Calling for orang Pahang out there. Rasa rindu nak makan makanan kampung korang? Jauh nak balik ke Pahang? Ni ada satu restoran khas yang boleh satisfy your need (bila lapar). Get your car key and head to Ana Patin House in Mutiara Damansara. 

Restoran yang terletak di tengah-tengah Mutiara Damansara ini bukan sahaja menghidangkan lauk ikan patin tetapi terdapat juga beberapa masakan melayu tradisional disediakan buat pelanggannya. 



Waktu operasinya yang bermula daripada 11 pagi ke 7 malam (Selasa hingga Ahad) selalu saja mendapat kunjungan oleh ramai pelanggan. Lebih menarik, kaum lain juga datang ke sini untuk menikmati makanan-makanan yang Ana Patin House sediakan. Ini tanda yang cukup positif. 

Tidak dapat dinafikan juga makanan-makanan mereka memang terbaik dari segi rasa dan kesegaran makanan tersebut terutamanya ikan patin. Memang nampak fresh.


Gambar dibawah adalah harga-harga ikan liar sungai Pahang (mengikut harga semasa)




Bercakap berkenaan dengan ramai tak ramai, kalau dah makanan memang sedap, confirm akan ramai yang datang lagi-lagi masa pick hour. Pandai-pandai pilih masa la. Kalau malas nak datang awal, korang boleh reserve tempat and order terus apa yang korang nak dengan hanya membuat panggilan ke restoran ini. 



Kali ni agak lambat sikit lunch. Dengan yakinnya datang ke restoran ini dengan harapan ada lagi la lauk yang tinggal buat kami. Jam menunjukkan pukul 2 petang dan biasanya waktu begini lauk dah habis. Surprisingly, lauk mereka masih banyak!


Part ini juga menjadi kegemaran kami. Bahagian sambal sampingan. Jangan lupa untuk cuba Sambal Hitam Pahang, Sambal Tempoyak dan banyak lagi. Tapi ini juga ikut nasib. Most of the times, sambal yang sedap memang selalu habis cepat. 



Apa pilihan kami?


Simple tapi memang cukup. Semuanya rasa memang sedap (udang masak sambal & ikan goreng)



Sayur dan ayam goreng (tak makan ikan sangat so agak rugi - tapi lauk lain pun sedap)



Inilah yang dikatakan sebentar tadi. Sambal Hitam Pahang terbaik dari Ana Patin House.



Sambal Tempoyak menarik kau memang da boom!



Air teh bunga sedap dinikmati sebelum/selepas makan



Terdapat beberapa kuih-muih/biskut yang dijual dekat kaunter restoran ni. Semuanya menarik dan homemade. Tentulah rasa pun sedap!


The other best part about Ana Patin House ni diorang ada Puding Diraja yang begitu terkenal dalam kalangan orang Pahang dan negeri lain. First time beli tu agak terkejut sebab harga RM20. Bila dah rasa puding ni, baru tahu kenapa harga macam tu. Sedap sampai nak order lagi.


Puding Diraja ni jarang ada dekat restoran dorang. Ikut nasiblah juga. Kalau ada, terus grab. Nak tahu  puding tu available atau tidak? Tengok saja freezer diorang dekat kaunter tu. Sana lah tempat diorang letak puding ni.




Disebabkan agak kenyang makan masa dekat restoran tadi, we decided untuk take away puding ni. Lagi nikmat kalau makan masa perut tak berapa nak kenyang. Ummmmph. Nak tahu serba sedikit pasal Puding Diraja ni? Klik Sini



Antara lauk yang dihidangkan oleh Ana Patin House
 (boleh tengok lauk lain dekat official IG diorang)


DETAILS ABOUT ANA PATIN HOUSE

ADDRESS
No. 50-1, Jalan PJU 7/16, Mutiara Damansara, 47800 Petaling Jaya

OPERATION HOURSE
Tuesday - Sunday 
11.00 am - 7.00 pm

CONTACT NUMBER
03 - 7733 7377

FACEBOOK PAGE

INSTAGRAM ACCOUNT

Kena selalu check Instagram diorang untuk promotion yang mereka offer especially untuk ikan patin



BERITA BAIK BUAT ANDA SEMUA!
Kalau datang sini, snap selfie atau gambar bersama and post kat Instagram dengan #AnaPatinHouse. By posting your moments on Instagram, you can automatically enjoy a 10% discount on your bill. But before that, kena la tunjuk bukti dekat staff untuk redeem offer. Apa lagi? Datang jangan tak datang!


Waktu lunch tak lama lagi. Jangan lupa datang sini ya! 


Regards,
Pojie