguh memukau. Lihat pada gambar tapat rasakan tiupan angin yg deras tu. Memang bestlah... sgt2 menarik. Thanks sharing Pojie.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cantik abg KK! Terpukau sebentar tengok betapa cantiknya ciptaan Dia. Alhamdulillah berpeluang juga untuk tengok.

      Delete
  3. Cantik tempat ni Pojie.. kita selalunya sibuk tengok negara luar, tapi kita lupa dalam negara kita sendiri banyak tempat menarik yang kita sendiri tak habis explore.. btw take care balik nanti!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan? Banyak lagi tempat best dalam negara ni yang belum kita explore weh. Antaranya pantai PD bersalut dengan air abu mayat. Opps. haha!

      Delete
  4. Blog ko aku dah bookmark sebagai blog perlancongan dalam dan luar negara. ada tips dan review yang sangat baik.

    p/s: Wajah baru blog ko sangat smart!!!! aku suka header tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih bro. Sangat hargai itu. Simple je. Moving towards minimalist design and look. Tak ada la serabut orang nak lawat kan. Haha

      Delete
  5. WOW. banyaknya tempat menarik di Sabah Bang Pojie. Jadi bingung, tempat wisata mana saja yang harus dikunjungi di Sabah dengan waktu yang sangat singkat nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iyaaa. Memang ga sempat untuk lawat semua wisata. Apa pun, kamu harus berkunjung lagi ke Sabah untuk kali seterusnya ya Bang Gunadi!

      Delete
  6. Alhamdulillah syukur ternampak entry ni... dpt lah bantu akak buat itinerary tuk trip ke KK bulan march nnt, kami akan stay di kundasang for 1 night so your advise pegi ke sini dari KK atau dr Kundasang....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeay, selamat datang ke negeri saya ye kak. Hehehe. Stay kundasang best! Better dari KK ke Kundasang lepas tu Kundasang ke Kudat. Sekali jalan je.

      Delete
    2. kundasang is the best place ever .... bila smpai sana rasa x nak balik nk dok situ ja, org2 sabah sgt bertuah punya negeri yg kaya dengan keindahan alam semulajadi. 1 soalan sempat tak kalau dr kundasang ke kudat then balik tido di KK malam nya

      Delete
  7. wah...x pernah lg ke kudat. simpang mengayau pernah dgr sebelum ni. tp x pernah ronda2 jauh dri kk. lama x jejak kaki ke kk. bestnye klo ada kesempatan masa nak ke sana. suka pasar minggu dia. mcm2 brg dijual.

    ReplyDelete
  8. orang sabah rupanya patutlah hensem ahaha...tahu pasal tempat ni kerana pernah baca entri dari blogger Najib Ariyan

    ReplyDelete
  9. Advanturenye.. Kne prepare macam2.. Seriously the batu yg ala-ala padang pasir tu cantik. Ade model tu lg bertambaj cantik plak.. Hahaha. #kbai

    ReplyDelete
  10. 2 tahun stay kk tapi sekali pun tak pernah ke sini sbb tiada keretaku nak jalan pusing sabah~~ hahahaha

    ReplyDelete