Makan.

Tuesday, June 11, 2013 Pojiegraphy Journal 2 Comments




    

Nyummmmmmm

Mentang-mentang perut tengah lapar siap diiringi dengan pelbagai irama lagi, saya mulalah dapat idea sedikit untuk menulis tentang makanan. Makanan, dan makan dan perut dan kenyang. Wow! Asal makanan saja, terus imaginasi bercabang lima iaitu makan, perut, kenyang, demok, workout. Siapalah yang berada diatas muka bumi ini yang tidak suka makan kan? Ehem. Kecuali mereka yang tengah berusaha untuk diet dan gigih untuk mendapatkan berat dan bentuk badan yang ideal ala-ala seorang model. Saya pun suka makan, saya makan apa saja yang saya mahu. Dulu, masa zaman belajar habis kelas saja makan, bangun dari tidur saja makan, petang makan, malam makan tengah malam makan. Wow! Menangis ahli-ahli gym ataupun mereka yang begitu teliti tentang makanan apabila membaca statement yang baru 
saja saya berikan. 

Keadaan fizikal (Kurus/Gemuk) itu adalah daripada faktor aktiviti harian kita dan juga yang penting adalah disebabkan daripada apa yang kita makan. Kita makan yang sihat, sihat la kita. Kita makan yang tidak sihat, hmmmmm "telebih sihat" la kita. Tapi tidak dapat dinafikan bahawa makanan yang tidak sihat itulah yang kita gemar makan kerana ia rasa seperti endlessly happy forever. Tapi itu apa yang kita rasalah, tapi hakikatnya ianya adalah suatu yang menyakitkan. Lagi satu, kita lebih banyak melakukan aktiviti yang tidak memberikan apa apa kesan terhadap badan kita sebagai contoh; Tidur. Ya, tidur itu sungguh nikmat. Tapi, tahukah anda selenanya kita tidur, kadar metabolisma kita tidak berjalan ataupun lemah dan akhir sekali, lemak-lemak dalam badan kita rasa bahagia sebab tiada siapa yang menggangu mereka. Siapa yang merana? Kita sendiri.

Saya mahu bercerita serba sedikit tentang tebiat saya dalam mengambil makanan pada masa dulu (Sebelum saya sedar saya sudah gemuk) LOL

SITUASI:
Dulu, saya tidak kisah ataupun ambil tahu tentang nutrisi setiap makanan. Bahaya atau baik untuk dimakan saya tidak hiraukan, yang saya tahu hanyalah perut kenyang dan makanan sedap. Hampir setiap hari. Kebetulan masa itu, fizikal saya tidaklah begitu besar dan saya kurus seperti biasa. Saya pernah berkata kepada orang lain "Haaaa! Aku makan apa pun, aku tetap kurus. Tak gemuk-gemuk pun". Ingatkan kenyataan itu betul, rupanya salah. Jangan ingat kesan apa yang kita makan itu akan datang dalam masa terdekat. Ianya mengambil masa  yang agak lama untuk melihat perubahan fizikal kita menjadi gemuk dan ianya juga begitu lama untuk kita kembali ke keadaan fizikal yang sedia kala. So, please take note ya! 


You don't do this;

1. Kerap minum air semasa makan. Yelah, tahu makanan tersangkut dan dada terasa sakit. Siapa suruh makan gelojoh. Take it easy, makanan tak akan lari pun kecuali ada tikus. Kekerapan anda melakukan ini boleh menyebabkan buncit. Tahu buncit itu seksi, tapi tidak seksi dimata sendiri ya.

2. Nasi lebih daripada lauk. Oh tidak, kalau boleh kurangkan memakan nasi. Jangan sampai nasi itu ibarat gunung besar dan jumlahnya mengalahkan 5 kali ganda daripada jumlah lauk yang anda ambil. Kalau boleh, elakkan Nasi Lemak. Memang nasi lemak itu sedap dan tiada tandingannya tapi ianya tidak sihat untuk dimakan selalu. 

3. Memakan buah selepas makan berat (Nasi dengan lauk). Kita semua tahu bahawa buah itu baik untuk kita. Ya, memang baik. Tapi ada masa tertentu kita tidak boleh makan buah. Elakkan daripada memakan buah selepas anda makan makanan yang berat. Ada lebih baiknya anda makan buah terlebih dahulu dan selepas itu barulah anda makan makanan yang berat.

