Kenangan di Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Sultan Azlan Shah (KSKBUK)

Saturday, January 10, 2015 Pojiegraphy Journal 13 Comments


Its been 2 years since the last time....



Selepas perjalanan dan perjuangan diploma menutup tirainya, hala tuju diri ini masih lagi tidak kelihatan dengan begitu jelas. Masih lagi tercari-cari apa yang ingin dilakukan selepas itu. Diri ibarat tidak lagi mempunyai semangat untuk meneruskan pengajian ke bidang yang lebih tinggi iaitu sarjana muda. 

Akhirnya, jalan yang dipilih ialah masuk ke alam pre-perkerjaan dibawah sektor kerajaan. Dahulunya dari bidang Seni Lukis dan Seni Reka terus melompat jauh keluar ke bidang Sains Kesihatan (Farmasi). Langkah yang penuh berisiko namun siapa tahu Dia telah mengaturkan segala-galanya dan saya percaya rezeki sebenarnya ialah apa yang saya buat sekarang ini iaitu bidang Komunikasi dan Pengajian Media (Journalism). Nak tahu macam mana semua ini berlaku? Mungkin bakal diceritakan dalam entri-entri yang seterusnya. Untuk entri ni, just akan bercerita tentang kenangan sepanjang berada di Kolej ni. 



First day, macam biasalah semua busy dengan urusan pendaftaran dan proses memindahkan barang ke hostel. Semuanya berjalan dengan lancar dan juga kagum dengan sistem mereka yang teratur lagi sistematik dalam hal pendaftaran ni walaupun jumlah pelajar agak ramai. Lepas tu minggu orientasi, dimana kami sebagai 'pendatang' baru semestinya akan melalui seminggu yang agak memenatkan. Yang bestnya, dapat kenal ramai orang. That's the real purpose of orientation week - to know each other. 

Gambar di atas ialah gambar-gambar suasana sekitar Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Sultan Azlan Shah (KSKBUK).



Sekali lagi, kagum dengan fasiliti-fasiliti yang disediakan kepada para pelajar. Cukup selesa dan lengkap. Tengok saja hostelnya ibarat homestay. Memang selesa. Bangunan kolej ini juga cukup menarik kerana ada unsur modernism and minimalism. Design yang cukup matang. 



Bilik ibarat hotel (1 bilik untuk 2 orang pelajar). Bilik juga agak besar dan dilengkapkan dengan pelbagai peralatan dan perabot seperti single bed, tempat gantung tuala, meja dan kerusi, wardrobe baju sebesar alam (sampai tak tahu nak isi apa), book shelf. Semuanya setiap pelajar dapat seorang satu ya. No sharing. Kalau bilik air pula, setiap dua bilik akan berkongsi bilik air ditengah-tengah antara dua bilik. Kesimpulannya, 4 orang share 1 bilik. Tak perlu jalan jauh ke bilik air. Dalam bilik tidur dah ada. Woi selesa woi!



Jumlah pelajar bagi setiap jurusan pun agak ramai. Untuk jurusan Farmasi, cuma terdapat 1 kelas sahaja. Total pelajar rasanya sekitar 90 pelajar. Terkejut dengan jumlah pelajar seramai ini. Classroom pun memang fixed satu tempat saja (dewan kuliah besar). So, everyday kitaorang akan adakan kelas ditempat sama saja. Hmmmmph. Completely lost ciri-ciri pergi ke kelas di universiti (tapi bestnya tak payah jalan jauh-jauh).



Sementara pensyarah belum masuk, sempat lagi keluar dari dewan kuliah bergambar. Tak sangka juga budak-budak semua ni suka bergambar. Most of them datang dari background yang bagus and result gempak. Masa diorang bagitau keputusan diorang terus berpeluh satu badan. These people, why so smart ah? LOL



Menjalani hari-hari menarik with the classmates. They are energetic, fun and happy-go-lucky. I guess there's no other reason for me to stop enjoying my times when I was there. Such an unforgettable moments with Pharmacy 01/13.



Tak pernah dalam fikiran ni terlintas untuk berada dalam suasana seperti gambar-gambar di atas tu. Dikelilingi dengan ubat, berada di lab yang dipenuhi dengan term-term perubatan. Ya Allah, kuatkanlah semangat umatMu ni untuk menerima segalanya setelah sekian lama otak hanya bermain dengan unsur-unsur seni belaka.



I can still remember some of them (appeared on photos above) - Faiz, Puva, Firdaus, Alif, Nazrin and  Yumi (nama famous). Hahaha. These peoples yang selalu lepak bersama dalam kelas. Buat kerja gila, bergambar beramai-ramai sampai muntah.



Some of gambar di atas tu adalah gambar ketika berada di lab untuk membuat percubaan segala instrumentals yang bakal digunakan sepanjang kuliah. Most of them are new for me since masa SPM tu cuma guna instruments yang basic sahaja. Tak tipu, memang excited for more things in future bila tengok their amazing lab. 



Yang bestnya pasal kolej ini ialah tempat untuk sukan dan beriadah tu memang dekat dengan hostel. Jalan beberapa langkah saja terus sampai dekat padang. Macam-macamlah fasiliti yang ada disini. Korang boleh pergi gym, tempat untuk buat senamrobik, badminton, basketball, bola tampar, futsal dan MACAM-MACAM LAGI! Tak payah keluar dari kolej pun no hal (for some of them). 



Bila kuliah dah bermula, haa semua start cuak nak cover balik apa yang diorang dah belajar masa dulu. Yang tak pernah belajar lagi la blur habis. Selamatlah ada budak-budak kelas yang bijak lagi rajin untuk mengajar. 

Kehidupan sebagai pelajar di sini memang best walaupun ianya agak terkawal sedikit. Pergi library bersama-sama, datang library masa rehat bukan untuk baca buku tapi nak baca newspaper and lepak dekat atas sofa yang empuk tu. Kalau balik (beberapa langkah je), confirm tak bangun sampai habis kuliah. Jangan main gila. 

Makan pun not bad. Masih boleh diterima walaupun tidak ada banyak pilihan. Hari-hari terfikir juga "Apa la yang aku nak makan harini ya?". Kadang-kadang bila rasa malas nak beratur panjang, beli roti and makan dekat bilik saja. Tapi tu 2 tahun lepas la. Who knows sekarang mungkin makanan tu sudah dipelbagaikan. 

Bertambah kagum dengan kolej ni bila adanya larangan penjualan makanan atau minuman yang tidak sihat seperti minuman bergas (Coke dan sebagainya). Good move!



Setelah berminggu-minggu menjalani kehidupan sebagai pelajar di kolej ni dan dikelilingi dengan classmate yang cukup unite, kelakar dan gempak, I finally realized that my future is not in this place. I decided to quit and move to another field which is Communication field. I know its a big mistake I made but I believe that it was set up by Him for us.

Dah happy dan rapat antara satu sama lain, tiba-tiba nak kena bagitau mereka semua "I'm leaving!". Ujian tu sungguh besar, tak sampai hati nak bagitau dekat classmates especially 2 orang mamat yang selalu bersama (Faiz & Nazrin). I think its time to let it out and let them know. 


Some of them tried so hard to convince me "Please stay. Its a good opportunity for you being here", "You won't find better offer like this when you leave", "I believe you still have a lot of time to change your mind". I couldn't and i did justified my reason on leaving and finally they accepted my decision.

 A night before i'm leaving, they asked me to join and have dinner together (for the last time). Since barang semua dah kemas, I decided to join and have our dinner together dekat cafĂ©.


I want to have a picture of this cake and I'll promise to keep it



Photo with some of the classmates

I was surprised they bought a cake and celebrate my 'leaving'. Is it a good news for them that i'm leaving? LOL



Birthday lama lagi. Tapi pelik betul masing-masing buat perangai macam nak kenakan birthday boy. I could smell something fishy tapi entah bilanya akan jadi. So, just buat relax la.

Until.......


Diorang kenakan aku dengan tepung! Instead of letting me go with nothing, diorang decide nak kenakan aku. Fine, memang impactful ya kenangan ni sampai bila-bila tak akan lupa. Habis satu sweater, baju dan seluar penuh tepung. Kalau ya pun suruh la orang pakai baju pergi pasar dulu. HAHAHAH



Indeed. It turned to such an emotional moment. How can i leave all of you without telling "I'm gonna miss all of you." Now, it has been 2 years already. I know some of you did the same decision like mine and most of you will be graduated and moving to working life. I know that we didn't contact each other as often as before but believe me, I've been following all your updates from social medias. 

It was a great experience that I could have my chance to know each of you - such a jovial groups and I wish all of you ALL THE BEST AND GOODLUCK! TQ for the memories. 


P/s: Nak tahu more pasal Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Sultan Azlan Shah and Tips Sesi Interview untuk SPA? Nantikan di entri-entri seterusnya. 



Regards,
Pojie

13 comments:

  1. Goodluck poji.. Kekadang mmg cmtu. kte hanya merancang tuhan yg tentukan.. Tp, love what you do success will follow.. hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah kan. Masa buat keputusan tu memang macam-macam perasaan ada dan bila kita minta petunjuk dari Dia, alhamdulillah memang keputusan yang dibuat tu tepat sekali. Alhamdulillah. Doa moga sukses la in future.

      Delete
  2. wah.....kenangan yang sungguh indah..so sweet.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang tidak boleh dilupakan semua kenangan tu walaupun ianya sekejap sahaja.

      Delete
  3. ALL THE BEST POJIE. cepat update pasal spa tu pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih weh. Haaaa, sabar na. Tengah kumpul informasi kejap. Nanti update seterusnya adalah la tu pasal SPA. hehe *based on pengalaman sendiri ya

      Delete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Uwaaa hebatnya awak! Oops! Sweater kenangan rupanya. Baik lah. Sheril cuci elok elok semula before pulang hahahhaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oops everywhere. Hahahaha! Sweater tu kenangan kena tepung woi. Hahahahaha!

      Delete
  6. All the best untuk tahun2 yg mendatang Pojie.. kenangan manis yg pasti membuatkan diri tersenyum bila mengenangkannya. Semoga terus sukses.. :)

    ReplyDelete
  7. bang nak tanye je, takpe ke quit mcam tu? tak kena rm100,000 ek yg mcam dlam pjanjian tu? tp anyway gudluck in ur life, masing2 dh ada halatuju masing2 kan ;) iamKSKBSAStooNiLUVit

    ReplyDelete
  8. SALAM NAK TYA..STUDENT POS BASIK YG BLJR S KSKB SAS SLALU SEWA BILIK DKT MNE??

    ReplyDelete