Assalamualaikum readers. Lama sungguh tidak menulis dalam blog ini. Masa itu ada dan memang cukup, apatah lagi kini aku sudah bergelar sebagai seorang graduan lepasan diploma dalam bidang Fotografi, cuma mood itu sahaja kadangkala tak sampai. Harap semua sihat dan sejahtera melalui hari-hari korang.

Bestkan bila dah tahu diri kita dah habis belajar? 
No more morning classes.
No more assignments.
No more faculty's activities.
and many more.

Yang kita buat hanyalah
Tidur
Makan/Minum
Tengok TV
Keluar Dating
Mandi
Online

But, this is the most important things that the people yang belum habis belajar itu perlu dan wajib tahu.

Memang kitaorang (yang sudah tamat pengajian) ni bebas untuk belajar but itu hanya sementara. Ini semua sudah maklum. Kita seboleh-bolehnya perlu/ingin menuntut ilmu pada sudut yang jauh dan selagi kita mampu, selagi itu kita akan menuntut ilmu. 

Perkara-perkara yang betul-betul menjadi gangguan fikiran kami sebagai graduan yang masih lagi 'menganggur' ni ialah:-

1. Fikiran kami akan tertumpu kepada masa depan. Hala tuju kami.
2. Kami dibelengu rasa takut, rasa takut memilih jalan, rasa takut membuat keputusan.
3. Fikiran kami mengangkat satu beban yang amat berat dimana kami perlu memikirkan yang terbaik, memikirkan keinginan dan hasrat daripada ibubapa. Kami mengangkat satu beban yang amat berat dimana kamilah dijadikan harapan untuk membuat satu keputusan yang suatu hari nanti ia boleh dijadikan sebagai kebanggaan semua orang.

Dengar 
"Eh! Dah habis diploma. Bestnyaaaa. Bestlah. TAKDE ASSIGNMENTS, TAKDE KELAS"
but bila didalami lagi ayat diatas itu, sebenarnya sungguh besar maksud yang tersirat dalam ayat ni.

Dulu masa belajar, selalu cakap
"Cepatlah aku habis! Aku dah penat belajar. Aku dah penat dengan semua ni. Aku nak duduk rumah rehat puas-puas"
Tapi bila dah habis belajar,
"Hmmm. Apalah agaknya nasib aku lepas ni. Pening nak fikir masa depan"


So to all graduan yang bakal menghabiskan sesi pembelajaran mereka, tidak kira SPM, Diploma ataupun yang lain, anda perlu wujudkan 'mind set' seperti ini sebelum anda melangkah keluar daripada universiti anda. Percayalah. Saya tengah alaminya sekarang ini



Sincerely,
pojiegraphy.