Selepas menempuhi perjalanan  dari Tana Toraja selama hampir 4 atau 5 jam, akhirnya sampai juga di Kota Makassar. Nothing much pun untuk aktiviti dekat Makassar ni since aku singgah sini sebab nak catch flight back to Malaysia. Sempat juga la merasa Pisang Epe (Cheese) dekat tepi jalan. Walaupun tepi jalan, it is still authentically delicious. 

Jom kita mengenali serba sedikit dan tengok keindahan dekat Kota Makassar ni.

Terdahulunya dikenali sebagai Ujung Pandang, Makassar merupakan ibu kota bagi Selatan Sulawesi serta sebagai kota yang terbesar di kawasan Indonesia Timur. Dari aspek pembangunan dan infrastruktur, Makassar tergolong antara salah satu kota terbesar di Indonesia memiliki hampir 1.4 juta penduduk. Menariknya pasal Makassar ni kerana ia mempunyai pelbagai etnik seperti suku Makassar, Bugis, Toraja, Mandar, Buton, Jawa dan Tionghoa.


Bila sampai dekat Makassar, barulah rasa lega sikit sebab dapat tengok orang Islam dan restoran halal. Kalau dekat Toraja tu rasa macam tak berapa nak selesa sebab susah nak cari makanan halal. Yang ada pun, tak boleh harap. Aku makan bakso dekat restoran halal tu, esoknya aku keracunan. Nasib baik bawa ubat. Tergendala jugalah aktiviti pada keesokkan harinya. 

Mulanya plan nak cari souvenirs dekat Makassar ni. Pusing punya pusing, jumpa tapi mahal. At last, kami give up and terus pekena pisang epe dekat tepi jalan. Mulanya aku tanya "Pak, apa itu pisang epe?" Seriously masa tu tak ada idea apa itu pisang epe. Tengok pondok kecil tu teringat bakso, so aku assume tu mungkin bakso pisang. Hahaha

Di sini juga la pertama kali aku merasa pisang cheese yang pada asalnya famous dekat Jakarta dan kini cukup famous dekat Malaysia. Mana-mana mesti ada pisang cheese. Sedap tu memang sedap tapi tak dapat lawan keaslian pisang cheese dekat sini.


Gerai kecil pisang epe



Even gerai kecil nampak simple, tapi still tertarik nak cuba. Indonesian style memang macam ni



Tengok cara mereka buat pisang cheese - ni barulah betul-betul asli & tradisional






Penat menunggu, akhirnya pisang cheese sudahpun siap untuk dijamu. Dia ada macam-macam jenis and we ordered Pisang cheese with chocolate kot if i'm not mistaken. Tengok rupa pun dah tahu rasanya pasti vavavoom kaya orang yang bikinin pisang epe ni, vogue. Hahaha



Ternyata rasa pisang epe dia memang enak sekali. Ya Allah! Nikmat sungguh sampai rasa nak order lagi cuma masa dah tak cukup (terpaksa ke airport).

After menikmati pisang epe, sempat juga kitaorang solat dekat masjid tepi pantai (if tak silap and sorry couldn't remember apa nama masjid ni). Design masjid ni cantik dan ia mengamalkan konsep open air sebab kedudukan masjid ni yang dekat tepi pantai. So, akan sentiasa berangin saja la. 


Exterior


Interior


Exterior


Interior

Selepas solat tu, sempat lagi menikmati view cantik dekat area masjid ni sambil ambil gambar & sembang dengan Pak Najib. Dia ceritalah serba sedikit pasal Makassar ni. Rupa-rupanya Makassar juga merupakan laluan untuk ke Raja Ampat (tempat top untuk diving).





View sekitar pelabuhan Makassar - memang cantik (rugi tak dapat tengok sunset dekat sini)



Finally, dah sampai pun dekat lapangan terbang Sultan Hasanuddin. Airport ni terletak 20 km northeast dari tengah bandar Makassar. The airport itself is indeed not bad in term of capacity and design since airport ni kira macam airport baru juga la operated on 20 august 2008. 

To conclude my Tana Toraja (The Land of Heavenly King) journey, it was an amazing journey and i am truly grateful for having my chance to learn and experience their very distinctive culture and believe. 


Regards,
Pojie