5 AYAT KURANG SEDAP DIDENGAR OLEH JURUGAMBAR

Wednesday, December 24, 2014 Pojiegraphy Journal 2 Comments




Bidang perniagaan fotografi merupakan antara bidang yang mempunyai kadar persaingan yang cukup tinggi kerana bidang ini boleh diceburi oleh orang ramai yang datang dari berlainan latar belakang. Memang tidak dapat dinafikan bahawa susah untuk seseorang itu mendapat 'tempat' di dalam bidang ini tapi tidak mustahil juga seseorang itu untuk berjaya dalam bidang ini.

Sebelum menceburi bidang fotografi di peringkat Diploma, pandangan saya terhadap fotografi ini hanyalah aktiviti yang dilakukan apabila kita mempunya masa lapang dan ianya hanyalah sekadar tekan butang shutter pada kamera. Pandangan saya terhadap bidang ini berubah setelah tamat pengajian dalam bidang ini. Saya melihat bidang ini lebih kepada penghasilan idea yang kreatif dan sumber yang boleh membantu kita memperoleh pendapatan. Secara kesimpulannya, bidang ini bukan saja boleh digunakan sebagai hobi tetapi ia juga boleh jadi sumber pendapatan bagi setiap individu yang bergiat aktif dalam seni fotografi.

Okay, panjang pula mukadimah kan. Cukuplah serba sedikit berkenaan dengan pendapat tentang bidang fotografi. Move on to the actual topic for this entry, there are several things that the photographers wish their customers wouldn't say these to them. Nak tahu apa? Jom!



Biasalah. Adat dalam perniagaan ni pastinya ada unsur membuat perbandingan antara pihak A dan pihak B atau lebih. Customer mesti nak yang terbaik untuk mereka. They don't want to waste their money for something without quality. Tapi, percayalah. Ramai photographer di luar sana kurang senang hati bila pakej mereka dibandingkan dengan pakej yang lain. Memang akan ada unsur perbandingan tapi ada baiknya jika tidak diucapkan kepada para photographer bila tengah deal dengan diorang. Mungkin agak sensitif bagi mereka. 



Lumrah dalam bidang perniagaan fotografi. Zaman yang semakin maju ni, semua individu boleh guna DSLR dah. Lagi-lagi bila ada auto option. Confirmlah semua orang boleh ambil gambar. Tidak kisah la orang tu datang dari latar belakang apa pun, semua boleh pegang kamera dan ambil gambar. Tapi, tahukah anda apa yang membezakan ialah sudut kreatif, pengetahuan asas tentang fotografi, pengetahuan tentang apa yang patut dan tak patut dibuat serta banyak lagi. 



Hmmmm. Dah kira murah tapi nak minta murah lagi? Ada juga individu yang tidak faham bahawa bidang ini merupakan bidang yang satunya menjadi sumber pencarian seseorang tu. Kalau asyik nak minta murah, macam manalah para jurugambar nak makan kan? Lagi-lagi bila dia dah ada keluarga sendiri. Hal ini terjadi sebab ramai yang menganggap bahawa menjadi jurugambar ni bukanlah kerja yang mencabar dan susah.



Ungkapan ini cukup 'pedas' bagi para jurugambar. Ramai yang suka cakap macam ni sebab yang diorang tahu cumalah ambil gambar, ambil gambar dan ambil gambar. Ungkapan ini juga menjadi alasan kuat bagi mereka yang ingin pakej yang lebih murah. At first place, kalau seseorang tu rasa kerja ni setakat ambil gambar je, kenapa dia nak cari/hire jurugambar? sedangkan mereka sendiri pun boleh buat kalau setakat 'ambil gambar je kot!'.



Sumber pendapatan oi. Janganlah buat orang lain rasa downgraded. Tak kisahlah apa juga jenis/harga kamera yang mereka pakai asalkan skill ambil gambar bagus. Masih ingat lagi ungkapan pensyarah masa zaman diploma (Masa tu guna CANON 1000D) "Awak tak perlu fikir atau terkejar-kejar untuk guna kamera mahal. Apa yang penting, knowledge and skill korang terhadap bidang ni. Cuba cari identiti sendiri untuk lebih menonjol,". So janganlah sesekali memandang rendah seseorang itu dengan hanya melihat jenis kamera atau equipment yang mereka pakai. 




Entri ini hanyalah bertujuan perkongsian pendapat sahaja. Mohon janganlah ada pihak yang terasa pula. Hihi. Jumpa lagi di entri seterusnya :)



Regards,
Pojie

2 comments:

  1. Saya masih ada 1000D dekat rumah, tapi dah lama tak guna. Hantar ke Canon, dia nak berapa beratus entah untuk servis kulat. Saya ambil option untuk tukar ke EOS M. Ringan , gambar cantik. Tapi tak boleh lah nak lawan dengan speed DLSR kan.. -_-"

    ReplyDelete
  2. Oh. 1000D! model yang banyak berjasa tu weh. Hmmmm. Tu la, kalau boleh nak yang ringan and senang nak bawa la kan. Ada satu model dslr yang ringan 100d tak silap. Best juga.

    ReplyDelete