Menyingkap Kuburan Batu Tertua di Tana Toraja

Wednesday, January 28, 2015 Pojiegraphy Journal 39 Comments

Sambil ditemani dengan permandangan landskap yang begitu cantik sepanjang perjalanan ke destinasi seterusnya, hati mula rasa teruja dengan apa yang terdapat di Wisata Bori Paridinding yang terkenal dengan himpunan batu sebagai tempat menyimpan mayat. 


To know more, teruskan membaca.

Bayaran masuk: IDR 10,000

Sedikit perkongsian berkenaan dengan Bori Paridinding - tempat ini merupakan tempat dimana mayat orang dulu-dulu disimpan dengan cara yang menarik dan unik (dalam batu). Kenapa orang Toraja tak tanam je mayat tu? Menurut kepercayaan mereka, tanah mempunyai elemen suci untuk kehidupan sebab tu la mereka tak nak cemari 'kesucian' tanah tu. Instead of tanam, mereka pilih untuk simpan mayat tu dalam batu/gua atau dimana-mana. 

Bori Paridinding wujud dengan himpunan batu yang berbagai saiz. Ianya wujud sejak 500 tahun dulu (sekali gus menjadi kuburan batu tertua di sini) dan setiap batu tu diukir secara manual oleh orang tempatan. Ukiran tersebut adalah bertujuan untuk memberi penghormatan kepada orang yang sudah meninggal.

Majoriti mayat yang ditempatkan di sini adalah mereka yang bergelar sebagai bangsawan. Selain itu, semakin tinggu dan besar saiz batu tersebut, semakin tinggi la kelas si mati. 



Apa yang menarik pasal tempat ni? Sudah tentulah pemandangan sekelilingnya yang cantik ditambah lagi dengan adanya batu menhir sebagai tarikan utama para pelancong datang ke sini.





Setiap batu tu diukir sendiri oleh mereka. Uniknya, mereka buat batu tu macam rumah (siap buat tingkap & pintu utama. Salute dengan effort diorang sebab buat ukiran dekat batu ni bukanlah satu kerja yang mudah. Kreatif & rajinlah diorang ni.



Tetap ada atap simbolik Tana Toraja di sekitar sini. Rasanya atap tu digunakan untuk upacara perarakkan buat si mati. (bentuk atap tu ada persamaan dengan atap yang kita ada dekat Negeri Sembilan).



Bayangkan macam mana mereka boleh buat banyak ruang (dengan pintu) dalam satu batu besar? Memang banyak kerja. Teruja bila tengok batu ni sebab ia buat orang yang tengok ni berfikir. 



Masa tengah khusyuk tengok batu tu, aku agak terkejut bila nampak tulang tengkorak bertempiaran sekitar batu tu. Adakah semua tu datangnya dari dalam batu atau memang diletak dekat luar sebab dah tak ada ruang? Persoalan yang masih lagi bermain dalam fikiran.



Batu-batu dekat sini dianggap sebagai 'bilik' buat si mati. Tengok saja gambar di atas tu - ada pintu yang telah diukir dengan motif khas Tana Toraja dan juga ada bunga ataupun pemberian orang seperti makanan dan sebagainya.



Tu diaaaaaa. Ada ruang kecil dan bolehlah orang tengok apa ada dekat dalam tu. Jeng jeng jeng. Berat juga aku nak tengok, bila dapat tengok, aku tak nampak apa-apa. Hitam saja. Apakah?



Cuba tengok pintu yang terdapat dekat atas sekali tu. Terfikir tak macam mana orang boleh ukir pintu? Dah la tinggi. Nampaknya 'bilik' tu kelihatan baru lagi sebab tengok gambar pun masih bersih, kemas and then banyak bunga segar.



Datang dekat Bori Paridinding ni lebih kepada menghargai keindahan landskap di sekitar tu dan juga menghargai usaha orang Toraja yang menghasilkan kerja seperti ini. Memang banyak kerja. Seronok dapat mengetahui budaya dan cara hidup mereka.

Okay la. Itu saja untuk entri travelog kali ini. Sampai jumpa lagi.

 Entri travelog seterusnya: Batu Tumonga Plateau




Regards,
Pojie


39 comments:

  1. Wahhh ! Dashat eh ? Camne la dorang ukir ni. Hahaha. Tengok persoalan tu dah berkembang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah juga persoalan yang timbul dalam fikiran saya. How they made these things? Hahah. Gila gigih and full with efforts. Kalau kita yang buat, agak-agak berapa lama la baru nak siap ya? Hahaha!

      Delete
  2. landskapp cantik..sapa sangka tu kubur jugak sebenarnya.. huhu.. btw, dah macam cerita flinstones pulak kannn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang tak dapat dinafikan landskap memang cantik. Mula-mula ingatkan apa, rupa-rupanya kubur. Hehe!

      Delete
  3. best la kalau dapat berjalan...hukhukhuk..

    ReplyDelete
  4. ei tulang apa lah tu celah batu. -.-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam tulang ayam yang lepas kita makan je kan? haha!

