Things that people should know.

Sunday, May 05, 2013 Pojiegraphy Journal 4 Comments



"As we grow up older...."

1. Kita perlu tahu, bahawa jika kita tidak menjaga aktiviti pemakanan kita, that's it! Kita akan merana. Yeah, i feel it too. Ketika umur ini semakin meningkat, aku sedar bahawa pentingnya untuk kita hindari daripada mengambil makanan kurang sihat yang berlebihan dan memperbanyakkan pengambilan makanan yang sihat. 

Dulu, pernah berkata dalam hati seperti ini "Alaaaa, aku tak kisah pun nak makan apa.. Aku tetap kurus sebab berat badan aku ni tak pandai naik naik pun." and that was like 4 years ago. And now, i am totally wrong! Kita ni kalau dah nama manusia biasa, makan banyak dan tidak sihat confirm akan dapat kesan. Cuma, bezanya ialah kesan itu akan muncul secara cepat ataupun lambat. Trust me. 
Rasa menyesal dalam diri akan ada dan ianya berbunyi seperti ini "Menyesal aku tak jaga makan daripada dulu."


2. Semakin meningkatnya umur kita ni, sebagai insan biasa (Ayat tak nak kalah) ni beranggapan bahawa tidur yang berlebihan itu adalah merugikan. Lagi-lagi bila bangun lambat. Look! For example, we slept at approximately 11pm, lepas tu esoknya bangun pukul 11am or maybe 1pm. Bukankah itu merugikan? Dalam setahun kita ada 365 hari secara kasar, lepas tu most of the times kita habiskan dengan tidur. Tidur (Bermain dalam mimpi).  Lagi satu dan yang paling merugikan ialah, kita tidak dapat merasa keindahan suasana pagi setelah terbitnya matahari.


3. Kita perlu tahu bahawa dalam kita tidak sedar, kita akan mula menghargai sesuatu yang pernah kita miliki pada masa dahulu dan sekarang ianya bukan lagi milik kita. Sama juga kita akan mula ingat dan hargai seseorang itu apabila dia pergi dari hidup anda. Selama bersama, anda mungkin pernah menghargainya tapi itu hanya untuk sementara waktu. 

Sama juga seperti aku, aku pernah memiliki seorang sahabat yang baik dalam hidup. Namun, Allah lebih Menyayangi beliau. Aku tidak pernah menyangka bahawa satu hari nanti dia akan pergi, kadangkala tidak pernah menghargai apa yang sahabat aku ni buat untuk aku. Itu merupakan antara penyesalan yang aku rasai sepanjang umur hidup aku dan akan aku jadikan ia sebagai satu pengajaran bahawa "Hargailah apa yang anda miliki dan hargailah mereka yang sentiasa ada dengan kita".


4. Dan yang penting kita perlu tahu bahawa semakin kita membesar, semakin itu banyak cabaran dalam hidup. Pelbagai cabaran yang akan datang, jangan mudah mengalah kerana mengalah sebelum mencuba adalah satu kerugian yang amatlah besar untuk kita. Orang yang berjaya pasti pernah merasai susah senang dalam hidup mereka. Mereka juga pernah jatuh kerana mencuba dan bagi mereka mengalah sebelum mencuba itu adalah satu kerugian besar buatnya. 




I am turning 21 this year, and I am sure hardships will come in my future. Stay strong dear self.


4 comments:

  1. nice day :)
    Bermimpilah tentang apa yang ingin kamu impikan,
    pergilah ke tempat-tempat kamu inginkan,
    Jadilah seperti yang kamu inginkan,
    karena kamu hanya memiliki satu kehidupan
    dan satu kesempatan untuk melakukan hal-hal
    yang ingin kamu lakukan

    http://www.nolimitadventure.com/

    ReplyDelete
  2. info bestt....tenang je baca post nie...

    ReplyDelete
  3. Me too. become 21 this year. huhuhu..tkut nya jd tua..

    ReplyDelete
  4. salam abg sy nk tau..dy tanya kita dalam bhasa ap...melayu ke inggers

    ReplyDelete