4. Makanan daging daripada sumber yang berbeza pada waktu yang sama. Sumber yang berbeza itu maksudnya adalah haiwan laut dan haiwan darat. Senang cerita, seafood dengan daging ayam, lembu dan sebagainya kerana kedua-dua jenis makanan ini mempunyai ion yang tersendiri dan jika kedua-duanya dimakan sekali gus dalam satu masa, maka kita tidak dapat nutrisi daripada setiap yang kita telan.


Dalam usaha kita mengurangkan berat badan ataupun untuk kekalkan berat badan agar ianya tidak keterlaluan;


/Gambar hiasan sungguh poyo/

1. Lakukan senaman ataupun 'workout'. Tidak kira dimana juga tetapi adalah lebih baik kita lakukan "workout" ini dalam gimnasium. Since ianya dilengkapi dengan pelbagai alatan dan sekali gus memberi kita semangat untuk terus kekal aktif walaupun ianya cukup menyeksa diri. Jika kesibukkan anda menjadi masalah, tidak salah untuk anda melakukan aktiviti ini sekali dalam seminggu. Tapi, kena betul-betul jaga pemakanan la jika anda kurang aktif melakukan aktiviti di gimnasium.


2. Ini mungkin fakta yang betul-betul menyedihkan tapi ianya boleh pandang daripada sudut positif iaitu Biarkan Dompet Anda Kosong. Mungkin ini juga adalah petanda anda sudah semakin 'sengkek'. HAHA! Tapi, relaxlah. Be positive. Dengan terjadinya perkara ini, anda secara tidak langsung tidak berbelanja untuk makan terutamanya makanan yang tidak sihat. Kurangkan aktiviti melepak digerai makan dan order makanan-makanan yang tidak sihat. Ia juga boleh dipraktikan oleh semua orang. Sebagai contoh, meninggalkan duit selebihnya di rumah dan hanya membawa duit yang secukupnya sebagai belanja. Itupun hanya untuk belanja jika perlu. Dengan ini, tiadalah McDonalds, KFC, Cendol, Kenny Rogers, PizzaHut dan sebagainya. Bukan menyarankan orang semua untuk boikot makanan-makanan tersebut, tapi kalau boleh ..... KURANGKAN.




3. Berbelanjalah sikit duit anda itu untuk membeli makanan-makanan/minuman sihat seperti diatas. Susu rendah lemak yang kini boleh didapati semurah RM5 setiap kotak yang mempunyai kandungan sebanyak 1Liter dan tidak lupa juga makanan jenis cereal yang rendah lemak dan pelbagai nutrisi baik untuk badan, cari yang sihat dan sedap untuk dimakan kerana kebanyakkannya makanan seperti ini tidak sedap untuk dimakan. Terus terang. 




4. Hmmmmm. Amalkan konsep minimalism dalam aktiviti pemakanan anda lagi-lagi untuk makanan seperti diatas. Wow! Memang begitu sedap dan kalau sekali makan memang anda mahu makan lagi selebihnya. Bukannya tidak boleh, tapi makanlah dalam kadar yang sedikit sahaja kerana makanan seperti ini tahan lama dan ianya masih boleh disimpan dan bolehlah anda semua makan lagi untuk waktu yang lainnya. 


Oh! kepada yang sangat malas untuk melakukan aktiviti-aktiviti sukan/workout diluar kawasan rumah, ada juga terdapat beberapa apps yang boleh membantu anda. Ianya tutorial, video dan juga teori untuk anda melakukan senaman dan kekal aktif. Apps ini terdapat untuk semua smartphones. Pergi install dan semua ini akan memudahkan anda lagi.






Dan bestnya, semua diatas ini adalah PERCUMA. Apa lagi alasan anda? 
SELAMAT MENCUBA SEMUA!





Ewah, tahu nak suruh orang jangan makan itu dan ini... Tapi diri sendiri buat. Makan tak ingat dunia. Well, sebab itulah saya menulis tentang perkara ini kerana saya juga merasakan perkara yang sama seperti apa yang anda semua rasa. So, ayuh kita sama-sama melakukan tugas yang penting. LOL


/This is how i roll myself with those delicious foods/
I eat like there is no tomorrow





..... Nak makan. Lapar! 




2 comments:

  1. Assalamualaikum. kuat makan ek? hehe badan maintain je.

    ReplyDelete
  2. Sy makan banyak pun, macam tuh jugak....

    ReplyDelete