5 motivasi efektif untuk melakukan senaman larian.

Saturday, February 08, 2014 Pojiegraphy Journal 0 Comments


Hi Assalamualaikum semua. Pagi dihari minggu yang indah ini memang bertambah indahnya kalau kita dapat merebahkan diri kita diatas katil yang empuk ditemani dengan cuaca yang begitu menyenangkan dan sekali gus membuat kita rasa kuat untuk menarik selimut dan tidur. Wake up! Jangan sia-siakan hari minggu anda dengan tidur sahaja kerana itu adalah satu kerugian yang sangat besar buat diri anda. Ya, tahu memang semua kita mengalami rasa penat yang tidak terkata sepanjang hari isnin hinggalah hari jumaat dan apa salahnya kalau hari minggu itu digunakan untuk melakukan senaman sedikit.

Cuba untuk menggunakan at least 2 atau 3 jam untuk bersenam dan adalah lebih baik jika bersenam pada waktu pagi. Penat dan ingin berehat? Itu bukanlah alasan yang valid kerana bukannya kita perlu bersenam sepanjang hari dan pasti ada masanya untuk kita berehat pada waktu tengahari. 



Senaman minor yang boleh kita lakukan ialah melakukan regangan otot dan tulang seluruh anggota badan kita dan mungkin juga kita boleh berjogging. 

Banyak halangan? 
Ini ada 5 motivasi untuk anda yang boleh kick your ass up untuk membuat senaman larian.

1. Cari kawan untuk lari bersama.
Selalunya perkara yang boleh membuatkan kita bersemangat lebih ialah apabila kita berpeluang untuk berjumpa dengan kawan kita. Dalam aspek ini, apabila kita membuat keputusan untuk bersenam dengan rakan kita, kita akan ada rasa excited untuk berjumpa dengan mereka (Bergossip, update pasal info terkini, sembang kosong) indirectly memberi semangat kepada kita untuk terus bersenam bila adanya kawan yang turut serta. Secara amnya, rakan-rakan boleh menjadi pelatih peribadi untuk anda.

2. Pelbagaikan lokasi larian anda.
Kebanyakkan kita ni mudah rasa bosan dengan lokasi kita melakukan senaman larian. Hari-hari melihat benda yang sama. Tidakkah anda berasa bosan dengan pemandangan yang sama setiap kali kita bersenam? Ini juga boleh mengundang diri kita untuk malas bersenam. Kalau anda jenis malas keluar, lari atas treadmill pun boleh. Jika anda jenis suka outdoor, pilih tempat berlainan setiap kali anda buat senaman larian. Sebagai contoh, hari ini anda berlari dekat tepi tasik Shah Alam dan esoknya anda berlari atas trek dekat stadium Shah Alam. You need to pleasure your eyes with good views too.

3. Pastikan musik bersama dengan anda.
Yang ini sudah pasti semua tahu. Berlari tanpa dengar musik adalah ibarat kita makan nasi tanpa lauk. Sila update library musik anda dengan lagu-lagu yang rancak dan boleh menghiburkan anda agar anda tidaklah rasa bosan ketika berlari.

4. Tingkatkan kesihatan mental.
Walaupun berjalan secara fizikal boleh membuat anda letih, ia mempunyai keupayaan untuk meningkatkan kesihatan mental anda. Berjalan membantu meningkatkan tidur, melepaskan tekanan, mengurangkan kemurungan dan menenangkan fikiran anda. Ia membuat kita lupa tentang kehidupan atau tekanan harian, dan ia membantu melawan kemurungan. Satu kesihatan mental bertambah baik boleh menjadi motivasi yang kuat untuk terus bersenam.

5. Masa untuk diri anda sendiri.
Tahukah anda bahawa bersenam adalah aktiviti dimana anda tidak diganggu dengan perkara lain. Senang cerita, bersenam adalah aktiviti untuk anda dan diri anda sendiri. Inilah waktu untuk anda belajar dan tahu untuk mencapai matlamat dalam hidup (dalam konteks ini, kita ingin mencapai tahap kesihatan yang ideal). Inilah waktu untuk anda fikirkan tentang diri anda sendiri.


I know that i can't spend the whole of my time to workout because i'm just a human being that filled with plenty of things to do just like other people do. As far as i concern, i will try harder to find a time for me to think about my self (to exercise). Stop making excuses because all of us just have the chance to live in a better life. Start from now! Good luck everyone.



p/s: Saya bersenam kerana nak makan sedap-sedap dan itulah motivasi saya untuk terus bersenam. Usia muda kita tidaklah begitu panjang, jangan sia-siakan ia dengan menolak semua makanan-makanan sedap yang ada didepan mata!



Regards,
Pojie.

0 comments: