/muka bajet khusyuk tengah menaip (konon)/

Otak semakin tepu membuat persiapan untuk paper terakhir jumaat ini. Itulah padahnya kalau dapat jarak masa yang begitu panjang. Terasa otak dah tepu semacam, mulalah tangan ni nak menaip dalam blog. Tak tahu kena but memang dah sifat semula jadi agaknya.

Bercakap berkenaan dengan blog, dulu memang aktif update blog (hampir setiap hari) sampaikan perkara yang merepek pun dipost dalam blog. Kebetulan masa tu blog ni memang 'in' thing. So, tak kisah la apa jua jenis entri yang korang post, orang still akan enjoy. 

Selepas beberapa tahun tak aktif, kali ini aku cuba untuk aktifkan diri dalam menulis blog. Bukan apa, aku sedar bahawa skill penulisan aku ni semakin teruk sebab kurangnya menulis. Antara cara yang baik untuk kita improve penulisan kita ialah dengan menulis dan membaca blog. 

Antara kebaikan apabila anda berblogging ini ialah:-
  1. Anda boleh menambah ilmu pengetahuan dengan membaca penulisan daripada blogger lain.
  2. Selain external hardisk dan laptop, anda juga boleh menggunakan blog ini sebagai salah satu medium untuk simpan gambar-gambar dan cerita anda (kira macam backup)
  3. Berkenalan dengan ramai orang - blogging ni bukan sahaja anda post cerita and thats it! Ia juga membolehkan anda semua buat komuniti khas dan organize event yang boleh mengeratkan hubungan antara satu sama lain.
  4. Seperti yang dikatakan sebentar tadi, secara tidak langsung anda juga boleh memperbaiki teknik dan kreativiti anda dalam penulisan. Siapa tahu nanti boleh jadi freelance writer? 
  5. Boleh jana pendapatan sampingan dengan membuat review product, pengiklanan (Nuffnang dan lain-lain lagi).



Alhamdulillah, tahun baru ni Nuffnang bagi rezeki 4 CPUV pertama untuk bulan Januari. Ini juga dijadikan semangat untuk terus menulis blog disamping hobi yang gemar berkongsi pengalaman dan cerita kepada orang lain. 

Walaubagaimanapun, ramai pembaca blog pada masa kini lebih gemar membaca cerita sensasi seperti unsual events dan hiburan. Kita? Just stick dengan cara penulisan masing-masing. Stick to our main purpose of blogging (which is sharing our experiences to others).

Natijahnya, aku masih lagi anggap berblogging ini adalah satu perkara yang masih relevan pada masa kini. Teruskan menulis blog ya. 



Regards,
Pojie