RAT ALERT!

Saturday, June 01, 2013 Pojiegraphy Journal 0 Comments



Tragedi dan isu ini bukan lagi isu yang baharu buat kita semua terutamanya dalam kalangan rakyat Malaysia ini. Tujuan saya tulis entri ini adalah antaranya juga untuk mengingatkan diri saya agar sentiasa berjaga-jaga apabila melakukan aktiviti luar sebagai contoh makan, minum, dan sebagainya kerana daripada dahulu lagi dan juga kini kita tidak lagi berada dalam keadaan yang bersih dan selamat. Tragedi atau isu yang saya maksudkan adalah tentang penyakit merbahaya iaitu LEPTOSPIROSIS atau lebih dikenali sebagai "Kencing Tikus".

Sebelum saya menulis dengan lebih lanjut lagi, saya ingin iringi ucapan takziah kepada keluarga Megat (Seorang daripada pelajar Seni Lukis dan Seni Reka UiTM Alor Gajah) atas pemergian arwah baru baru ini disebabkan oleh penyakit berbahaya yang baru sahaja saya tulis diatas tadi. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut lagi tentang berita ini, anda boleh KLIK DISINI.

Bagi mereka yang belum lagi mengenali penyakit LEPTOSPIROSIS ini, ia merupakan penyakit  yang datang daripada tikus - boleh membawa kepada maut dan jika kita terlambat untuk merawatnya, ia boleh meragut nyawa kita dengan masa yang begitu pantas ataupun secara perlahan-lahan. Peratus untuk sembuh semula setelah mendapat penyakit ini adalah kurang. Oleh itu, silalah berhati-hati.


Orang ramai boleh dijangkiti melalui;
1. Perhubungan melalui kulit - air, makanan ataupun bungkusan yang telah terkena kencing tikus.
2. Menelan - Makanan atau minuman yang masuk kedalam badan kita. 
3. Luka terbuka terdedah kepada air yang telah dijangkiti oleh kencing tikus.

Simptom-simptom;
1. Pening kepala.
2. Demam.
3. Otot terasa lemah.
4. Muntah-muntah.
5. Mata dan leher kemerah-merahan.
6. Skin rash.
7. Kerosakan pelbagai organ ( bila penyakit terlalu serius)

Selain daripada ubat-ubatan dan juga penjagaan khusus yang disediakan oleh mana-mana hospital/klinik untuk merawat mereka yang dijangkiti, kita juga boleh membantu diri kita daripada dijangkiti penyakit merbahaya ini. 



(Gambar hiasan)

Berhati-hati dalam memilih gerai makanan jika anda rasa seperti malas untuk masak. Adalah sebaiknya jika anda masak sendiri dirumah. Kebersihan sudah tentu terjaga. Periksa kebersihan restoran ataupun gerai yang anda ingin menjamu selera.


(Gambar hiasan)

I know this is interesting, but i just realized that kita juga kena berhati-hati apabila ingin mandi kolam renang. Perhatikan keadaan air, perhatikan kawasan sekeliling. Pastikan semuanya dalam keadaan yang baik tanpa ada sesuatu yang diragui. Ingatlah, penyakit ini bukan hanya boleh menyerang melalui dalam kita, tapi juga melalui luaran seperti kulit kita. Jika mereka yang menghadapi luka pada mana-mana anggota, adalah disarankan untuk tidak mandi di kolam renang.



(Gambar hiasan)

Yang paling penting, bagi remaja atau sesiapa saja pun sila basuh dulu tin minuman yang baru saja anda beli. Tidak kira dimana pun anda beli, anda disarankan agar membasuh dahulu tin tersebut dikhuatiri tin tersebut telah dicemari oleh kencing tikus. Kalau boleh, elakkan diri daripada minum air tin ini dengan ais kosong. Jika anda minum minuman tin ini dengan straw, jangan lupa untuk membasuh straw tersebut terlebih dahulu.


Kita tidak ingin perkara yang buruk seperti kematian yang datangnya daripada faktor seperti ini berlaku lagi, kita tunjuk rasa prihatin kita untuk berkongsi tentang perkara ini agar semua orang lebih peka dan sentiasa ingat untuk menjaga kebersihan dan berhati-hati terhadap keadaan sekeliling mereka. Kebersihan dijaga, kesihatan sentiasa selamat.


0 comments: