Different being Stupid and being Intelligent.

Tuesday, February 11, 2014 Pojiegraphy Journal 0 Comments


Hi semua. Selepas puas menghabiskan masa membaca pelbagai jenis status dalam pelbagai jenis media sosial, aku dapat pelbagai jenis gambaran terhadap masyarakat pada masa kini. I found this quite useful as i am able to observe and get to know what basically the people out there having in their mind. 


Cuba teliti gambar yang aku jumpa dalam laman web yang aku kunjungi. Tak perlu tulis ayat seperti menulis sebuah novel kerana anda semua pasti boleh menilai apa yang gambar diatas cuba sampaikan kepada kita. 

Tetiba terfikir, apa yang sebenarnya membezakan (melalui luaran) tahap kebijaksanaannya dan mereka yang mempunyai tahap pemikiran yang rendah (kurang pandai). Kebijaksanaan ini bukan hanya diukur melalui kebolehan seseorang individu itu mencapai markah atau gred yang terbaik dalam peperiksaan. Sebenarnya kebijaksaan seseorang ini adalah diukur dalam pelbagai aspek sebagai contoh dari segi dia react towards benda yang terjadi dekat dia, how he/she manage their life and how they act towards the society.

Generasi muda ni mudah terpengaruh dan itu sudah terbukti. Mereka jenis yang mudah mengekspresikan perkara yang mereka rasa (sama ada perihal peribadi mahupun sebaliknya) kepada orang ramai - melalui laman sosial. Itu sudah menjadi kebiasaan dan juga trend bagi kita. Mereka lebih selesa menulis apa yang mereka rasa dekat laman sosial dan kebiasaannya disertai dengan perkataan-perkataan yang tidaklah sepatutnya ditulis. Mereka maki, mereka complain, mereka berkata-kata ibarat merekalah yang berkuasa terhadap dunia ini. Tapi adakah in real life, mereka boleh berterus terang seperti apa yang mereka tulis dalam laman sosial? More than half are just can't do it.

Ramai yang lebih berminat untuk berkawan dengan individu yang tidak pernah putus daripada terus bercakap kerana bagi mereka, orang seperti ini adalah mereka yang happening dan havoc sekali gus ia membuatkan persepsi yang kurang baik terhadap mereka yang kurang bercakap (mereka dianggap sebagai seorang yang membosankan dan pasif). Tapi tahukah anda? Kebanyakkannya orang yang pendiam ini lebih 'berisi' daripada mereka yang banyak bercakap. 'Berisi' itu merujuk kepada jumlah input baik yang mereka miliki. Sometimes, orang yang kurang bercakap ini just have this kind of thought "There's no point for me to speak because everything are just useless". Therefore, they know when they have to speak and when they are not necessarily to speak. 



"Don't talk too much and at the end, your words are just pointless. Do less talk and when you speak, you speak a word with thousand useful points"




Regards,
Pojie


0 comments: