Assalamualaikum and greeting! Yeah, its been a while. Asyik ayat yang sama saja bila nak buat entri terbaru kan? I know, same and boring things. Well, since something just crossed into my mind and thinking of to write something dalam blog yang dah memang usang ini. By the way, maaf jika guna bahasa rojak dan dua bahasa dalam satu ayat. Saya just harap anda semua boleh faham since korang pun memang dah terbiasa dengan penulisan seperti ini (Texting and etc.)

Before that, Thank you to Adik Fateen for this tweet. I shall give my respect to you sebab tak malu dan tak segan untuk bertanya, am so happy to help you. 



Screen captured from my Twitter. A mention from Fateen.

Saya tulis ini berdasarkan kepada pengalaman yang pernah saya alami selama ini dan ianya bukanlah berdasarkan kepada maklumat-maklumat yang saya cari dalam Google ataupun any websites. Yes, i experienced it by myself. 


I remembered. My first interview was the early 2010. Right after habis SPM. Interview with UiTM for Diploma in Art & Design. Terus terang, pada awalnya. Banyak perkara yang terlintas dalam fikiran seminggu sebelum hari temuduga itu. Ada rasa risau, ada rasa gementar dan juga ada rasa tidak senang hati. INGAT! Itu adalah perkara yang normal. Jangan risau, the only thing that you must do is just to sit down and relax. Bagi mereka yang baru sahaja habis SPM tahun lepas dan sekarang bakal menghadiri sesi temuduga dimana-mana IPTA, ini mungkin berguna atau boleh membantu anda semua walaupun ianya tidak la seberapa.

First of all, bagi mereka yang bakal menghadiri temuduga Art & Design. Ini adalah perkara-perkara umum yang anda semua perlu tahu.

Situasi Semasa Temuduga

Saya menghadiri sesi temuduga pada waktu tengahari. I go by my own, semua saya uruskan. No, saya masih lagi ingat masa tu baru sahaja dapat lesen memandu dan masa itu jugalah saya kena memandu sendiri ke tempat temuduga. Memang gementar. Sesampainya saya di Fakulti Seni Lukis & Reka, ramai orang tengah menunggu giliran dan sebagainya. Selepas itu, saya melaporkan diri dan menunggu untuk sesi ujian dan juga sesi temuduga. Nanti anda akan diberikan satu borang pilihan jabatan yang anda minati. Seperti mana yang anda semua tahu, terdapat pelbagai bidang dalam seni lukis dan seni reka ini. Antaranya ialah:- Fotografi, Grafik, Seni Halus dan sebagainya. Okay back to my topic, selepas mengisi borang tersebut. Semua calon dipanggil dan beratur untuk masuk kedalam bilik khas. Bilik itu adalah bilik untuk kita membuat ujian melukis dimana akan ada satu objek utama yang diletakkan dibahagian tengah dan semua calon diarahkan untuk melukis berdasarkan apa yang mereka lihat dibahagian tengah bilik itu. Kebanyakkannya ialah bahan bahan seperti kerusi, meja dan kain disusun dalam random position. Selesai dengan ujian melukis, setiap calon akan ditemuduga oleh lecturer-lecturer yang bertugas. I did showed some artworks yang pernah aku hasilkan pada masa lepas and Alhamdulillah, boleh jawab and communicate dengan lancar. 

Therefore, here are some tips and nasihat untuk anda semua:


1. Jangan lupa semua dokumen penting. -  Salinan keputusan SPM, Salinan kad pengenalan dan sebagainya. Itu sangatlah penting. Jangan sampai terlupa end up menyusahkan semua pihak yang bertugas masa hari temuduga. Bagi mereka yang menghadiri temuduga Art dan sebagainya, silalah bawa sedikit alat-alat melukis dan sebagainya. Paling common, bawa pensil 2b, satu pen dan satu pemadam. Itu adalah bahan asas. 

2. Jangan risau tentang apa yang bakal disoal oleh penemuramah. Eg. Tak perlu baca bagai nak rak tentang seni. Tak perlu tahu tentang seni in detail: For example, Contoh Lukisan Leonardo Da Vincci, Definasi "Balance", "Proportion" dan sebagainya. Tak perlu susahkan diri anda. Sebaliknya mereka lebih gemar menyoal anda tentang perkara umum.
Antaranya ialah:- 

- "Ceritakan tentang diri anda."
- "Kenapa anda pilih bidang ini?"
- "Pengalaman anda semasa disekolah."
- "Apa yang anda tahu tentang (Bidang yang anda pilih)?"
- "Ceritakan tentang keluarga anda."

Atas itu merupakan contoh-contoh soalan yang ditanya. Ianya bertujuan untuk mengetahui sejauh mana tahap keyakinan yang anda miliki, sejauh mana anda minat dalam sesuatu perkara dan sejauh mana ada peka terhadap perkara sekeliling anda.

3. Dress up properly and be proper based on the situation. Anda nak hadiri temuduga bukannya pergi shopping atau pergi lepak dengan kawan-kawan. So ingat, berpakaian kemas dan penuh dengan keyakinan itu adalah sangat penting. Ia membantu 10% untuk ada diterima. 

4. Communicate. Jangan malu-malu, jangan berat mulut untuk bercakap. Try to make something fun. Its not that you have to wear something looks like a clown or apa. Anda perlu pandai mencuri perhatian orang yang menemuramah anda. Jangan biarkan mereka menguap kerana bosan. Anda perlu ingat bukan anda seorang sahaja yang menghadiri temuduga itu dan yang pastinya mereka bosan mendengar perkara sama berterusan. Senang cerita, try to do something different. 

5. Apa yang penting, selalu dan jangan sesekali lupa untuk memberi salam kepada mereka yang bertugas untuk menemuramah anda. Jangan gunakan bahasa kasar ataupun meninggikan suara anda. Always be polite with them. The charming side of you might win their heart walaupun your artwork or your background details are not very good enough. 

Last but not least, i wanna wish GOOD LUCK to those yang akan menghadiri sesi temuduga pada masa yang terdekat. Sentiasa yakin dengan apa yang anda lakukan, jangan lupa untuk mendapatkan berkat daripada mak dan juga ayah. Itu penting. Alhamdulillah, tiga tahun sudah berlalu dan akhirnya saya menjadi lepasan graduan dalam bidang Seni Lukis dan Seni Reka Jabatan Fotografi. Masih ingat lagi rasa gementar yang saya alami sehari sebelum hari temuduga tiba. Apa-apa pun, do the best ya! :)