Tana Toraja ternyata bukan hanya terkenal dengan budaya mereka yang unik tetapi juga turut dikenali dengan landskap dan aktiviti yang menarik dijalankan oleh masyarakat mereka. Maka dengan itu, cerita berkenaan dengan Tana Toraja bukan hanya tertumpu kepada cerita seram/sedih. Entri kali ini adalah berkenaan dengan pengalaman berkunjung ke Pasar Bolu, Rantepao, Tana Toraja.


Selfie sebentar bersama dengan kerbau tedung bonga yang begitu berharga buat orang Tana Toraja. Nak tahu kenapa? Sekejap lagi aku bagitau.





Sama seperti tempat kita, kawasan Rantepao mempunyai pasar tradisional yang hanya akan ada sekali dalam seminggu. Pasar itu dikenali sebagai Pasar Bolu dan ianya terletak sekitar dua kilometer di timur laut Rantepao. 

Pasar ini menjadi tumpuan masyarakat setempat yang ingin membeli barang keperluan seperti sayur, daging dan macam-macam lagi. Antara yang menjadi fokus di pasar ini ialah haiwan utama orang Toraja iaitu babi & kerbau. Selain itu, terdapat beberapa aktiviti mingguan yang dijalankan di sekitar pasar ini. Ehem.. Bila berjalan sekitar pasar ni, terasa macam diri ini dah jadi orang Toraja dah. Best!



Disini, ayam tidaklah dipandang sangat oleh orang-orang Toraja. Oleh itu, diorang jadikan ayam untuk aktiviti seperti gambar diatas. More or less, macam judi la. 



Ikan-ikan yang dijual di sekitar Pasar Bolu



Diri ni secara automatiknya terberhenti dekat kawasan ni. Tertarik untuk ambil gambar di kasawan ni. 



Kaki bundle boleh cuci mata dekat sini. Macam-macam ado.



Sayur-sayuran segar yang dijual oleh local people dekat sini - nampak juga la diorang ni ada aktiviti lain selain daripada aktiviti upacara kematian dan sebagainya


Buah-buahan juga ada. Lengkap!



Kini, Pasar Bolu juga turut menjadi tarikan pelancongan dimana ramai pelancong dari luar negara akan datang ke sini untuk melihat suasana dan kemeriahan pasar ni. Untuk pengetahuan anda, Pasar Bolu (Tana Toraja Rantepao) ni merupakan pusat perdanganan kedua terbesar di sini selain daripada Tana Toraja (Makale)



Anak-anak ayam ni diwarnakan agar nampak lebih menarik. Menarik untuk apa? Untuk dijadikan permainan untuk budak kecil. Hmmm bila dengan orang tu cakap "Ayam-ayam kecil ni semua tak tahan lama. Confirm mati sebab budak-budak ganas". My question is "Memang tak ada mainan lain ke?" Ish ish ish. 


Lepas tu, aku berpeluang juga berjalan sekitar kawasan mereka jual babi. Babi ni kira tinggi juga nilai dekat sini sebab tujuannya yang digunakan untuk upacara kematian. Aku kuatkan semangat aku sepanjangan perjalanan aku lalu kawasan babi ni haha. 


Besar & banyak babi yang dijual



Yang comelnya, setiap babi tu diikat seperti gambar diatas. Macam setiap mereka tengah baring atas katil dekat hostel. Huahua




Masih ingat pakcik ni. Semangat dia nak suruh kami sentuh babi tu (dia ingat kitaorang bukan Islam & orang Toraja). Bila cakap Muslim, terus dia angkat tangan and cakap "Sorry. Saya hormat kamu". Hahaha.



Tersadai atas lori kecil. Sun bathing agaknya babi sekor ni yer. Haha


Selain daripada babi, kerbau juga menjadi haiwan yang banyak demand dalam kalangan orang Toraja. Ada kerbau kecil (biasa) dijual bermula dengan harga sekitar 5 Juta IDR. MAHAL OI! Kalau yang besar (biasa) pula dijual sekitar 10-15 Juta IDR

Lagi tak tahan bila kerbau jenis albino atau lebih dikenali sebagai kerbau Tedong Bonga ni boleh mencecah sekitar ratusan juta rupiah seekor. Harga dah macam aset dah. Kenapa? sebab kerbau jenis ni memang jadi kebanggaan orang Toraja. 

Lagi banyak tompok putih tu, lagi tinggi nilai harga kerbau tu. Boleh la buka bisnes eksport kerbau dari Malaysia ke Toraja. Kaya woooo!




Rupa kerbau Tedong Bonga


berpeluang juga untuk berselfie dengan cik kerbau Tedong Bonga yang mahal nak mampoi tu



Ternyata most kawasan dekat Pasar Bolu ni telah direserved untuk kerbau. 




Di Pasar Bolu ni jugalah aku mengenali cara hidup orang Toraja. Mereka memang kerja keras dan yang penting peramah antara satu sama lain. Kalau jumpa, mesti bertegur sapa (entah kenal atau tidak). Kunjungan selama hampir 1 jam ni ternyata tidak sia-sia. Kalau datang Tana Toraja, jangan lupa untuk melawat Pasar Bolu dekat daerah Rantepao.


Regards,
Pojie