Masihkah orang aktif berblogging?

Monday, June 03, 2013 Pojiegraphy Journal 7 Comments



Greetings to all the bloggers out there. Alhamdulillah, been doing very good these recent days. Alhamdulillah juga semuanya sudah selesai dan kini bulan jun sudah tiba. Alhamdulillah. Dalam tidak kita sedari, kita kini sudah hampir ke penghujung tahun. Hanya tinggal beberapa bulan lagi sebelum melangkah ke tahun baru. This is a sad truth right? But, kita kenalah terima. Nothing will stay with us, only memories are the things that will stay with us forever. Okay, enough for the introduction.


Look. Adakah perkara ini aku seorang saja yang rasa ataupun yang lain diluar sana juga merasai perkara yang sama macam aku rasa. 

Dalam pada jari ini sibuk menaip untuk blog, aku terfikir juga "Adakah orang yang akan baca setiap entri yang aku tulis ini? Adakah orang yang masih lagi menaip untuk blog?"

Masa dahulu, aku cukup aktif menjenguk laman sosial Facebook. Begitu juga blogging, aku begitu aktif. Hampir setiap minggu menulis untuk entri baru. Tapi, umur telah semakin meningkat, tanggungjawab semakin bertambah dan rasa excited itu semakin berkurang. Terus terang, aku sendiri pun tidak tahu apa faktornya. Mungkin juga disebabkan keadaan sekeliling atau mungkin mind set mengatakan bahawa "TIADA LAGI YANG MENULIS DALAM BLOG INI"

Tapi, itu semua tidak membuatkan aku terus berhenti untuk menulis cerita dalam blog ini. Aku cuba untuk curi masa dan peluang untuk menulis dalam blog ini tidak kira apa pun cerita yang aku kongsi. Bagi aku, selain daripada laptop, pendrive, hardisk dan sebagainya untuk menyimpan segala jenis data especially gambar-gambar yang dipenuhi dengan pelbagai kenangan itu adalah lebih selamat untuk menyimpan sesetengah gambar yang penting dan bermakna itu dalam blog. Ada kemungkinan besar laptop diserang virus, pendrive hilang, data dalam hardisk tiba-tiba hilang. HAAAAA! Semua itu boleh berlaku bukan? Tujuan menulis blog ini selain daripada menceritakan segala perkara kepada pembaca ialah untuk menyimpan kenangan-kenangan tersebut dalam simpanan digital (Blog). Nanti, tak perlu nak susah payah cari pendrive or else untuk tengok balik kenangan-kenangan itu. Just sambung kepada internet dan buka blog anda sendiri. Semudah itu. Saya berpendapat seperti ini adalah kerana saya selalu baca old posts yang pernah saya tulis pada masa lepas. Memang kelakar, memang sedih, memang rindu.... Haaa! Itulah dinamakan kenangan. Saya tahu text kali ini agak begitu panjang dan saya tahu ramai yang malas untuk membaca bila ia melibatkan kepada text yang sungguh panjang sehingga naik jemuh orang membacanya tapi saya menulis ini juga untuk diri saya sendiri. Mana tahu, dua atau tiga tahun akan datang... Saya boleh lagi membaca semua posts saya ini. Jika tiada halangan yang berlaku, InsyaAllah.


Haaaaa. Cuba tengok ini. 



Aku gigihkan diri untuk mencari kembali entri pertama yang aku buat selepas membuka akaun blogger ini. Haaaaa. 2 hari selepas hari lahir aku (saja nak ingatkan hari jadi) dan juga ini adalah 6 tahun lepas ya. Ingat, 6 TAHUN LEPAS! Tengoklah cara penulisan dalam gambar diatas tu. Seteruknya grammar for English Language aku pada masa kini, teruk yang amat lagi pada masa dulu dan tengoklah gambar tu. Itulah aku pada masa dulu, alaaaa macam orang lain kata "Zaman baru nak up!". Semua orang mengalami zaman itu, cuma cara sahaja yang berbeza. Haaa, tengok juga url yang sempat diselitkan dalam entri ini iaitu url MySpace. MySpace? Oh, laman sosial ini sudah lama pupus dalam kalangan generasi kini dengan kehadiran Facebook, Twitter, Instagram dan sebagainya. Betapa lamanya la zaman itu sampai  boleh tergelak dalam hati pada saat aku menulis entri ini.




Terima kasih kerana membaca sehingga ke text yang terakhir.

7 comments:

  1. Hurm betul..dunia blog dah semakin sunyi. Blogger yang aktif dulupun dah tak berapa nak aktif skrg. Yelah kebanyakannya dah berkerjaya. Takpe, selagi ada ruang dan waktu kita cuba buat entri baru. Hoyeah! semangat! :D

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum awak. hahaha. saya faham maksud awak.bagi saya blog ni memang tempat menyimpan kenangan manis dan pahit.hehehe anyway, i like to read your blog.. since i drop here masa cari entri pasal skytrex tu. hihi salam perkenalan :)

    ReplyDelete
  3. rinduuu time dulu2 hebohh sana sini pasal blog update mcm2 huhuhu skrg semua sudah busy agaknyee tak sempat nk update

    ReplyDelete
  4. Aku pon macam dah malas2 nak berblog, lagi2 sejak bekerje ni .. nk g event mane2 pon dah payah, busy jer memanjang tp blog aku nih xakan tutup mcm tu jer, just habuk2 sb lame xupdate entry baru .. hehe

    ReplyDelete
  5. That right, same with me, setiap org ada komitment nya srndiri, masa mencemburui kita, x sama cam sblm ni, kita rasa masa tuk blogging tu banyak, tp skrg nk dok dpn pc lama pn da x blh

    ReplyDelete
  6. hai. i Hanis. jangan risau ni bukan spam. ataupun span. haha.

    i wanna talk business with you. fuuuhh nampak macam serius kan? give me your email, i can explain further. thanks! :)

    p/s: did i say i was your senior in school? bahahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hey! This is my email sha4zy_92sf@yahoo.com

      Delete