Masa Depan.

Saturday, November 03, 2012 Pojiegraphy Journal 0 Comments

Its my new entry huh? Wow! Amazing. I can post more than one entries in a day. LOL
Nothing to be proud of sangat pun. Well, assalamualaikum and salam sejahtera to those yang sudi singgah blog ni. Today i've been thinking to much for this....too much. I guess.


Yeah, its all about FUTURE.
Lately, aku selalu saja diganggu dengan fikiran yang tak menentu. Apa saja yang aku buat, aku mesti akan fikir tentang masa depan. Lebih menakutkan, ia datang dengan perasaan takut serta risau. Sampaikan nak masuk tidur pun susah, take like almost 30 minutes aku bergolek-golek, pusing sana sini.

Back to topic.
Entri kali ni maybe akan menceritakan sepenuhnya apa yang ada dalam hati dan fikiran aku ni. Dengan beraninya menulis tentang ini sebagai tontonan, bahan kritikan dan juga bacaan umum. 


MASA DEPAN YAN BAGUS / MINAT?
Dua perkara ini mungkin jika dilihat secara mata kasar dan fikiran yang sekali lalu, ia adalah benda yang sama dan saling berkait antara satu sama lain. If you take a deep look and think to these two things, ia sebenarnya KADANGKALA perkara yang berbeza dan besar sungguh kontranya. 

THIS IS JUST AN OPINION FROM ME. 
Orang sering berkata yang apa saja masa depan yang kita inginkan, apa saja yang kita buat itu haruslah datang dengan minat. Betul? Memang betul. But for certain things. For me, aku lebih minat perkara yang lain tapi some people expect something different from me. They want something much better from me. Dalam kata yang lebih halus dan agak jelas ialah; Mereka kurang yakin dengan minat yang aku miliki itu. Kadangkala, rasa macam taknak bangun daripada tidur agar diri ini tidaklah diganggu dengan fikiran yang pelbagai. 


and now
THIS IS MY THOUGHT.
Walaupun kita tidaklah hebat ataupun 'kosong' dalam sesuatu perkara, atau mungkin tiada sebarang minat dalam sesuatu perkara ini tapi jika ia dibuat dengan 
DOA, USAHA & BERKAT, InsyaAllah, kita pasti boleh dan ini juga aku selalu letak dalam kepala bila fikiran yang tak menentu datang. Don't worry if you don't have any passion at the first place, just work hard and pray. Some said "Kita cuba dulu, usaha dulu. Siapa tahu nanti Tuhan Bagi kita minat dalam perkara itu."





That's it. Andai kata aku keluar daripada minat aku, mohon maafkan diri ini jika ada yang kecil hati mahupun lahir sedikit rasa kecewa dalam diri. Aku akan berusaha sebaik mungkin untuk yang terbaik. Hanya doa daripada mereka semua yang mungkin bisa membantu.
I just done with interview with SPA yesterday, and not gonna hope for too much. Ada rezeki, ada la tu. Tak dapat, maka itu bukanlah rezeki aku yang ditetapkan. Doa sajalah yang menemani buat masa ini.


"Kita boleh harap sebanyak yang mungkin kita nak, tapi Yang Menentukan ialah Yang DiAtas sana"

Man, why this entry kali ni macam emosional saja? Sorry. Terlampau ikutkan hati. Abaikan jika ada ayat yang tak patut dibaca sebenarnya.


Sincere,
pojiegraphy.

0 comments: