Hidup berubah, begitu juga dengan minat.

Friday, March 21, 2014 Pojiegraphy Journal 0 Comments



Tajuk diatas, bila dibaca sekali imbas, mungkin membawa maksud yang jelas. Hidup berubah mengikut masa dan persekitaran dan begitu juga minat seseorang terhadap sesuatu ibarat rasa terhadap sesebuah lagu mungkin ada saat kita meminati lagu tersebut dan ada juga masanya kita rasa bosan bila mendengarnya.

Menulis ataupun berblogging (ayat yang sungguh lazim dalam kalangan remaja mahupun blogger), pernah menjadi perkara yang begitu terkenal pada suatu ketika dahulu. Newsfeed dalam hampir semua jenis social network dipenuhi dengan update tentang entri baru yang dihasilkan dalam blog. Itu sudah bagaikan trend dan itu jugalah yang dinanti-nantikan oleh seseorang itu daripada blog yang mereka gemari. 

Tapi... sejak kemajuan teknologi semakin meningkat dan semakin melangkah jauh kedepan sehinggakan kita (manusia) ni rasa bagi tercungap-cungap mengejar arus teknologi kini yang kian mengalir dengan begitu deras sekali. Sebut saja apa juga jenis social network yang anda tahu, pasti semua juga tahu. Contohnya, Whatsapp, Instagram, Twitter, WeChat, Line dan sebagainya sampai tak terlintas dalam kepala dek lambakkan social network dalam hidup kita masa kini.

Even blogger juga memang sudah ada pesaing kuatnya iaitu Dayre iaitu salah satu social network yang boleh dimuat turun dalam telefon pintar anda dan memudahkan anda untuk berblogging hanya melalui telefon pintar anda. Disitu kita lihat, kita sudah dapat jimatkan masa dan tenaga dimana selalunya kita akan ambil masa untuk memindahkan gambar-gambar dari camera ataupun telefon bimbit, memilih gambar yang sesuai dan akhir sekali menaip. Itu juga sudah memerlukan masa yang agak panjang dan inilah juga mengapa Dayre semakin diminati ramai. Bukan itu saja, banyak lagi sebenarnya.

Kini juga ramai orang menggunakan blog sebagai platform mereka membuat duit dengan berkongsi cerita-cerita panas, spekulasi yang tidak tentu yang dianggap begitu sensational berdasarkan sesuatu isu hangat yang berlaku dan contoh yang terdekat ialah misteri kehilangan kapal terbang MAS iaitu MH370. Itu adalah salah satu bad things about blog. Anyway, let us keep on praying for MH370. #MH370

But for me, Blogger is still the best place to write and express what ever the things that you had in your mind. Besides that, i am able to keep those stories in this digital www. Who knows one fine day nanti for sure we'll laugh out loud bila tengok balik our old entries (which i already did). I don't share craps as i believe someone will truly appreciate our writing if we truly write it with our sincere heart. Sharing our happiness is the best thing we could do in our life. Let us just share our happiness and make the world full with tears of joy. Therefore, PLEASE DO KEEP ON BLOGGING. 





Regards,
Pojie


0 comments: