#Tips to Shoot Minimalist Architecture Photography

Thursday, December 29, 2011 Pojiegraphy Journal 4 Comments




Assalamualaikum. Tibalah kita di hari jumaat yang terakhir di tahun 2011. Agak rasa sebak bila kita tahu bahawa kita bakal meninggalkan tahun 2011. Tiada lagi perjalanan kembali ke tahun 2011 ini setibanya kita di tahun 2012 nanti. Enough said.


Ehem, cuti Mid-term pun dah nak habis. So, adalah lebih baik jika aku mengambil kesempatan ini untuk mengupdate blog. Silakan..Silakan..




Gambar diatas adalah gambar untuk pemanas mata sebelum anda mula membaca entri ini. Pastikan mata itu panas ya, jangan sejuk. Nanti tertidur.



Seperti yang aku janjikan pada entri sebelum ini iaitu entri bertajuk
Minimalist Architecture Photography
Aku akan menulis serba sedikit tips ketika ingin shooting bagi konsep ini. Jom!



Apa itu Minimalist Architecture Photography?

Pada pengetahuan aku, ianya ialah photographer itu sendiri akan mencari satu subjek utama (bangunan). Daripada bangunan yang sebesar alam itu, photographer hanya akan mengambil gambar pada kawasan-kawasan, bentuk-bentuk, hiasan-hiasan tertentu pada sesuatu bangunan itu. Sebagai contoh: Tingkap. Mural Dinding dan sebagainya. Atau juga lebih dikenali sebagai Interior Design bagi sesetengah bangunan.



Tips #1



Jika ingin shooting Minimalist Architecture Photography, jangan shoot satu bangunan itu. Sebagai contoh gambar diatas (sebelah kiri). Itu Salah. Gambar bahagian tengah, hampir disitu. Dan gambar yang mungkin agak tepat untuk konsep ini ialah gambar sebelah kanan. Ia hanya mengambil 1/4 daripada bangunan itu.



Tips #2



Untuk memperlihatkan lagi struktur bangunan itu lebih menarik, mainkan peranan shutter speed anda. Jaga exposure. Jangan terlampau over-exposed seperti gambar sebelah kiri.
Jika anda bandingkan antara dua gambar diatas, pasti anda nampak perbezaannya.



Tips #3



Jika anda lebih selesa untuk shooting dalam Black and White. Tidak perlu risau pasal warna apa yang anda akan terangkan dalam gambar tersebut tetapi perlu ingat! Zone System itu kena jaga jangan sampai gambar nampak sangat flat dan tiada tekstur. Pelbagaikan zone system dalam gambar anda (jika anda shoot dalam Black and White)




Tips #4



Elakkan daripada sebarang eye's distraction dalam gambar. Eye's distraction ini boleh membuat viewers tertanya-tanya mana satu subjek yang anda ingin utamakan atau mereka hilang tumpuan kepada subjek yang ingin ada kedepankan. Berhati-hati ya.


Last but not least, sediakanlah apa yang sepatutnya anda perlukan ketika bershooting ini. Ingat, shooting architecture ini agak memenatkan dan cuaca tidak menentu. So, bersedia.

GoodLuck!




Gambar si jurugambar yang sempat diambil ketika shooting Architecture :





Ini kupu-kupu hidup, cuma dia tengah nazak. Tak berapa sihat! (Golden Moments)


Regards, Pojiegraphy

4 comments:

  1. wow good information tak perlu i amik study dalam photographer .... ilmu u sgt berguna ....

    pstt ... kelmarin sy berada di Istana Darul Ehsan belakang u tu ... sana pun ada view yg cantik cuma i dtg sana atas urusan rasmi tk bawa kamera pun ... juz cuci mata jelah dan menikmati keindahan seni bina

    ReplyDelete
  2. tips yang menarik! akan ku praktiskan.. :D

    ReplyDelete
  3. tips yg menarik. thanks ya dan selamat tahun baru!

    ReplyDelete
  4. Dah follow sini.Jemputlah tengok blog ini.Kalau okay, sudi sudi lah follow hehehe
    http://awieomar.blogspot.com/2011/02/sedang-diperkemaskini.html

    ReplyDelete