      Delete
  5. macam mane diaorang boleh buat batu tu??sia[ ada tingkap lagi..ke dia buat macam buat umah ni??bila baca jadi makin nak tau banyak persoalan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah juga yang saya fikirkan. Macam mana diorang buat tu. Siap ada tingkap. Proper sangat diorang buat kan. Diorang anggap batu tu macam rumah si mati la kot. Sama la seperti saya, macam-macam timbul dalam fikiran. hehe

      Delete
  6. kalau org tak tahu. tngok mcm hiasan batu biasa. tp ada 1000 maksud dlm tu. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Kalau tengok dari luar je, ingatkan batu biasa. Tapi bila tahu cerita disebalik semua tu, confirm rasa lain macam.

      Delete
  7. atas tu cantik.. macam atas kereta lembu kat melaka

    ReplyDelete
  8. Unik..!! Guna ape gaknye diorg tebuk batu tu? Tak kan pahat. X tanye ke pojie? Xde demo diorg wat lubang ke? Hehee. Byk tnye plk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hmmm. Itu la. Dah la zaman dulu tak ada apa-apa kan. How they made it? Hmmm. Tanya juga, diorang memang guna teknik tradisional. Memang rajin la!

      Delete
  9. wah mcm2 bentuk tuu.., menarik jugak dpt tgk tempat org dpt tahu seni budaya org,.tapi satu nk tanya knp laa diaorg buat sampai mcm tu sekali..rajin bebenooo la kot..tp takleh kta jugak sbb yg ada kt stu mayat2 bangsawan kan ..mna tau kot2 ahli kuaga bangsawan tu semua upah org buatkan.hehe pepandai jer akk ni kan kan kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe. Yup, best dapat tahu seni budaya mereka kan. Pelik la Kak Lya. Rajin + gigih betul diorang ni kan? hehehe. Tak pernah terfikir yang macam kak fikir pula. Mungkin ada logiknya juga hehe

      Delete
  10. wah mcm2 bentuk tuu.., menarik jugak dpt tgk tempat org dpt tahu seni budaya org,.tapi satu nk tanya knp laa diaorg buat sampai mcm tu sekali..rajin bebenooo la kot..tp takleh kta jugak sbb yg ada kt stu mayat2 bangsawan kan ..mna tau kot2 ahli kuaga bangsawan tu semua upah org buatkan.hehe pepandai jer akk ni kan kan kan..

    ReplyDelete
  11. Pojie ni berani betul tengok ke dalam tempat2 yg ada lubang macam tu, kalau saya memang tak berani lerr... ke tempat2 macam ni saya akan tengok kesenian yang diorang buat di sini saja... Tana Toraja... tungggu tak lama lagi aku akan ke mari...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Curious la. Tapi tak nampak apa pun, gelap. Hehehe. Nanti datang sini, make sure pergi semua tempat yang saya pergi ya!

      Delete
  12. Waaa seram nye! Siap boleh intai dalam batu tu.. Next time suluh guna torch light!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kekuatan nak suluh guna torch light tu belum hado. Hahah. Bergetar tangan weh! Hahaha

      Delete
  13. Bang Pojie, Mayat itu tak bau busuk kah ? ih..serammm

    ReplyDelete
  14. bestnya... tapi seni bina nampak klasik dlm masa yg sama nmpak seram.. mungkin sbb khazanah lame kot ek

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup. Seni bina klasik dan berharga ni la menjadi tarikan orang datang sini. Hehe

      Delete
  15. menarik walaupun agak seram membacanya... Kak Eny suka tengok photo2 tu semua! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe. Kalau datang sini mesti lagi seram Kak. Hehe. Terima kasih. Ikut jejak Kak Eny guna gambar yang cantik. Tapi tak secantik gambar-gambar Kak Eny laaa

      Delete
  16. tgk batu2 tu teringat petra kat Jordan. memang unik la buat pintu semua tu. fuhh, nak letak mayat tu pun kena buat ruang jugak kan dalam batu. banyak skills diorang ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup. Itu yang menarik kan? Hehe. I, in my entire life never thought of doing this. Gigih gila & kreatif diorang ni! Haha

      Delete
  17. maaf Pojie, baru berkesempatan ke sini, terima kasih rajin komen di blog kak ana, Alhamdulillah sampai sini follower ke 1349 dan following di G+ juga, uii seram gak tempat ni kan tapi sangat unik dan macam ada dalam salah satu filem hollywood,cuma kak ana tak ingatlah filem apa ..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak apa Kak. Terima kasih kerana akhirnya singgah juga dekat blog saya. Hehehe.

      Delete
  18. Bukan kerja senang nak ukir apatah lagi menebuk batu2 tu... mmg membuatkan kita berfikir....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Memang memerlukan tenaga dan masa yang agak lama juga la nak siapkan batu ni kan KK

      Delete
  19. memang rajin. mcm mana dorg blh buat macam ni eh? tools apa dorang guna? curioussss ahahaha. and and and mcm mana la dorang buat satu2 tempat dalam satu batu tu. huhuhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun tak ada idea macam mana dia boleh buat hasil kerja seperti ini. Apa pun salute la dengan diorang kan. Hehe

      Delete
  20. terfikir sekejap. mesti lama nak tebuk batu tu. ish!

    ReplyDelete