TRAVELOGUE: LADANG EPAL, MALANG, INDONESIA

Thursday, December 25, 2014 Pojiegraphy Journal 11 Comments




Kalau entri sebelum ni pasal history dan juga seni bangunan, kali ni kita pergi tempat yang tidaklah begitu panas dan lebih kepada konsep santai. Tempat ni lebih dikenali sebagai "Paris of East Java". Nak tahu apa? It is Malang, Indonesia. 

Malang ni merupakan bandar kedua terbesar di Timur Jawa yang dahulunya pernah menjadi tempat tinggal yang cukup popular bagi orang Eropah. Bandar ni cukup terkenal dengan cuaca yang agak sejuk (macam Kundasang agaknya).

Ada terdapat banyak tempat menarik yang boleh kita pergi bila sampai di Malang. Antaranya ialah Pulau Sempu - tarikan utama bagi Malang, boleh sewa boat dengan caj bermula dari Rp 100,000. Selain itu, Jago Temple, The Back Door to Bromo - Long drive from Malang to Bromo (Nanti entri pasal Bromo akan muncul) dan banyak lagi la.

Orang yang datang Malang ni sudah tentu tidak ketinggalan untuk visit Ladang Epal atau lebih dikenali oleh orang Indonesia sebagai Wisata Petik Epal. Tempat ni best bagi mereka yang suka epal dan of course suka untuk santai-santai. 



Of course kena beli tiket before masuk Wisata Epal tu. In our case, kitaorang lupa nak tanya driver berapa harga tiket sebab dah excited nak makan epal. Tak boleh tahan alasan excited nak makan epal. Hahaha.


Hola! Dah sampai pun. Tempat ni memang khusus untuk epal saja la. Kalau ada yang nak buat research pasal penanaman epal or apa kaedah yang mereka gunakan, boleh la datang sini and tengok sendiri. Tapi kalau nak lebih detailed information, kenalah jumpa dengan management board sebab yang jaga ladang ni mostly staff biasa where diorang tak boleh disclose sangat certain information. Thats it! Our main intention now is to enjoy eating their apples. 



Yang bestnya, korang boleh makan epal sebanyak yang boleh. Kalau nak bawa balik, ada caj tambahan yang bakal diberikan kat korang. So, sila make sure perut kosong sekosongnya before datang sini but i bet you guys tak akan makan banyak sangat pun. Hehehe.



Tanaman pokok epal 



Boleh jalan keliling ladang epal ni dan pick mana-mana epal yang korang nak



Epal kat sini lain sikit rupa dia but rasa memang sedap



Jenayah selfie dengan epal



Awesome landscape



Don't worry. This apple is safe to be eaten. Selamat dari pencerobohan witch yang nak racunkan epal. 



Simply delicious and crunchy



This drink is complimentary for visitors. Memang sedap. Dihasilkan daripada buah-buah epal yang terdapat di ladang ni. Enak lagi segar!


Malangnya, hanya beberapa biji epal saja yang diri ini mampu untuk makan. Tulah.. pelahap sangat makan masa dalam perjalanan ke ladang epal. Kan dah kenyang. Tapi tak apa. Asalkan dapat la merasa epal yang dipetik dari pokok. Selalu kita makan epal yang sudah dibungkus tapi kalini kita sendiri yang petik epal dan makan. 



Dah puas makan epal. Now, its time to go back. Masa dalam perjalanan dari Malang ke Surabaya yang mengambil masa kira-kira 2 jam tu, sempat la juga tanya driver kalau dia boleh bawakan kitaorang ke mana-mana restoran bakso yang enak. 

Agak paranoid bila masuk bab nak makan bakso ni (teringat lagi pengalaman makan bakso di Tana Toraja). Akhirnya dapat juga jumpa restoran bakso yang bersih dan sedap!


Bakso-bakso disini murah betul and yang penting sedap dan HALAL



Boleh tahan ramai especially bila masuk lunch time. 


Tempat makan yang begitu santai dan selesa walaupun dengan ruang yang agak kecil



Tak ada banyak pilihan sangat but yang sedia ada ni pun sudah cukup sedap



Tadaaaaaa. Enough with writing. Its time to eat. Nak menikmati bakso dan teh botoh dulu. Tiba-tiba rasa tengah makan dekat Sabah. Pedas dan rasanya exactly macam bakso yang terdapat di Sabah. (I know bakso ni datang dari Indonesia). Just nak cakap tiba-tiba teringat kampung halaman. Haha





Regards,
Pojie

11 comments:

  1. Sedapnya apple! Rasa mengidam pulak bila baca entry ni, makan sambil study pun cam best jugak ni ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makan apple boleh membantu otak kita untuk jadi aktif. Hehehe :)

      Delete
  2. Salam Singgah....

    ehhh bestnya pokok epal boleh tumbuh kat sana... tetiba rasa teringin nak tanam epal kat depan rumah tu...

    jemput ke blog saya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nice blog. Dah masuk dalam list 'must read' hehe.
      Kalau dapat tanam pokok epal depan rumah, confirm senang hati! haha

      Delete
    2. on the way nak ke ladang epal, memang kebanyakan rumah tanam epal kat laman... berbulu jer tgk... hahaha...

      Delete
  3. Bestnya berjalan sambil tengok and makan fresh epal....

    ReplyDelete
  4. Bakso Malang memang enak...salam kenal Bang Shahrir

    ReplyDelete
  5. Masa trip ke Jakarta hari tu tak sempat nak test teh botol ni. Memang sedap bin ajaib eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nothing much. Sekadar mencuba sebab tengok hype dia ni agak wow juga kan. Tu yang teringin nak try. Rasa macam biasa je Radin oi.

      Delete