Apa yang anda semua boleh buat di Sungai Congkak?

Sunday, January 11, 2015 Pojiegraphy Journal 13 Comments



Sebelum ni kita bercerita tentang Sungai Klah Hot Spring Resort. Kali ini kita ke Selangor pula untuk   cerita berkenaan dengan taman rekreasi yang begitu popular dengan kunjungan tanpa henti di sekitar Selangor. 

Sungai Congkak is indeed a popular recreational forest that can be found in Selangor (Hulu Langat). Tempat menarik dibawah jagaan Tourism Selangor ini juga dikenali sebagai Chongkak Park and Resort.

Macam-macam aktiviti korang semua boleh buat dekat sini dan antaranya ialah camping, piknik, BBQ dan mandi-manda dengan air sungai yang cukup bersih dan menyenangkan. Ketenangan itu mudah dicari di sini. 

Kadar bayaran untuk masuk ialah RM1 (12 Tahun kebawah adalah PERCUMA) bagi orang dewasa and korang bolehlah enjoy sampai bila-bila. 



Entrance untuk masuk ke Sungai Congkak



Para pengunjung dibenarkan untuk bawa masuk kereta ke dalam tapi dengan caj tertentu. My advice is just park kereta kat tempat yang disediakan sebab jarak tak ada la jauh mana dan sekaligus korang boleh menikmati keindahan tempat ni sepanjang perjalanan. 



Di sekitar tempat letak kereta akan ada banyak gerai tepi jalan yang menjual makanan & minuman, barang-barang untuk mandi dan sebagainya. Jangan risau jika anda tertinggal barang, di sini ada jual juga barang-barang asas seperti dinyatakan sebentar tadi.



Untuk mengetahui tentang bayaran untuk meletakkan kenderaan di dalam, anda boleh terus ke kaunter bayaran untuk membuat sebarang pertanyaan. Rasanya kadar caj adalah mengikut jumlah dan jenis kenderaan. 



Nampaknya semua sudah tidak sabar untuk mulakan sesi piknik dan juga mandi sungai. If ada tangan lebih yang boleh bantu, just park kereta dekat luar. Selamat dan jimat. 




Semasa dalam perjalanan ke tempat khas tu nanti korang boleh tengok flow air sungai dan pemandangan yang cukup cantik.



Port terbaik untuk mandi-manda dan sekali gus boleh buat photoshoot masa mandi (scene duduk atas batu)



Jangan risau. Di sekitar Sungai Congkak ni memang banyak pondok untuk anda semua letak barang ketika mandi cuma tengok-tengoklah sikit barang tu kalau dah excited sangat mandi. Risau perkara yang tidak diingini berlaku.



Juga boleh buat sesi BBQ disekitar tempat ni. Sebelum itu, cuba untuk minta kebenaran dari pihak pengurusan untuk buat BBQ sebab ini melibatkan api dan sebagainya. Takut benda tidak diingini berlaku.



Air juga agak sejuk terutamanya pada waktu pagi. Adalah dinasihatkan untuk beri perhatian kepada anak-anak yang mandi khususnya mereka yang mempunyai asthma. So far semuanya okay saja. 



Kalau boleh, pilih la bahagian sungai yang atas sekali. You know why. 



Selfie sebelum basah kuyup mandi sungai



The brothers



Kalau anda perasan, nanti ada tempat khas untuk buat BBQ. So, kindly use the existing spot untuk buat BBQ untuk mengelakkan pembaziran masa membuat spot BBQ baru. 



Mini playground untuk budak-budak bermain



Keadaan yang bersih dan kemas lagi terjaga


Kebiasannya, memang ramai pengunjung datang especially masa hujung minggu but itu tidaklah menjadi kerisauan kepada anda semua untuk tidak mendapat tempat kerana taman ini agak besar dan mempunyai hampir 6 zon. So, pilihlah! Siapa cepat dia dapat. Datanglah awal kalau nak dapatkan spot yang terbaik.


PERKHIDMATAN CHALETS

Perkhidmatan chalet juga disediakan kepada para pengunjung yang berhasrat untuk overnight dekat Sungai Congkak ni. 


Source: Malaysia Traveller

Chalets 1-6 (Top Left Photo)
Sleep 4 people. 2 single beds.
Weekdays RM80, Weekends/Peak Periods RM100

Chalet 9-10 (Top Right Photo)
Sleep 12 people. 4 Single beds & 1 Queen size bed.
Weekdays RM330. Weekends/Peak Periods RM120

Chalets 11-14 (Bottom Right Photo)
Sleep 6 people. 2 Single Beds & 1 Queen size bed.
Weekdays RM100. Weekends/Peak Periods RM120


OTHER FACILITIES
OPEN FIELD with Astaka. RM400 per day
CAMPSITERM10 per night per tent. Tent hire RM15-RM20 (depend on size)
Bilik seminar atau dewan terbuka juga ada untuk disewa


CONTACT
Untuk sebarang pertanyaan atau booking, anda boleh hubungi Tourism Selangor di talian 03-5513 2000


MAP

GPS - 3.212075,101.84342 or kindly find it on your Waze or any other GPS apps search for "Sungai Congkak Recreational Forest"



Selamat Berhujung Minggu Semua,
Pojie

13 comments:

  1. Replies
    1. Hahaha. Terima kasih Encik. Selamat berhujung minggu bersama keluarga tersayang!

      Delete
  2. Replies
    1. Jom! Ni dekat je. Next sem masa weekend pun boleh pergi! Best!

      Delete
  3. Asyik banget main air di sungai bang Pojie. Air jernih sungainya jernih dan banyak pohon, pasti udaranya juga segar.

    ReplyDelete
  4. Pernah pergi sini.. sedar tak sedar dah hampir 4 tahun dah.. menarik.. Tenang, nyaman dan semulajadi. Ada masa nak pergi lagilah.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. 4 tahun dah? Kalau pergi lagi mesti terasa banyak perubahan tu hehe

      Delete
  5. pernah berkelah di sini tetapi dah lama maybe around 7 years ago masuk FREE tapi sekarang dah ada entrance Fee

    ReplyDelete
  6. Yup! Sebab diorang dah banyak buat pembaharuan dekat park ni.

    ReplyDelete
  7. tq for the info!! nak pergi next week, tapi mcm tak confident je! ni dah letak pic semua, msuk kena bayar berapa baru rasa lega ^_~

    ReplyDelete